Bab 10

434 14 0
                                    

Huyung-hayang. Batang tubuh yang asalnya tegak kini mulai membengkok dan membongkok. Macam ulat gonggok. Kaki yang berjalan sekejap ke kiri , ke kanan.

Dunia yang dia lihat sekarang, berputar. Macam kentang putar KFC. Sedap!

Cahaya lampu daripada kenderaan yang lalu-lalang ke sana ke mari, membuatkan dia silau. Menyakitkan kepala dan mata! Rasa macam nak pitam. Seketika itu dunianya terasa gelap, yang dia dengar cuma bunyi hon kereta. Kuat! Macam dekat tepi cuping telinga.

"Weh Es? Kau okey tak?" Pintu kereta dibuka, punggung dilabuhkan di seat driver.

Diam. Sepi. Aik? Mana perempuan itu pergi? Sejak bila perempuan itu keluar daripada kereta ini! Sudahlah menggelabah, dia kembali keluar daripada kenderaan. Sekeliling kawasan terdekat dia perhatikan. Mencari kelibat Ayesha.

Terlihat ada sebuah kereta yang berhenti lama di tepi jalan. Firasatnya berkata, ada sesuatu yang berlaku di situ. Tapi, cuma ada satu sosok tubuh tegap yang berdiri di luar kenderaan.

Tanpa membuang banyak masa, dia bergegas.

Gadis yang terlentang di hadapan kereta itu ditenung tidak beriak. Muka perempuan itu dilitupi dengan rambut yang berserabai. Mengeluh. Apa dia nak buat sekarang ini.

Tiba-tiba sampai pula seorang lagi gadis, kelam-kabut. Mungkin kawan kepada perempuan itu. Mesti tengah cari kawan dia. Nampak gelabah.

"Encik! Apa encik buat ni!" jerit Arfa. Dia mengira kawan dia dilanggar. Namun wajah lelaki yang berdiri di sampingnya hanya kosong. Tidak beriak.

Dia sendiri pun tidak faham. Gadis itu yang melintas tiba-tiba, pastu jatuh terbaring atas jalan. Mujurlah dia sempat brek, kalau tak memang kena lenyek. Penyek macam kentang!

Dari tadi dia tahan matanya daripada terus memandang tubuh gadis yang terbaring itu. Baju warna dark blue yang dia pakai paras bawah lutut, tapi terbelah di bahagian tepi. Tambah pula bahagian dada yang terdedah. Angin pula bertiup-tiup. Alahai. Tersiksa.

Arfa cuba menepuk-nepuk pipi Ayesha. Ada senyuman yang terukir. Gila! Mabuk teruk! Apa yang dia cakap pun tak jelas, merapu.

Sah-sah Ayesha yang buat onar. Kalau betul dia kena langgar, mesti dah kelam-kabut. Ini tak? Lelaki itu nampak tenang.

"Maaf kalau kawan saya merosakkan hari encik. Tapi boleh encik tolong saya bawa dia ke kereta tak? Tak laratlah saya nak papah dia sendiri."

Tanpa basa-basi Arfa meminta tolong. Kalau dia sedar tidak apa, ini separa sedar. Memang berat nak papah. Nampak tubuh sahaja kecil, tapi berat.

Jaket dibuka daripada tubuh lalu dipakaikan ke tubuh gadis mabuk yang baru sahaja membuatkan dia pening kepala. Nak pegang biarlah berlapik. Haram.

Mujurlah ada kawan perempuan itu yang datang, kalau tidak apa yang dia nak buat dengan minah itu.

Tak banyak cakap. Dia segera hulur bantuan.

Dipegang bahu Ayesha sama-sama, dibawa ke arah kereta yang terletak tidak jauh dari situ.

"Terima kasih. Maaf sebab menyusahkan." Tubuh ditunduk sedikit sebagai tanda berterima kasih. Mujurlah dia tolong, kalau tak memang dia heret saja Ayesha atas jalan tar.

"Sama-sama. Saya pergi dulu." Kelat. Tak senyum langsung. Berlalu pergi macam itu saja.  Tak senang nak duduk lama-lama, tak ada faedah.

Arfa mengusap dada. Lantas segera masuk ke dalam perut kereta.

"Ayesha Eshal!" Dia jerit sekuat hati. Geram dengan kawannya. Buat masalah betul! Walhal tadi dia sudah pesan, jangan minum terlampau banyak. Bimbang kalau mabuk, nanti menyusahkan dia. Berbuih mulut!

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now