"Apa khabar? Sihat ke? Anak abah macam mana? Dia sihat?" sapa Tuan Ahnaf dihujung talian. Lama sudah tidak mendengar khabar anak dan menantunya. Kali terakhir, Zill ada beritahu nak bawa Ayesha pindah dan pergi bercuti. Ini sebelum Ayesha tahu, semua ahli keluarga sudah dia beritahu.
"Alhamdulillah kami berdua sihat saja. Dia okey saja dengan Zill, tak ada masalah. Abah jangan risau, Zill boleh jaga dia."
Sekali-sekala dia toleh juga takut-takut isteri dia datang tanpa diundang. Bukan boleh kira sangat. Suami dan isteri sama saja, misteri.
"Syukurlah kalau Zill cakap macam tu. Lega abah dengar."
"Nanti kalau kami dah balik, Zill ada masa kami pergi melawat abah dengan ibu."
"Tak payahlah, Ayesha tu bukannya suka sangat balik rumah ni. Melainkan kalau dia nak balik, barulah Zill bawa dia. Jangan paksa kalau dia tak nak. Abah tak nak nanti dia memberontak pula. Zill juga yang pening nak handle dia nanti."
Faham. Baiklah kalau itu kata abah, dia akan turuti. Abah lebih mengenali anak perempuan dia. Zill belum lagi kenal Ayesha sepenuhnya. Masih dalam proses untuk suai kenal.
"Yalah kalau abah dah cakap macam tu. Zill ikut ajelah, apa-apa nanti Zill call abah semula. Takut anak abah datang jerkah tiba-tiba pula nanti. Tolong kirim salam dekat ibu ya. Zill nak gerak dah ni," pinta Zill sopan. Tergelak kecil Tuan Ahnaf.
"Baik Zill. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Zill melangkah masuk ke ruangan bilik. Tadi dia menjawab panggilan abah di kawasan kolam mandi. Takut isteri dia dengar. Bukan takut bini, tapi takut bini buat perangai. Nanti dia yang susah nak memujuk.
"Sayang!" Zill melompat ke atas katil buat muka ceria. Kononnya nak buat Ayesha terkejut, tapi Ayesha buat biasa saja. Tak terkejut langsung. Kalau dia terkejut, pasti sudah melatah. Tahulah Ayesha macam mana.
"Siapa telefon kau tadi? Nampak macam mesra aje, tersengih-sengih. Siap intai ke sini lagi, kenapa? Kau takut aku curi-curi dengar?" sinis Ayesha.
Dia kena kerling dengan Ayesha. Marah betul. Takkanlah isteri dia cemburu kut.
"Taklah, tak ada siapa. Kenapa? Kau cemburu ke?" Zill mengecilkan mata, sengih mengusik.
"Mana ada aku cemburu. Tak ada masa aku nak cemburu dengan kau. Aku tanya aje, salah ke kalau nak bertanya? Lagipun buat apa aku nak kena cemburu? Aku tak kisah pun kau nak berborak dengan sesiapa." Ayesha mencebik. Lagipun betul, kenapa dia nak kena rasa cemburu. Mengarut.
"Yalah tu, tak baik tipu hati sendiri. Kalau cemburu cakap cemburu. Tak baik menipu. Manalah tahu kan, isteri aku ni cemburu. Mana tahu kalau dia dah mula sayangkan aku ke?" Dekah suara Zill ketawa.
Kelakar. Dia cuit hidung Ayesha.
"Mana ada aku menipu. Dah memang aku tak cemburu, kenapa nak kena mengaku?" Ayesha jeling lagi. Suka betul menjeling. Kalau terbelit urat mata barulah dia tahu.
"Yalah sayang. Biarlah kalau kau tak nak mengaku pun. Dah siap ke? Jomlah, kata nak pergi tengok sunset. Nanti tak sempat pula." Dia tarik tangan Ayesha supaya bangun. Itu kalau berbaring lama-lama mahu perempuan itu tidur nanti.
"Jom. Kita pergi Pantai Cahaya ya?" Ceria sekali riak wajah isteri dia. Berseri-seri. Nampak bersemangat. Segera dia paut lengan Zill.
"Boleh, untuk kau semuanya boleh. Jom."
Dari dia dekat Langkawi lagi nak tengok matahari terbenam. Sampai ke hari ini pun masih belum boleh tengok. Nanti kalau tak bawa pergi, buat perangai pula. Mujurlah Zill layankan saja karenah isteri dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/342610903-288-k914440.jpg)
YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
Storie d'amoreAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...