Suami dia masih nyenyak tidur. Mungkin kepenatan gara-gara tidak cukup rehat. Dia biarkan sahaja Zill tidur, satu sticky note dia tampalkan pada dahi Zill. Hehehe!
Abang, Ayesha pergi kerja dulu ya. Tidur lena ya abang? Makanan Ayesha dah siapkan, nanti kalau dah bangun pergi turun makan okey? Jangan lupa mandi. From your Sayang. I love you abang.
Tergesa-gesa dia ke pejabat hari ini. Terlewat sedikit gara-gara tidur terlalu nyenyak. Maklumlah suami dah balik, semalam pun merupakan malam yang bermakna untuk mereka suami isteri. Malam bahagia.
Sampai sahaja dia di pejabat, Tuan Ahnaf dah duduk di meja kerja Ayesha sambil berpeluk tubuh. Muka garang. Dia ingat Ayesha takut agaknya? Anak dia dah kenal abah dia macam mana, tak akan takut punya.
"Ayesha. Kenapa kamu lambat hari ini? Baru aje kerja dah pandai nak masuk lambat, kamu nak kerja ke tak nak sebenarnya?"
Terhinjut bahu Ayesha dibuatnya. Dalam hati dah membebel, abah dia ini kenapa nak tegur dia depan orang ramai. Nanti malulah muka dia, tahan ajelah diri itu daripada memberontak. Nanti rosak pula imej dia, perangai memberontak dia masih segar lagi dalam diri. Takkan hilang.
"Masuk ke pejabat saya sekarang." Tuan Ahnaf bangkit lalu terus masuk ke dalam bilik pejabat dia. Memang nak kena anak dia ini. Ayesha hanya mengekori dari belakang. Mata-mata lain dah mula pasang pada dia, ada yang mengata. Dia dengar.
"Kenapa masuk lambat harini? Awak ni Ayesha, baru masuk kerja dah mula nak tunjuk belang dengan saya ya?" Tuan Ahnaf masih dengan karakter dia yang tadi. Bos garang.
"Abah, sudah-sudah ler. Ayesha tak takut pun dengan abah. Marahlah nak marah, tak takut werk..." Boleh pula dia jelir dekat abah dia. Punggung dilabuhkan di atas kerusi berhadapan dengan abah. Tak suruh duduk pun, tapi pandai-pandai dia duduk. Berlagak.
"Kamu ni Ayesha, abah potong lidah kamu nanti baru tahu. Abah tanya tak nak jawab, kenapa kamu masuk lambat?" Tuan Ahnaf masih dengan soalan yang sama, tapi karakter dah berubah.
"Abah ni, kasi chance lah sikit. Suami kita dah balik semalam, sebab itulah kita lambat masuk kerja harini. Terlewat bangun tidur." Berpeluk tubuh pula Ayesha kali ini. Dah berjangkit sifat berlagak dan riak itu daripada Zill.
"Oh macam tu ya, suami kamu dah balik. Patutlah lambat masuk kerja, tak apa. Disebabkan suami kamu dah balik, harini abah nak denda kamu lagi. Nanti balik mengadu dekat suami tercinta kamu itu ya?"
Ini dah melebih-lebih. Berkias, menyindir, menyakat, membuli semua pakej dah cukup lengkap abah balas kali ini. Dasar abah.
Ada beberapa fail dia taruhkan di atas mejanya. Dia tolak untuk Ayesha. Anak dia dah berbelit-belit mata menjeling. Hampir terbelit urat mata. Belum sempat Tuan Ahnaf membuka bicara, anak dia sudah buka mulut.
"Shush. Abah jangan cakap apa-apa. Dah tahu dah, abah nak suruh Ayesha baca semua ni kan? Abah, kalau abah nak tahu. Satu apa pun Ayesha tak faham. Semua benda yang Ayesha baca, semuanya Ayesha tak faham."
"Tak faham pun baca aje. Nanti lama-lama fahamlah, studylah sikit. Kata nak duduk dekat kerusi ni nanti, nak mewarisi abah kan? Jadi kamu kena baca semua benda ni. Baca sampai faham." Tuan Ahnaf tak main-main. Sekali Ayesha dah kata bersedia tempoh hari, dia akan push anak dia bagi pandai. Nak sangat kerja kan?
Ayesha mengeluh, muncung dah jadi muncung itik. Malasnya dia rasa. Bila suami dah balik, rasanya macam nak duduk terperuk dekat rumahlah pula dengan Zill.
"Abah... Streslah." Ayesha letak kepala atas meja, tudung yang senget-benget pun dia tak kisah dah.
"Ini baru sikit Ayesha, jangan nak mengeluh. Ada banyak benda lagi kamu kena belajar, nak berjaya bukannya mudah. Bukan kata kamu nak harini, kamu terus dapat. Kena usaha. Ayesha ingat senang ke abah nak sampai ke tahap ni? Susah juga dulu." Nasihat demi nasihat dia lontarkan untuk Ayesha.
YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
Любовные романыAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...