Bab 40

403 15 1
                                    

Gelas kaca berisi air ribena sejuk yang ada di atas meja diteguk sambil menikmati keindahan alam di luar balkoni bilik Ziqri. Panas-panas, panasnya mentari, tak sepanasnya cintaku ini. Aduh!

"Amboi kau, bukan main lagi. Nampak menikmati betul, minum air aje pun," sindir Ziqri, dia duduk di kerusi sebelah.

Zill tayang gigi sebaris. Sengih.

"Macam mana orait tak?" Muncung bibirnya tunjuk luka yang ada di muka Zill. Nampak macam dah kering, nak sembuh.

"Orait aje, sikit aje pun." Mencebik sambil tayang muka berlagak pula Zill. Hirup lagi air ribena tadi.

"Mamat sial tu dah masuk dalam dah. Rupanya banyak lagi kes yang dia buat, bukan biasa-biasa dia punya kes. Bergelumang dengan jenayah betul dia tu."

Terangkat kening Zill, mulutnya kembung sebab simpan air dalam mulut. Lepas buat muka terkejut barulah dia telan.

"Seriuslah? Kes apa?" soal Zill ingin tahu.

"Rogol dan bunuh yang kita dah tahu kan? Yang lagi besar dia tu sebenarnya tokan dadah, dan terlibat juga dalam kes memperdagangan manusia. Jual perempuan-perempuan yang ada dekat kelab malam tu. Kelab tu pula, dia yang punya."

Mak ai! Ini memang bapa segala syaitanlah. Bukan sikit-sikit. Memang segala syaitan!

"Banyak betul kerja dia buat. Aku ingatkan dulu tu lastlah dia main barang. Rupanya sekarang dah ambil alih jadi tokan besar pula. Memang tak seriklah dia. Setan betul."

"Itulah pasal. Itu pun masih nak berdendam lagi dengan kau sebab tak boleh nak join tentera. Macam mana nak join kalau dia sendiri pun musuh kita." Tergelak besar Ziqri dan Zill. Iya tak iya juga. Kenyataan, musuh besar!

"Tapi alhamdulillah lah, Ayesha dan arwah adik tak kena jual. Kalau tak, memang aku bunuh dia dengan tangan aku sendiri Ziqri. Malam tu pun, kalau diikutkan hati aku memang aku nak bunuh dia. Berani dia buat benda bodoh tu dekat orang yang aku sayang."

Zill menghela nafas panjang. Cuba tenangkan hati. Bila diingatkan balik, memang dia takkan maafkan Aiden. Kawan tak kawan, itu cerita lama. Sekarang mereka musuh, bukan lagi kawan.

"Itulah. Tapi kau tak boleh nak bunuh dia, nanti rosak reputasi kau. Kena buang kerja nanti, kena hukum pula. Jangan musnahkan hidup kau bang, fikir dekat keluarga kita dan isteri kau dekat rumah tu. Jangan jadi bodoh."

Bahu Zill ditepuk kasar. Salurkan semangat sikit dekat abang dia. Mujur jugalah Ziqri sempat sampai dulu sebelum Zill buat benda yang lebih teruk dekat Aiden. Silap hari bulan meringkuk dekat dalam penjara abang dia ini.

"Ya aku tahu tu," jawab Zill tenang. Lidah bermain-main di dalam mulut.

                                       ***

Argh!

"Sial! Kenapa! Kenapa! Kau memang sial!" Telefon dilempar mengena pada dinding. Tidak tahulah kalau berkecai. Dia pun tidak mahu tahu. Apa yang dia tengok pada skrin telefon tadi benar-benar buat dia jadi sakit mental. Berkali-kali dia tengok video itu sejak dari semalam. Tunggu saja Zill tak ada, baru dia memberontak. Tidak mahu buat Zill susah hati.

Rambutnya ditarik kasar. Sehabis mampu dia tarik rambut sendiri. Sudah serabai. Fikiran dia serabut gila. Mujur dia tak hentak kepala dia dekat dinding.

"Babi! Kau memang babi!" Ayesha jerit lagi, rengkung dia mula rasa perit. Meraung, menjerit dan menangis dari tadi.

Plastik farmasi yang ada tercampak di lantai tidak jauh dari tempat dia duduk mengamuk sekarang ini, dicapai penuh emosi. Dia meraung-raung sambil buka plastik itu.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now