Bab 24

353 17 1
                                    

Sejak hari terakhir dia di rumah mertua, sampailah sudah dua hari dia bawa Ayesha pulang ke rumah. Situasi di antara mereka sangat sepi. Tidak ada satu pun di antara mereka yang bersuara. Masing-masing memilih untuk mendiamkan diri. Lebih-lebih lagi Ayesha, kerana dia takut kalau disoal banyak.

Zill pun tidak tahu jam berapa Ayesha pulang setiap hari. Malas dia hendak bertanya. Pasti perempuan itu akan berleter, tayang muka marah dengan jawapan yang lebih kurang. Itu hanya akan membuatkan dia bertambah sakit hati. Terkadang kesabaran dia bisa jadi setebal kamus, tapi boleh jadi juga berubah senipis-nipis kulit bawang.

Sudah dua malam mereka bermalam di rumah mama dan baba. Ayesha selalu keluar malam. Tapi dia tidak tahu isteri dia pergi ke mana. Terlintas juga di fikiran hendak intip gerak-geri Ayesha tapi dia memilih untuk biar. Mungkin perempuan itu ada masalah hidup yang tidak dia ceritakan. Tapi masalah apa?

"Zill, kau tak ada rumah sendiri ke?"

Kesunyian yang bertahan selama beberapa hari itu akhirnya berakhir apabila Ayesha mula bersuara. Zill yang duduk termenung diluar balkoni berkalih memandang isterinya yang sudah pun berdiri di sisi dia.

"Kenapa? Tak suka duduk sini?" Nada suara itu mendatar.

"Bukan tak suka, tapi kan lagi bagus kalau duduk rumah sendiri daripada duduk sini. Ada privasi sikit," jelasnya. Padahal dia hendak merasa lagi bebas daripada ini. Kurang selesa juga bila setiap kali dia ingin keluar, ditanya mama hendak ke mana. Cemuih nak menjawab. Berbuih mulut.

"Privasi apa yang kau nak?" soal Zill. Dia rasa ingin marah ketika ini, tapi dia sabar. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia nak marah. Mungkin dia rasa maruah dia sebagai seorang suami diinjak. Ayesha tidak ubah seperti sedang mempergunakan dirinya.

Ayesha terdiam. Lihat dari nada suara dan riak wajah Zill, dia tahu. Zill pasti tidak senang bila dia bertanya. Tak mengapalah, dia beredar masuk ke dalam bilik. Kali ini dia mengalah.

Macam hari-hari sebelumnya, dia bersiap nak keluar.

"Ayesha," sapa Zill dengan suara parau. Muka dia nampak masih serius. Dia berdiri di sebelah isterinya yang hanya separas bahu dia. Berpeluk tubuh. Terbentuk habis otot-otot lengan. Kekar.

Perempuan itu membalas renungan suaminya. Menjongket kedua-dua kening, isyarat itu difahami. Pasti Ayesha tertanya-tanya kenapa.

"Jangan keluar. Aku tak izinkan."

Dia bertegas kali ini dengan wajah bengis. Benar-benar memaksudkan apa yang dia ucapkan. Biarlah kali ini Ayesha tengok dia tegas macam tengah bertugas, takkan nak bergurau selalu. Sampai bila dia hendak biar? Ayesha itu amanah dari abah untuk dia.

Terbeliak mata Ayesha bila dia tidak diizinkan untuk keluar hari ini. Terlepas gelak sinis.

"Apa? Kau ulang sekali lagi? Tak izinkan aku keluar? Kau siapa nak halang aku?" Jari telunjuk ditonyoh dekat dada Zill. Namun lelaki itu masih tegap berdiri, riak wajahnya sedikit pun tidak berubah. Nampak garang.

"Aku suami kau, dan kau isteri aku. Isteri yang sah, ingat tu. Yang sah." Ditegaskan lagi kata 'sah' biar faham, hadam baik-baik. Dia suami dan dia ada hak untuk menegur.

"Aku tak kisahlah isteri sah ke, apa ke. Jangan halang apa pun yang aku nak buat dan satu lagi kau kena ingat. Kita kahwin sementara saja, bukan selamanya. Jangan nak gunakan kuasa yang kau ada tu, untuk kawal hidup aku. Aku tak suka." Dia tunding pula jari ke muka Zill waktu bercakap.

Tergamam. Kenapa lancang sangat mulut dia. Kenapa dia tak boleh nak hormat aku sebagai suami dia, walaupun untuk sementara. Zill benar-benar tak sangka Ayesha boleh bercakap kasar begitu.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now