"Aniq Zafran! Papa dah larang tadi kan? Jangan berlari. Tengok sekarang? Kan dah jatuh. Bukan salah papa okey? Salah Aniq sendiri sebab Aniq degil tak dengar cakap papa."
"Papa..." Anak kecil usia setahun enam bulan itu merengek, hampir menangis. Terjuih bibirnya. Terjatuh atas barang mainan sendiri. Bersepah-sepah ruang tamu rumah.
"Ha... Degil kan? Lain kali kalau papa larang, dengarlah. Nanti kalau ibu awak tahu, siapa yang kena marah? Papa yang kena tau? Bukan awak." Kecoh betul hidup Ziqri sekarang. Tiba-tiba ada dua orang anak.
Dikendong anak kecil itu, telapak tangan kecil itu kemudiannya ditiup. Begitu juga dengan lutut.
"Dengar ni papa nak cakap. Ibu awak tu garang macam singa, janganlah degil-degil. Nanti kalau dia dah jadi singa, papa tinggal aje awak. Papa takkan masuk campur, kalau awak degil? Awak tanggunglah sendiri," bisik Ziqri pada Aniq.
Ayesha dan Aniq sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab dia sekarang. Menjaga dua orang insan itu merupakan satu amanah daripada Zill.
"Ehem! Amboi... Bisik apa dekat anak aku tu? Mengajar yang bukan-bukan ya?" sergah Ayesha garang. Mahu tersentak teruk Ziqri. Singa dah datang. Bella ketawa kecil sambil dukung anak perempuannya.
"Ibu... Ada singa." Pelat-pelat pun Aniq boleh mengadu. Terbeliak mata Ziqri, terus dia tekup mulut budak itu.
"Aniq...!" panggil Ziqri perlahan. Dah cuak.
"Apa anak ibu cakap? Singa? Oh... Papa Ziqri cakap ibu singa ya? Nanti dia tunggulah, ibu ajar mama Bella jadi singa juga. Baru dia tahu erti penyesalan. Tunggu kau ya Ziqri." Jari Ayesha naik menunding Ziqri. Awas!
Ziqri tepuk dahi sendiri. Masing-masing gelak.
"Matilah aku kalau macam tu, Aniq pun satu. Sejak bila dia pandai mengadu ni?" bebel Ziqri di depan dua wanita itu. Dia turunkan Aniq ke lantai semula, dibiarkan bermain.
Ayesha dan Bella gelak. Geleng kepala. Macam-macam hal.
"Iyalah abang, budak tu makin lama makin besar. Makin pandailah jadinya, abang jangan duk ajar yang bukan-bukan pula. Nanti kalau dia terikut, jangan terkejut pula." Celah Bella, ditaruh juga ananknya Naura ke lantai. Masing-masing melabuhkan punggung di sofa.
"Ya sayang, abang tak ajarlah yang bukan-bukan. Abang akan tolong didik dia, supaya dia jadi seperti arwah abi dia. Boleh kan kakak iparku si singa?" Direct terus perli. Bini ada dekat sebelah, apa nak takut? Nanti bini tolong back-up.
Ayesha senyum sahaja mendengarkan perkataan 'arwah' tadi. Hatinya rindu. Semakin hari dia juga semakin kuat. Namun terkadang, dia juga tewas dengan wujudnya rasa rindu.
Sehingga sekarang memang tiada langsung khabar tentang arwah. Jasadnya benar-benar hilang. Mungkin sudah lenyap ditelan lautan. Namun Ayesha tidak pernah berhenti berdoa semoga ada khabar tentang arwah suaminya. Dia masih menunggu meskipun tiada sinar harapan.
"Ikut kaulah Ziqri, asalkan yang baik-baik saja. Jangan yang mengarut sudahlah." Ayesha merenung anak lelakinya. Itu anugerah terindah buatnya, satu-satunya kenangan buat dia dan Zill.
"Sayang ibu? Meh dekat ibu cepat." Ayesha menghulurkan kedua tangan, ditepuk-tepuk tangan menanti anaknya datang. Terkedek-kedek si kecil itu berjalan mendekati.
"Masya-Allah... Besar dah ya anak ibu? Sekejap aje masa berlalu, ibu rasa macam baru semalam ibu dengar khabar berita tentang kepergian abi."
Ayesha menggosok kepala Aniq. Kemudian diletak ke atas riba. Ziqri dan Bella saling berpandangan. Kesian.
"Jadi anak yang baik ya sayang? Jangan tinggalkan ibu tau? Kamulah satu-satunya harta berharga yang abi tinggalkan untuk ibu."
Semakin besar, semakin iras pula wajah Aniq dengan arwah Zill. Ayesha senyum mengusap rambut nipis Aniq.
Terima kasih untuk segala-galanya Muhammad Zill Qayyim. Semoga kita disatukan kembali di syurga nanti. Terima kasih kerana telah menjadi lelaki yang terbaik dan terhebat di dalam hidup aku.
Aku takkan pernah lupa tentang hadirnya dirimu di dalam hidup aku yang membawa seribu satu makna dan hikmah yang begitu besar. Terima kasih untuk semuanya. Walaupun hadirmu hanya sebuah pinjaman yang kurasakan bagaikan sesaat. Namun dirimu meninggalkan kesan yang begitu dalam sehingga sampai mati pun aku tidak akan mampu untuk melupakan dirimu.
Tunggu Ayesha di syurga abang. Ayesha rindu.
- TAMAT -
![](https://img.wattpad.com/cover/342610903-288-k914440.jpg)
YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
Roman d'amourAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...