Bab 41

341 11 1
                                    

Telinga menangkap bunyi petikan gitar. Selama ini dia tidak pernah dengar langsung, bila pula ada gitar di dalam rumah mereka. Puas dia mencari dari mana datangnya bunyi petikan itu, rupanya dari kamar tidur mereka. Takkanlah Zill main gitar? Pandai ke dia?

Pintu kamar dikuak perlahan-lahan. Dia senyum, memang suami dia yang main gitar. Pandainya. Lekas dia datang mendekati Zill yang duduk di atas sofa yang berada di segenap ruangan kamar itu.

"Abang? Pandainya abang main gitar." Lengan kekar itu ditarik, dia bersandar pada bahu Zill. Tersengih-sengih. Blushing.

"Sayang ni, terkejut abang tau." Dia mengelus rambut Ayesha yang masih berwarna dark blonde. Masih belum luntur, masih terang. Satu kucupan mendarat di tepi kepala Ayesha, atas rambut. Wangi.

"Sejak bila abang pandai main gitar? Ayesha tak pernah tahu pun?" Anak mata tak lepas memandang Zill sambil tersengih.

"Dah lama pandai, tapi taklah pro mana. Sikit-sikit tu bolehlah, wak raso-raso ore klate oyak."

Ayesha sudah berkerut kening nampaknya. Tak faham. Bahasa apa pula suami dia cakap?

"Apa tu? Raso-raso? Raso tu apa benda?" Buruk sungguh muka tercengang Ayesha, sampai senget mulut dan hidung. Zill tergelak.

"Buat raso-raso tu, maksudnya buat rasa-rasa."

"Oh, buat rasa-rasa. Bahasa apa tu?" Ayesha tanya lagi. Macam pernah dengar, tapi tidak tahu di mana dia dengar. Mungkin dekat Tiktok.

"Bukan bahasa, tapi dialek. Loghat. Orang Kelantan punya," jelas Zill pendek. Ayesha angguk, mengerti.

"Mainlah lagi abang. Ayesha nak nyanyi." Buat muka comel pula dia kali ini.

"Sayang nak lagu apa?" Telefon dicapai untuk mencari kord lagu yang Ayesha inginkan.

"My Heart." Laju saja Ayesha minta. Itu lagu nyanyian penyanyi Indonesia. Irwansyah dan Acha Septriasa.

"Okey." Dengan segera dia google, isteri dah request nak lagu kenalah mainkan. Gembirakan hati isteri yang monyok dari semalam.

Kord gitar untuk lagu My Heart sudah tersedia. Perlahan-lahan dia petik gitar, nak test dulu. Dah okey, barulah dia mainkan. Jari dah keras, lama tak main gitar.

"Abang main dari part Acha yang awal tu ya?"

Zill angguk. Baiklah isteriku. Sebaik sahaja gitar dipetik, Ayesha mula buka mulut standby.

"Pernahkah? Kau menguntai, hari paling indah." Ayesha memulakan nyanyiannya.

"Ku ukir nama kita berdua, di sini surga kita."

Dia menunggu kord seterusnya untuk dia masuk semula nyanyian.

"Bila kita mencintai yang lain, mungkinkah hati ini akan tegar."

Suara mereka suami isteri mula bersatu kerana bahagian ini kena nyanyian duet.

"Sebisa mungkin tak akan pernah sayangku akan hilang..."

Mereka saling membalas tatapan. Manis belaka senyuman yang tergores. Kepala Ayesha dan Zill bergerak ke kiri dan ke kanan, mengikuti alunan lagu. Merdu betul suara isteri dia.

"If we love somebody could we be this strong, I will fight to win our love will conquer all..."

"Wouldn't reach my love, even just one night. Our love will stay in my heart... My heart."

Habis. Mereka berhenti di situ. Ayesha tepuk tangan gembira. Dia cium pipi suaminya. Over excited. Semalam masam cuka campur pahit kelat muka dia. Zill nak cium pun asyik kena tolak. Kesian seketul Zill.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now