Bab 4

453 18 0
                                    

"Dah siap kemas semua Zill?" sapa Puan Fida yang baru masuk ke kamar anak terunanya. Zill berkalih lipat. Kedatangan mama disambut dengan senyuman yang paling manis. Sampai tak nampak mata dia senyum.

"Sikit lagi mama, kenapa?" Satu demi satu helaian baju dilipat dengan rapi. Kemas.

"Saja tanya, tak boleh ke? Mana tahu kalau ada yang belum siap lagi, mama boleh tolong."

"Tak payahlah mama, sikit saja ni. Zill boleh buat sendiri. Mama tengok sajalah, anak mama ini kan dah besar, pandai berdikari dah pun."

Sila dipasang di sebelah Zill. Telapak tangan mama yang mendarat di atas peha membuatkan dia terhenti melipat baju.

Anak mata wanita tua itu ditatap. Dia meletakkan telapak tangannya bertindih dengan mama.

"Kenapa ni mama? Okey tak?" soal Zill pura-pura tidak tahu. Kalau dilihat dari riak Puan Fida sepatutnya dia sudah tahu. Sudah garu, gatal pula. Sudah tahu, bertanya pula.

"Kalau tak okey pun, kena okey juga kan?" Terpaksa Puan Fida menjawab, dengan senyum pun yang terpaksa dia ukir meskipun hati sedang berduka lara.

Zill mengorak senyum. Tahu mama dia sedih sebab esok dia dah nak bertolak balik ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Kena berjauhan lagi, cuti sudah habis. Apa boleh buat?

"Setiap kali Zill nak balik pangkalan, mama memang macam ni sokmo. Cuba mama jangan sedih, mama sepatutnya kena bagi Zill semangat untuk Zill balik sana. Nanti kalau Zill sedih, macam mana nak buat kerja?"

Cuba dipujuk Puan Fida. Ada betul apa yang Zill kata. Kalau dia pun teringatkan muka sedih mama dekat rumah, macam mana hati dia hendak tenang buat kerja.

"Bukan mama minta nak sedih macam ni, kalau boleh mama pun tak nak sedih."

"Zill faham, tapi Zill tak nak tengok mama sedih. Nanti Zill pun susah hati bila nak balik sana. Mama ingat Zill tak risaukan mama dan baba dekat sini ke? Zill risau ma,"

"Mama jangan risaulah, macam Zill selalu cakap dekat mama, apa-apa pun Zill akan tetap balik ke sini bila cuti panjang," sambung dia lagi.

Puan Fida akur. Begitulah dia setiap kali nak berjauhan mesti kena ada sesi pujuk memujuk dulu. Nak pujuk pula bukan senang, ada saja jawapan nak membalas. Tak ingin kalah. Ini kalau nanti dapat isteri pun gaya macam mama, habislah dia. Nak kena pujuk dua hati.

Nak kena pujuk sana, pujuk sini. Masak! Atas kepala kalau pecahkan telur mentah pun boleh masak.

***

Ayesha terkinja-kinja berjoget di dalam bilik. Gelap habis seluruh ruang bilik. Dia pasang pula lampu laser, ala-ala berada di kelab malam. Gian. Nak keluar sekarang, hari masih siang. Kena tunggu malam sikit nanti baru boleh beraktiviti.

Puas dia terkinja-kinja macam anak beruk. Dia hempaskan tubuh ke tilam. Letih pula rasanya. Berpeluh-peluh, aircond dah pasang kuat.

"Bosanlah. Lambatnya malam. Ini kalau aku ada boyfriend pun seronok juga. Boleh keluar pergi dating, pergi sana sini. Taklah keluar dengan Arfa aje selalu, bosan juga."

"Tapi? Aku tak suka lelaki, nak buat macam mana? Lelaki zaman sekarang pun, bukannya boleh percaya. Ramai yang wujud pun, semata-mata nak ambil kesempatan. Bukannya ikhlas sangat, susah juga rupanya kalau jadi cantik ni. Orang singgah sebab rupa, bukannya sebab hati yang ikhlas. Serabutlah, macam mana nak cari boyfriend ni? Tapi aku tak suka lelaki!"

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now