Bab 6

394 17 0
                                    

"You?" Tersentak Ayesha apabila tiba-tiba bahunya disentuh seseorang. Dia kalih lipat. Arfa juga turut memandang sama.

Lelaki ini lagi! Muka dia tidaklah hensem mana. Hensem sikit saja, sikit macam tahi hidung tapi boleh tahan gatal. Asyik-asyik datang kacau. Mesti ada udang di sebalik batu. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat.

Murah! Perkataan ini pun bukan saja untuk perempuan, tetapi untuk lelaki pun ada. Ingat tidak ada ke spesies jantan murahan sekarang ini. Belambak! Bersepah.

"Can i sit?" Suara itu meminta izin. Tapi punggung sudah dilabuhkan.

Teragak-agak nak menjawab bila lelaki itu sudah pun sesuka hati duduk, sudah duduk baru nak meminta izin. Kalau Ayesha halang pun, dah sah-sah dia akan duduk juga. Nampak daripada gaya pun dah tahu. Jenis gatal!

"You guys memang selalu berdua jeke? Tak ada yang lain?" soal Syed Aiden. Itu nama dia.

"Habis tu you nampak ada yang lain ke?" jawab Arfa ditambah dengan jelingan maut. Menyampah!

Tidak dia endah langsung jelingan Arfa. Matanya lebih tertumpu pada gadis yang betul-betul berada di depan dia sekarang. Lagipun dia menanti jawapan dari bibir Ayesha, bukannya Arfa.

"By the way, apa nama you? Malam tu, kita tak sempat nak berkenalan pun." Kali ini lebih dalam tatapan mata dia. Tak sanggup terus ditenung, Ayesha melarikan anak mata ke arah lain.

"My name is Eshal, and you can call me Es." Tenang jawapan yang dia beri. Arfa masih lagi pandang Syed Aiden lebih kurang.

"Beautiful name. Oh by the way my name is Syed Aiden. You can call me, whatever you want."

Okey tak tanya pun? Menyesal pula bila dia ingatkan balik, kenapa lah dia pergi layan mamat ini masa menari malam itu. Kan dah tak pasal-pasal datang lagi.

"Selalu eh datang sini? Tak pernah nampak pun muka you sebelum ni?" Dia menyoal lagi.

"Selalu. Tapi dulu, dah lama tak datang sini." Birai gelas dibawa ke bibir. Sikit alkohol diteguk. Mata masih memandang arah lain. Dia tahu Aiden masih menatap wajahnya.

"Why?" Ada perasaan ingin tahu.

"Tak ada yang perlu you tahu. Lagipun we don't know each other, right?" Lebih kurang Ayesha menjawab.

Betul. Memang tidak saling kenal, tetapi baru dalam sesi mengenal. Atau mungkin, akan kenal lagi lebih rapat dan lebih dalam. Sedalam yang mungkin, luar dan dalam. Syed Aiden senyum senget.

Kenapa lah perempuan ini jual mahal sangat. Nampak dari luaran murah saja, tapi acah jual mahal dengan dia. Dia tak sedar ke dia ini perempuan murah? Sinis dia dalam hati.

"Tapi kalau i nak kenal you lebih rapat dan lebih dalam lagi tak salah kan? Orang kata tak kenal maka tak cinta, betul tak?" Kening dia terangkat sebelah. Buat muka macho!

"Tak payah kenal lagi bagus kut? Sebab i tak berminat nak kenal dengan orang. Better you pergi kenal dengan orang lain, sebab ramai lagi orang dalam club ni. Atau you tak nampak?"

Puas hati bila dengar Ayesha menjawab begitu. Senyum sinis Arfa. Macam itulah baru kawan dia. Bukan apa, traumalah nak kenal dengan lelaki. Berapa ramai saja lelaki yang baik dekat atas muka bumi ini? Memanglah mereka nampak jahat. murah, bebas bersosial tapi kalau bab-bab lelaki memang anti sikit.

Dah serik jumpa macam-macam jenis lelaki selama ini yang hanya nak lepaskan nafsu semata-mata. Mana mungkin mudah-mudah nak percaya dekat mana-mana lelaki lagi. Kadang itu, nampak sahaja macam nak menggatal, tapi sebenarnya mereka tak hamak pun. Saja nak bergurau. Buat kawan. Buat hilang bosan.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now