Bab 60

357 11 1
                                    

Tiada angin tiada ribut, tiada khabar walau satu patah pun. Tiba-tiba mereka berdua muncul di muka pintu rumah Puan Fida dan Tuan Zubari.

Sampai-sampai terus masuk saja, mana tak terkejut beruk orang tua berdua itu. Bertuah sungguhlah ada anak perangai macam Zill. Isteri dia sendiri pun dia tak beritahu nak ajak balik ke Kuala Lumpur. Disuruhnya kemaskan baju, katanya nak pergi jalan jauh. Turuti sajalah Ayesha sebagai isteri yang mithali.

Selepas Ayesha sudah dihantar naik berehat di atas. Zill turun menganggu Puan Fida di dapur. Nak dengar bebelan mama dia.

"Ya Allah, kenapa balik tak beritahu? Sukakan buat kejutan macam ni sejak-sejak isteri dia mengandung itu hari? Kejap muncul, kejap lagi hilang pergi ke mana pula. Kenapa tak cakap dulu nak balik? Bolehlah mama masak sedap-sedap harini," bebel Puan Fida. Geram sungguhlah dia pada Zill.

"Biarlah mama, bukan selalu kan? Lagipun balik rumah sendiri juga, bawa balik menantu dia juga. Bukan ke dah rindu sangat dekat menantu mama tu? Dengar kata asyik video call isteri kita, kalau boleh hari-hari nak call ya mama?" Zill tergelak sendiri menyakat Puan Fida.

"Iyalah, kita rindulah dekat menantu kita. Alang-alang rindu tu, tak sabar juga nak tunggu cucu kita keluar."

"Ha? Itulah mama, ada hasrat yang berselindung rupa-rupanya. Kaum perempuan ni memang semuanya sama ya? Pandai dia selit-selit makna di sebalik perbualan yang menyimpang ya?" Gelak lagi Zill. Turut serta juga Puan Fida sekali.

"Mama, Zill nak naik bilik kejap. Nak tengok
menantu mama tengah buat apa."

Puan Fida angguk. "Pergilah, nanti mama dah siap masak, mama naik panggil. Pergilah berehat dulu dengan Ayesha tu."

Pantang disuruh memang lajulah. Berdesup kelibat dia hilang. Apa yang penting? Isteri dulu.

"Sayang!" Bukan main kuat dia laung. Terkuak luas pintu bilik ditolak, dengan riak wajah cerianya. Macam budak-budak.

"Ya Allah, abang! Kenapa?" Ayesha urut dada sendiri, diikuti perutnya. Terkejut, terkedu habis urat dia. Kurang asam punya suami.

"Tak ada apa, saja. Sayang buat apa?" Sudah dia tengok isterinya duduk tak buat apa atas tilam. Termenung, tapi dia tanya lagi. Boleh naik darahlah kalau spesies begini.

Zill lompat meniarap pula atas tilam. Buas!

"Abang ni kenapa? Yang terlampau hyper sangat Ayesha tengok ni? Terlebih makan gula ke tadi? Berapa paket abang makan gula?" Menyirap pula muka Ayesha.

"Sayanglah gula tu, sebab sayanglah manis sangat. Kan tak pasal-pasal abang hyper, semua sebab salah sayang. Semua sayanglah punca kenapa dan mengapa dunia abang jadi macam ni, sebab awak sayang."

Sambil dia tertiarap, sambil dia peluk tubuh Ayesha dari belakang.

"Abang sayang awak tau. Ayesha Eshal."

"Sayang awak? Eee, kelakarnya Ayesha dengar. Kenapa abang cakap gaya macam tu?"

Terus Zill pandang Ayesha. Pelukan dileraikan, sila dipasang atas tilam.

"Biarlah, mulut abang bukan mulut sayang. Eh? Sayang dengar tak apa abang cakap? Abang sayangkan sayang tau?" Zill ulang lagi sekali ucapan dia tadi.

"Ya abang, Ayesha dengar. Ayesha pun sayangkan abang juga. Sayang sangat-sangat."

"Alhamdulillah... Err sayang?" Zill kerutkan wajah.

"Ya abang, kenapa lagi?" tanya Ayesha malas.

"Jom ikut abang kejap, boleh?" pinta Zill kemudian dia bangkit dari duduk, tudung sarung dicapai untuk Ayesha.

Tercengang Ayesha apabila Zill hulurkan tudung untuk dia pakai. Nak keluar ke mana-mana ke?

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now