Bab 33

390 16 0
                                    

Kereta dipandu sangat laju. Meter kelajuan pun kalau boleh berpusing-pusing tawaf sepuluh kali. Pedal minyak ditekan rapat. Jantung berdetak laju. Lampu isyarat semua dia langgar. Tak kisah dah apa yang nak jadi, yang penting dia nak jumpa isteri dia. Sekarang.

Mendapat panggilan dari ibu pejabat polis membuatkan dia segera bergegas hendak ke sana. Walhal dia baru balik, tidak sangka pula ada bala yang menanti dan bukannya isteri yang menanti kepulangan dia. Malah dapat berita isteri dia tidur di dalam lokap, mana tak bimbang.

Sampainya dia, terus dia masuk mencari isteri dia. Nampak seorang perempuan yang berambut dark blonde duduk di meja menghadap seorang anggota polis, segera dia menghampiri untuk bertanya.

Tak sempat dia berkata-kata, perempuan yang dia tengok tadi mengangkat muka memandangnya. Mereka bertatapan mata beberapa saat. Tidak tahu bagaimana dia harus menggambarkan perasaannya ketika itu. Itu isteri dia Ayesha. Benar-benar isteri dia, tak salah tengok. Bukan juga mimpi.

Ayesha pandang Zill dengan mata yang sembap, berkaca-kaca ingin menangis lagi. Terbit rasa sedih dan sakit apabila melihat suaminya masih memakai uniform kerja. Pasti hancur sekali hati Zill saat itu. Air muka Zill juga sudah tidak tergambar.

Akhirnya dia terpaksa terima kenyataan, Zill sudah tahu siapa diri dia. Perempuan munafik yang berpura-pura baik, sedangkan jauh terpesong dari akidah dan landasan agama.

Selesai urusan, dia boleh bawa Ayesha pulang. Suasana di dalam kereta teramatlah sunyi sehingga mereka tiba di rumah. Zill melangkah masuk ke dalam rumah terlebih dahulu, tanpa dia menghiraukan sedikit pun isteri dia. Hati dia sakit, hancur. Rasa malu pun ada tadi.

Segala-galanya sudah terbongkar. Satu demi satu peristiwa yang lepas mula dia flashback. Jadi sangkaan dia selama ini memang tidak salah, tepat. Memang Ayesha perempuan yang dia jumpa dulu, yang dia temui mabuk juga di jalanan. Itu memang isteri dia. Sedikit pun dia tidak pernah menyangka akan semua itu.

Zill duduk di birai katil. Dia tertunduk, kepalanya diapit. Air mata mula jatuh menitis, jiwa lelakinya sudah tidak kuat saat ini. Benar-benar hancur saat dia melihat pemakaian Ayesha tadi. Itu ke perempuan yang selama ini bertutup litup, yang dia sangka hanya menjadi tatapannya? Sedangkan, isteri dia menjadi tatapan orang luar juga. Rasa gagal menjadi seorang suami. Remuk!

Perlahan-lahan Ayesha masuk ke dalam bilik mereka, dia melabuhkan punggung di birai katil bertentangan dengan Zill. Air mata dia juga turut jatuh. Memikirkan keadaan Zill. Terlalu besar rasa berdosa di dalam hati dia. Dia cuba untuk membendung esak, namun tidak mampu. Dia mencengkam baju yang hanya menutupi paras pehanya. Jijik. Macam mana boleh terbongkar.

Kali ini dia kena beranikan diri untuk bersemuka dengan Zill. Dia tidak mahu Zill pergi dari hidupnya. Bingkas dia bangun dan melutut di hadapan Zill yang masih tertunduk. Masing-masing dengan tangisan sendiri.

"Abang... Maafkan Ayesha."

"Ayesha tak jujur dengan abang. Ayesha banyak tipu abang. Ayesha minta maaf..."

Dia cuba menarik tangan lelaki itu daripada terus menekup muka. Dia ingin lihat wajah suaminya. Wajah yang dia rindui. Namun Zill tepis tangan Ayesha. Mungkin dia sudah jijik dengan isterinya sendiri.

"Jangan sentuh aku Ayesha." Nada suaranya mendatar. Tapi Ayesha masih tetap mencuba tarik tangan Zill. Dia ingin cium tangan itu. Ingin memohon ampun dan maaf. Terasa sangatlah berdosa.

"Abang... Tolonglah maafkan Ayesha."

Zill menyeka air mata sendiri. Dia tatap isterinya yang masih duduk melutut di depan mata itu. Masih dengan pakaian yang sama, belum ditukar.

"Jadi, inilah dia maksud kebebasan yang kau nak sangat selama ni? Sekarang baru aku faham. Kenapa kau nak sangat aku lepaskan kau. Seronok ke selama aku tak ada ni? Mesti kau seronok kan? Jangan tipu."

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now