Bab 63

719 17 1
                                    

"Kau dah dengar cerita ke belum?" tanya salah seorang anggota yang rapat dengannya. Kawan kerja.

"Cerita pasal apa lagi? Tak cukup lagi ke dengan nahas pesawat pejuang yang terhempas tu? Ada yang lagi teruk ke daripada tu? Kita ni nak pergi operasi, kau jangan nak ajak aku bergossip pula." bebel Ziqri dengan kaki yang dihayun laju. Mimik wajahnya serius.

"Ini pasal jet yang jatuh itulah. Kau tak tahu ke yang abang kau terlibat dalam nahas pesawat tu? Yang kita nak cari sekarang ni, abang kau. Takkan kau tak tahu?" Penjelasannya telah menghentikan langkah Ziqri. Terkaku.

"Apa? Abang aku? Kau biar betul? Kau jangan buat cerita." Ziqri menunding jari di hadapan wajah anggota tersebut. Bengis wajahnya.

"Tak ada kerjanya aku nak buat cerita. Sukhoi yang terhempas tu dikendalikan oleh Kapten Muhammad Zill Qayyim. Itu abang kau kan?"

Seketika dia merenung ke langit, menatap awan yang berarak. Dunianya terhenti seketika. Masih tidak percaya akan hal yang baru dia tahu. Dia terlibat di dalam operasi menyelamat, abang kandungnya sendiri?

Allahuakhbar... Ya Allah, abang aku.

Misi operasi berjalan lancar selama beberapa hari, bangkai pesawat juga telah dibawa pulang. Pencarian juga telah dihentikan, pihak mereka tidak berjaya menemukan mangsa.

Ziqri menerjah masuk ke dalam pejabat Panglima Tentera Udara. Dia tidak peduli.

"Panglima, kita tak boleh hentikan pencarian ni. Abang saya, saya kena bawa balik jasad abang saya ke pangkuan keluarga saya Panglima." Rayu Ziqri kepada Panglima. Dia tidak akan semudahnya berhenti di situ.

"Ziqri, awak tak boleh sesuka hati buat tindakan. Pencarian telah pun dihentikan, kita tak berjaya temukan sebarang petunjuk ataupun jasad kecuali bangkai pesawat. Keputusan tetap keputusan."

"Tapi Panglima,"

"Arahan tetap arahan. Keputusan telah pun dibuat, tolong jadi anggota yang profesional Ziqri. Saya faham perasaan dan maksud awak, tapi awak pun kena faham tugasan dan prosedur tugas kita."

Ziqri ketap bibir sendiri, mata berkaca-kaca menahan rasa amarah dan kecewa. Bibirnya bergetar-getar, sakit kenyataan itu. Penumbuk dikepal sekuat hati. Mengeluh berat seluruh tubuh merasa getaran dasyat.

Beret di kepala direntap kasar. Direnyukkan.

"Baik Panglima."

                                      ***

Kepulangannya benar-benar memberatkan langkah kaki kali ini. Lemah dan kelam jiwa raganya. Tidak tahu bagaimana ingin dia sampaikan kepada ahli keluarga tentang berita tragis itu.

Mahu tidak mahu, dia tetap harus sampaikan. Jangan buat benda bodoh dengan merahsiakan kematian. Ziqri terus pulang ke rumah Tuan Zubari kerana Bella pun ada di rumah itu teman Ayesha dalam pantang.

"Abang?" Bella bersuara menyapa memecahkan lamunan Ziqri. Dilabuhkan punggung bersebelahan suami di sofa.

"Abang okey tak ni? Eh? Menangis ke?" Bella teleng kepala cuba melihat wajah suaminya. Dengar seperti ada esakan.

"Sayang. Kakak ipar mana? Dia okey ke?" tanya Ziqri dengan mata merah.

"A-ada dekat atas, dia okey. Kenapa abang? Ada apa-apa ke?" Tergagap-gagap Bella dibuatnya.

"Sayang. Abang Zill dah tak ada. Dia dah pergi tinggalkan kita semua."

"Maksud abang? Dia pergi mana?" Bella masih tidak faham.

"Dia dah meninggal sayang. Operasi yang abang pergi baru-baruni, rupanya operasi untuk cari abang Zill. Pesawat dia terhempas sayang. Kami tak dapat temukan jasad dia."

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now