Hari ini dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mertuanya. Bosan juga duduk dekat rumah sendirian. Mujurlah ada kereta Zill, kalau tidak macam mana dia nak keluar. Mahu mati kering dia dekat dalam rumah terperuk nanti.
Rajin dia duduk dapur sekarang. Dah pandai nak tolong mertua selalu.
"Zill pergi berapa lama?" tanya Puan Fida. Matanya tidak berganjak, hanya fokus pada bawang-bawang yang sedang dipotong.
"Tak pastilah mama, dia kata kalau tugas dia dah selesai, dia balik. Tapi dia kata tak lama."
Ayesha juga tengah ralit masukkan tepung gandum ke dalam besen. Nak buat cucur untuk kudap-kudap petang dengan ibu mertua. Baba pula masih belum balik kerja.
"Kadang tu, tak boleh nak percaya sangat. Kata pergi tak lama, tapi hakikatnya berbulan-bulan. Selagi tugas dia tak habis, selagi itulah dia tak balik." Jelas Puan Fida yang sudah terbiasa dengan tugas anak-anak mereka.
"Iya ke mama?" Ayesha terkejut.
"Iya, memang macam tu. Jadi kita tak boleh nak berharap sangat. Boleh jadi dia muncul tiba-tiba tak beritahu kita pun yang dia nak balik. Hidup ni penuh dengan kejutan Ayesha. Siap sedia aje." Puan Fida gelak kecil. Diikuti dengan Ayesha. Memang banyak betul kejutan dalam hidup ini.
"Dulu mama, bila Zill dengan Ziqri nak pergi bertugas aje, mesti menangis-nangis. Sebab sayang nak lepaskan mereka pergi, takutlah apa-apa jadi. Buatnya mereka tak balik ke pangkuan kita lagi dah, macam mana?"
Air muka Ayesha dah berubah. Dia sudah mula overthinking. Melihat riak wajah anak menantunya sudah berubah, terus dia menambah kata.
"Mama bukan nak buat Ayesha sedih, tapi mama nak kita sama-sama belajar untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Mama bukan minta benda yang buruk terjadi, cuma takdir hidup kita tak pernah tahu kan macam mana. Qadha' dan qadar tuhan. Jadi kita kena percaya bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata."
Ayesha angguk faham. Hendak atau tidak, kena terpaksa pasrah dah terima.
"Kamu dengan Zill macam mana? Okey ke?"
"Okey aje alhamdulillah." Buat pertama kalinya dia cuba sebut 'alhamdulillah'. Terasa jijik pula dengan diri sendiri. Sudahlah setiap kali Zill ajak solat berjemaah sekali, ada saja alasannya. Mengelak tidak mahu solat.
"Baguslah kalau okey, tapi agaknya bila mama boleh dapat cucu ya? Tak sabar rasanya." Puan Fida buat gaya teruja, itu yang dia tunggu-tunggu sebenarnya.
Mahu tercampak biji mata Ayesha terkejut. Cucu? Awal betul ibu mertua dia minta. Dia sendiri pun belum pernah mengizinkan Zill untuk menyentuhnya. Hubungan suami isteri itu tidak pernah berlaku sama sekali semenjak mereka menjadi suami isteri. Bahkan tidak akan pernah berlaku.
"Mama ni, awal lagilah. Kami kan baru lagi kahwin, nanti kalau ada rezeki dapatlah hadiahkan cucu untuk mama." Ayesha cuba menjaga hati Puan Fida. Mana mungkin dia ingin berterus-terang.
Ibu mertuanya tergelak. Nak buat macam mana, dia memang tidak sabar. Itu yang dia berani menyuarakan hasrat.
"Manalah tahu, kan baru balik dari honeymoon. Nanti-nanti kalau dah berisi, beritahulah mama." Tak cukup dengan itu, dia tambah lagi. Ayesha dah tak senang duduk.
"Mama tahu kami pergi honeymoon?" soal Ayesha.
"Tahulah, semua orang dah tahu. Zill kata dia nak buat suprise dekat isteri dia. Jadi kami semua kena diamlah. Kena jaga rahsia."
Faham. Begitu rupanya. Patutlah tidak ada yang menyoal sewaktu dia pulang ke rumah ambil pakaian itu hari. Rupanya semua sudah tahu.
"Kamu tak balik rumah ke? Melawat ibu dan abah kamu?" soal ini membuatkan Ayesha mengangkat muka. Kurang senang.

YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
RomanceAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...