Bab 57

308 10 0
                                    

Peluk tak lepas isteri dia. Kalau boleh seminggu dia nak peluk sambil menangis. Merengek dari siang sampai ke malam. Berhenti solat jemaah, sambung merengek menangis balik. Peluk lagi Ayesha.

Ayesha tak tahu nak tayang wajah macam mana dah. Suami dia mengada-ngada betul, takkanlah sebab kena prank kotak Happy Meals tadi terus jadi gini. Tengah mandi tadi pun dah dengar suara Zill riuh dekat luar kamar mandi, entah menjerit, meraung atau menangis. Sukar untuk dijelaskan.

"Sayang..." Zill menjatuhkan kepala di bahu Ayesha dari tadi. Sesekali peluk dan cium Ayesha. Merengek lagi sambil tenung sekeping kertas bergambar bersama satu alat berupa seperti pen. Apakah?

"Ya abang..." Rambut Zill digosok-gosok. Dahi suaminya dikucup lembut.

"Betul ke ni sayang, abang tak mimpi ke?" tanya Zill lagi dan lagi. Berkali-kali sudah dia tanya. Masih lagi sebak.

"Iya... Abang, Ayesha pregnant anak abang. Ini bukan mimpi tau, dah nak masuk 8 minggu abang. Anak abang ada dekat sini." Tangan Zill ditarik ke bawah perutnya. Dibiarkan tangan mereka bertindih.

"Ya sayang... Dah nak masuk 8 minggu usia kandungan sayang, tapi kita tak tahu yang sayang pregnant. Itu yang buatkan abang susah nak percaya, abang rasa macam tengah bermimpi." Zill seka air mata bahagia yang menitis.

"Ini realiti abang... Nak buat macam mana, itu pun Ayesha teragak-agak juga nak buat test. Sebab kalau period Ayesha kan memang tak menentu, tapi disebabkan rasa penat yang melampau, cepat letih apa semua jadi beranikan diri juga nak test walaupun takut nak berharap tapi tengok-tengok positif, syukur alhamdulillah... Rezeki kan abang?"

Zill angguk lemah. Masih terharu.

"Syukur alhamdulillah sayang, sampai juga rezeki kita nak ada anak ya? Berkat doa, usaha dan kesabaran kita. Semoga anak kita terus sihat dan membesar dengan baik ya sayang?" Zill usap perut Ayesha yang masih kecil. Sudah nampak buncit sikit, baby bump comel-comel. Ayesha senyum sahaja, gembira tidak terkata. Hati membengkak, punyalah bahagia.

"Tak lama lagi, abang akan jadi abi. Sayang pula akan jadi ibu. Nanti kita jaga anak kita sama-sama ya sayang? Abang janji."

"Ya abang, Ayesha akan sentiasa ingat dan pegang pada semua janji-janji abang tu. Takkan lupa," ujar Ayesha. Berharap agar Zill terus sentiasa menepati janji dia. Soalnya dia tidak pernah memungkiri janji, walaupun sekali.

"Ya Allah... Tak percaya lagi ni sayang, kita akan ada anak ya?" Zill raup wajah dia sekali. Nafas panjang dihembus.

"Ya abang, berapa ribu kali lagi Ayesha nak kena jawab soalan abang ni." Ayesha tergelak kecil.

"Tak tahulah sayang, abang masih terkejut lagi. Lagipun sayang punya kejutan tu dalam Happy Meals, siapa sangka sayang nak beritahu semua ni? Tergamam abang tadi. Terkedu, terkesima semua ada."

"Amboi abang... Dah, jangan nak terkejut lagi dah. Dari siang sampai ke malam abang terkejut, takkan nak terkejut sampai anak abang ni lahir?"

"Dah lahir nanti terkejut cara lain pula." Bersyukur tiada henti dia rasakan. Rezeki yang tidak disangka-sangka langsung.

"Kita sama-sama tunggu anak kita lahir ya abang? Tapi masa tu, Ayesha harap..." Mengeluh panjang sebelum sambung bicara.

"Ayesha harap abang ada waktu tu temankan Ayesha. Ayesha tak nak bersalin sorang-sorang, Ayesha nak abang ada dengan Ayesha."

"Insya-Allah sayang, insya-Allah abang akan ada dengan sayang. Jangan risau ya? Yang penting buat masa ni kita kena jaga kandungan sayang baik-baik," kata Zill. Riak wajah Ayesha berubah monyok.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now