Bab 56

320 12 1
                                    

Sunyi pula rumah mereka hari ini. Biasanya riuh juga dengar suara Zill buat kacau. Tapi sejak beberapa hari senyap sunyi entah kenapa, diam sahaja Zill. Nampak lain. Sekali-sekali Ayesha tegur juga, bertanya takut suami dia ada masalah yang hendak dikongsi. Katanya tidak ada cuma rasa kurang sihat lagi. Virus dari mana dia pungut sampai sekejap sihat, sekejap sakit. Nanti sihat lepas itu lemah lembik semula. Berjangkit juga dengan Ayesha sekali dua, romantiknya betul.

"Abang ni demam ke apa? Nak kata demam, badan tak panas pun. Haritu pun sama juga, kata demam tak sihat. Tapi suhu badan okey aje, tak demam pun. Peliklah Ayesha dengan abang ni. Kena sampuk agaknya ya?" Ayesha usap kepala dan bahu Zill yang berbaring atas ribanya. Nampak lemah tak bermaya.

"Tak baik sayang kata abang kena sampuk. Kalau kena sampuk pun, sayanglah yang sampuk abang," jawab Zill lemah.

"Habis tu? Nak kata apa lagi? Atau abang nak Ayesha bawa pergi klinik? Kita periksalah mana tahu kena virus apa-apa ke, ada jangkitan dalam darah ke apa. Nak?" tanya Ayesha dulu sebelum bawa, mana boleh paksa. Tapi Zill bukannya jenis keras kepala macam dia.

"Tak payahlah sayang, esok lusa sembuhlah ni. Mungkin rindukan kasih sayang seorang isteri kut, nak bermanja lebih." Zill tengok saja apa yang keluar di skrin laptop. Ayesha sibuk-sibuk nak baca bahan yang abah bagi, masih lagi manjakan suami dia. Nak membebel tidak sampai hati pula sebab Zill tak sihat. Kalau tidak jangan harap dia nak izinkan Zill berkepit dengan dia waktu dia sibuk.

"Kalau tak sembuh juga macam mana?"

"Insya-Allah sembuh, sayang bila kena masuk pejabat ni? Nanti abang kena tinggal sorang-soranglah kan?"

"Esok, tapi sekejap aje abang. Pergi meeting aje abah kata. Mana boleh tinggal suami kita lama-lama, nak kena jaga suami kita ni. Kesian dia sakit ya?" Ayesha picit mulut Zill. Geram! Bila tak sihat, jadi pendiam tapi terlampau manja pula.

"Bagusnya, isteri siapalah ni."

"Isteri abanglah, bagus kan? Isteri mithali." Ayesha ramas rambut Zill pula, entah kenapalah rasa geram sangat tengok suami dia. Pasrah saja Zill kena buli. Lembik!

"Esok habis meeting sayang balik terus ya? Tak boleh pergi lama-lama sangat nanti abang rindu," kata Zill. Ayesha sengih. Teringat kisah lama.

"Abang, ingat tak dulu? Waktu abang suruh Ayesha balik ambil semua baju dekat rumah, abang pun kata macam ni juga. Tapi cuma panggilan yang berbeza, aku, kau. Jangan pergi lama-lama, balik cepat sikit nanti aku rindu."

"Ingat sayang, walaupun panggilan aku, kau agak kasar masa tu tapi hati sayang mesti berbunga-bunga kan? Sebab abang kata rindu," tanya Zill. Kepala didonggak ke atas, tenung wajah Ayesha dari bawah.

"Mestilah berbunga-bunga, tapi cinta belum berputik lagi masa tu," terang Ayesha jujur tentang perasaan dia.

"Yeke cinta belum berputik lagi waktu tu? Padahal sayang dah jatuh cinta dekat abang masa first time kita jumpa dulu tu kan?" tebak Zill. Rasanya macam betul, tapi tak tahulah kalau salah.

"Taklah, mana ada jatuh cinta. Cuma suka-suka aje tengok, sebab..."

Ayesha dekat bibir ke cuping telinga Zill.

"Sebab abang hensem."

Terukir molek senyuman di wajah mereka.

"Jadi telinga abang memang tak salah dengarlah masa tu, sayang memang kata abang hensem. Tapi bila dah kahwin, nak jual mahal dengan kita pula. Dah dapat suami hensem macam kita ni, tak bersyukur ya?" usik Zill.

"Abang, bila masa Ayesha tak bersyukur? Ayesha bersyukur sangat-sangatlah dapat suami macam abang, awal-awal dulu memanglah sebab Ayesha tak suka dan tak boleh terima. Walaupun pada awalnya macam happy dapat tengok muka abang, tapi last-last rupanya, bakal suami kita. Automatik tak suka, jadi benci."

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now