Bab 7

359 15 0
                                    

Riuh rendah suasana di rumah Puan Eliza dan Tuan Ahnaf dengan kehadiran kawan lama mereka. Sudah tua masing-masing dek dimamah usia.

"Anak-anak kau apa khabar sekarang? Mesti hensem-hensem kan?" tebak Puan Eliza, mengusik kawan lama. Sementara itu, dituang air teh panas ke dalam beberapa cawan kosong di atas meja.

"Alhamdulillah, baik-baik aje diorang. Pasal hensem tu pula, semestinya. Tengok baba dia la, muda-muda dulu hensem kan?" Berseloroh. Mereka menghamburkan gelak tawa. Terkenang zaman muda-muda dahulu, belajar sama-sama. Sekarang dah beranak-pinak.

"Anak kau pula macam mana? Aku dengar dia baru balik belajar agama? Betul ke?" Puan Fida berminat ingin tahu. Sambil menjenguk ke arah dapur.

Tunggu anak dara itu keluar. Nak jugak dia tengok lebih jelas. Mana tahu berkenan di mata. Boleh dia sambar buat menantu.

Tuan Ahnaf dan Puan Eliza saling bertatapan. Syukurlah Puan Fida hanya tahu tentang itu, dan bukan tentang anak dia pernah masuk ke Pusat Pemulihan Akhlak.

"Haah, betullah apa yang kau dengar tu." Jawabnya biasa. Tidak beria.

"Eh anak kau sekarang dah kahwin ke? Kerja apa mereka?" Topik segera dia tukar, malas kalau ditanya-tanya lagi pasal anak dara dia. Tak larat nak menjawab nanti. Bukannya menarik sangat anak dara dia itu kalau hendak dibuka cerita tentang dia.

"Mana ada kahwin lagi... Dua-dua tengah sibuk dengan kerja, maklumlah jadi tentera. Dah itu pilihan diorang. Nak buat macam mana."

"Lah anak kau tentera? Mesti lagi segak kan?Kalau dah hensem, pakai pulak uniform, makin bertambah la segak." Dipuji melambung anak orang, anak sendiri bila pula dia hendak puji pun tidak tahulah. Tidak ada apa-apa yang membanggakan kalau hendak dipuji pun.

Puan Fida hanya tergelak kecil. Tak boleh nak dinafikan, memang anak-anak teruna dia segak. Kenyataan!

"Ibu, abah nak keluar ke laman rumah sekejap dengan Tuan Zubari ni. Awak berdua bersembang lah dulu." Dibawa kawan lama dia ke laman rumah. Malas nak kacau bini-bini berborak.

"Eh kau ni, tak payahlah nak puji anak-anak aku banyak sangat... Aku ni datang nak tengok anak dara kau, buat apa dia dekat dapur tu lama sangat tak keluar lagi? Menyorok ke?"

Puan Eliza pandang sekilas ke arah dapur sebelum dipanggil anak tunggal dia seorang itu keluar.

"Ayesha! Ayesha! Datang sini kejap!" Dengar sahaja suara itu, dia terus mengeluh. Niatnya memang tidak mahu keluar, nak berkurung saja dekat dapur sampai tetamu mereka balik. Hendak naik ke bilik memang kena lalu depan tetamu, jadi dia pilih untuk menyorok di dapur sahaja.

Setelah dipanggil, terpaksalah dia keluar buat muka macam kentang. Dengan senyum macam kerang busuk. Semua benda lah terpaksa! Terpaksa pakai sopan-sopan juga hari ini.

"Ya ibu, ada apa?" Lembut saja dia bersuara. Takkan nak kasar, nanti malu pula ibu dia depan kawan lama.

"Duduk sini kejap, kawan ibu nak jumpa kamu. Katanya datang nak tengok kamu."

Akur. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Puan Fida.

"Ayesha. Cantik nama kamu, sama macam orangnya... Dia sorang aje ke anak kamu?" Tangan Ayesha dipegang, dia usap tangan lembut anak dara itu.

Tidak kasar, mungkin sibuk belajar. Lebih fokus belajar daripada buat kerja. Itu yang dia agak.

"Ya, dia sorang saja. Anak tunggal kami. Satu-satunya harapan yang kami ada," ujar Puan Eliza malas.

Harapan? Tergamam Ayesha dengar perkataan itu. Apa yang ibu abah dia harapkan? Apa yang dia boleh bagi? Tak ada apa. Rasa nak tergelak.

"Kenapa makcik nak jumpa saya? Kenapa nak tengok saya?" Dia garu kepala yang tak gatal. Rasa blur sangat. Tiba-tiba orang nak jumpa, nak tengok dia. Bukan dia kenal pun siapa makcik ini, tidak pernah jumpa.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now