"Cuba sayang tengok tiket wayang kita, pukul berapa cerita mula," arah Zill. Kentang goreng disua ke mulut isteri. Suka sangat makan Mc Donald's, membahayakan kesihatan asyik makan fast food.
Ayesha korek beg tangan, dia keluarkan tiket wayang mereka.
"Pukul 6:30 abang, kita ada masa lebih kurang sejam lebih lagi. Lepas ni kita nak pergi mana pula?" tanya Ayesha, seronok dia makan sebab suami suapkan. Tak kisahlah orang nak tengok pun, peduli apa? Itu suami dia. Bukan suami orang.
"Kita pergi cari hadiahlah untuk anak Taufiq. Dengar cerita isteri dia dah bersalin semalam. Nanti bolehlah kita pergi melawat." Burger pula dia suap ke mulut Ayesha. Tak payah pakai tangan sendiri, suami ada apa gunanya? Dia boleh suapkan.
"Iya ke? Cepat betul dia bersalin, rasa macam haritu baru saja dia kata dia pregnant. Tiba-tiba dah bersalin. Cepat ya masa berlalu?"
"Iya sayang, masa memang cepat berlalu tanpa kita sedari. Macam kitalah, daripada tak suka, tiba-tiba boleh suka sama suka. Tiba-tiba lagi dah berapa bulan dah kita kahwin. Sekejap aje kan? Rasa macam baru kahwin semalam." Zill hadiahkan senyuman manis untuk Ayesha. Bibir comot Ayesha dilap. Senyuman itu berbalas tapi tidak semanis Zill kerana ada luka yang baru tergores di hati Ayesha.
"Iya abang." Sepatah dia jawab. Riak wajah dia berubah sekelip mata. Tawar. Suapan seterusnya ditolak sopan. Tiada selera.
"Kenapa sayang? Abang ada salah cakap ke?" soal Zill. Isterinya geleng kepala.
"Habis tu, kenapa ni?"
"Tak ada apa, dah habis makan kan? Jomlah kita gerak, nanti terkejar-kejar masa pula." Ayesha sedut air legakan tekak sebelum dia bangun berdiri. Zill hanya ikut berdiri, mereka keluar dari Mc Donald's yang ada di dalam kompleks beli-belah itu. Kedai barangan bayi jadi destinasi seterusnya. Ayesha diam tidak bersuara.
"Sayang, kalau abang ada salah cakap, abang minta maaf." Tangan Ayesha tidak lepas digenggam.
"Taklah abang, mana ada. Tak ada salah cakap pun, Ayesha okey aje." Senyum manis dia tayang. Berpura-pura. Pakaian bayi disentuh-sentuh, belek-belek.
"Betul ke ni sayang okey?" tanya Zill lagi tidak percaya. Direnung tidak henti isteri dia itu.
"Ya abang, betul..."
"Abang, anak Taufiq perempuan ke lelaki?" Tidak mahu Zill terus bertanya, dia tukar topik.
"Tak tahulah abang, dia tak beritahu pula."
"Kalau tak tahu jantina, kita beli baju tidurlah. Senang sikit, lelaki ke perempuan dua-dua boleh pakai. Warna pula jangan ambil biru atau pink. Sebab warna tu lelaki dan perempuan. Nak selamat kita ambil warna selain daripada tu," jelas Ayesha, muka dia selamba sahaja. Zill masih tunak pandang isteri dia. Curiga.
"Boleh, tapi sayang pilihlah sebab abang tak pandai nak pilih. Kalau untuk anak kita, insya-Allah abang akan uruskan semuanya. Automatik pandai pilih." Zill sengih depan muka Ayesha. Dia tahu Ayesha simpan sesuatu rasa dalam hati, mungkin pasal zuriat. Saja nak hiburkan isteri, bagi dia senyum.
"Ada sajalah abang ni. Merepek." Ayesha ketawa kecil. Masih fokus memilih pakaian.
"Mana ada merepek, betullah abang cakap. Kalau untuk anak kita, semuanya abang akan uruskan. Dari dalam perut, sampailah dia lahir. Semuanya abang akan jaga. Termasuklah ibu dia ni." Zill cubit pipi Ayesha pula. Paksa perempuan itu untuk senyum lebar lagi.
Ayesha usap rambut Zill. Lembut. Pandai Zill jaga hati dia. Boleh baca perasaan ke?
"Tapi kita tak ada anak lagi," jawab Ayesha dengan senyuman.

ANDA SEDANG MEMBACA
MENANTI CINTA DARIMU
RomanceAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...