Nampaklah Zill tengah bersenang-lenang terlentang atas katil sambil hadap telefon. Entah apa yang dia tengok. Merajuk agaknya. Ayesha siapkan sedikit tugasan yang abah suruh. Dia duduk di atas sofa sendiri. Buat hal masing-masing. Itu pun kerana Ayesha minta untuk tidak diganggu. Oleh itulah suami dia duduk diam, menurut arahan tidak kacau Ayesha. Perempuan itu mana boleh kalau orang kacau dia buat kerja. Mengamuk nanti.
Selesai siapkan tugas, Ayesha tutup laptop. Dia bangun berdiri di hadapan katil. Zill masih fokus dengan telefon. Ayesha tarik selimut yang membaluti tubuh Zill. Tercengang Zill dibuatnya, mulalah pandang isteri dia atas bawah. Ayesha meniarap naik ke tubuh Zill, kepala dijatuhkan betul-betul atas perut Zill. Telefon yang ada di tangan terus ditaruh ke tepi.
"Kenapa sayang?" soal Zill. Rambut Ayesha diusap. Cantik sungguh.
"Tak ada apa, rindu abang je," jawab Ayesha. Masih dengan posisi tadi.
"Yeke rindu abang? Dah siap ke kerja sayang tadi?"
"Yalah, rindu abang. Kerja Ayesha dah siap semua dah. Sekarang nak kacau abang pula, abang tengok apa tadi dalam telefon. Nampak macam fokus sangat je?" tanya Ayesha terbit rasa curiga.
"Tak tengok apa pun sayang, cari cara-cara nak dapatkan anak kembar." Tawa Zill terlepas. Nak usik Ayesha. Walhal dia hanya bergurau.
Puk!
Penampar hinggap di dada Zill. Merepek!
"Mengarutlah abang ni. Ada ke patut cari cara-cara macam tu?"
"Betullah, sayang tak percaya ke? Ni biar abang tunjuk." Zill baru nak buka skrin telefon, tapi Ayesha tekup semula telefon itu ke tilam. Malaslah dia. Tak kuasa. Zill gelaklah, tahu isteri dia malu.
"Abang ni, memang nak anak kembar ke? Kalau seorang tak boleh ke?" tanya Ayesha. Muka dah merah berona.
"Seorang pun boleh, tapi kalau dapat kembar lagi bagus. Abang satu, sayang satu. Boleh tak macam tu?"
"Tak boleh. Sedapnya dia minta-minta seorang satu. Nanti yang penat jaga kita juga. Kalau dia kerja jauh, muka ni lah yang kena jaga anak-anak nanti," bebel Ayesha. Tak marah pun cuma saja nak membebel.
"Yalah, sayanglah kena jaga anak-anak kalau abang jauh. Takkan abang nak bawa anak-anak pergi kerja sekali, betul tak?"
"Menjawab! Hish abang ni."
Ayesha naik makin tinggi, jari telunjuk bermain-main dengan halkum Zill pula. Tangan Zill berubah posisi, pinggul Ayesha dipegang. Sekali-sekala dia gosok belakang tubuh Ayesha.
"Kenapa sayang ni," tanya Zill lagi. Tadi kata rindu, tapi ini bukan rindu. Macam ada sesuatu.
"Duduklah diam, Ayesha nak tengok halkum abang." Degupan jantung Zill dapat dia rasakan, kencang sungguh! Tidak keruan. Senyuman disembunyikan di dalam hati, tidak mahu dia tonjolkan.
"Nak tengok halkum kita pula. Ingat percuma ke? Bayarlah." Telan air liur. Berlagak santai. Di hati tiada siapa yang tahu.
"Eee! Seksinya." Bila halkum itu bergerak-gerak buatkan hati dia menggelupur.
"Sayang... Ini suami sayang, memanglah seksi. Tengok isteri dia jugalah macam mana." Masih berlagak tenang. Walaupun dah tergoda dari tadi. Mata liar ke seluruh wajah dan tubuh Ayesha. Cantik. Ayesha tengah goda dia ke?
Tapi berlagak tenang pun, kalah juga. Berapa kali dah dia telan air liur. Bibir Ayesha disambar laju. Lama. Ditarik tubuh kecil itu ke atas makin merapat. Lemah sungguh setiap kali tengok Ayesha. Tak mampu melawan.
Ayesha senyum nakal. Dia tahu suami dia cepat tewas. Sengaja dia ganggu kerana dia juga mendambakan sesuatu. Nafas mereka kedengaran jelas.
"Abang..." Lembut suara itu memanggil. Ketar lutut dibuatnya.

YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
Storie d'amoreAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...