Bab 12

406 16 0
                                    

Sudah lama mereka tidak bertemu. Masing-masing tayang muka cemberut. Ada masalah tersendiri. Mood pun entah ada, entah tiada. Tetapi Arfa ajak dia untuk bertemu. Takkanlah nak tolak?

"Muka kau dah kenapa?" soal Ayesha. Muka lebam Arfa dipandang sekilas. Tak faham apa yang terjadi pada Arfa. Takkan lah kena pukul pula? Siapa pula yang nak pukul dia? Ada musuh ke? Sejak bila kawan dia ada musuh?

Dalam keadaan sakit kepala pun, dia sanggup keluar jumpa Arfa bila diminta. Jadi banyak pula persoalan yang bermain di minda.

"Tak ada apa pun, aku terbabas haritu." Balasnya ringkas. Tidak tahu betul atau tidak.

"Terbabas? Kenapa? Kau drive waktu mabuk ke?" Terkejut Ayesha dengar. Dah kenapa pula boleh terbabas. Teruk sangat ke mabuk?

"Haah. Aku pun tak tahulah, bodohnya aku pergi drive sendiri malam tu." Dia tergelak kecil. Bukan gelak gembira, tapi gelak kerana terasa diri dia bodoh.

Tapi ada benda lain yang lagi bodoh dia rasakan sekarang. Benda itu ada di dalam kepalanya. Namun tidak terluah.

"Kenapa tak call aku? Kau ni, kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana?" Rasa nak marah pula. Ada ke patut memandu dalam keadaan mabuk. Kalau terlanggar orang sampai mati jadi kes macam mana? Tak pasal-pasal.

"Mana lah aku terfikir waktu tu nak call kau kan? Aku sendiri pun tak sedar."

Kejadian sebenar yang tidak dia ceritakan, membuatkan dia rasa ingin menangis. Ingin dia luahkan, tetapi tidak boleh. Harus terus tutup mulut dan diam.

"Bila kau nak tunaikan apa yang kau janji dengan aku?" Tangan yang kekar dengan urat-urat hijau itu mencengkam kuat lehernya.

"Aku tak sampai hati nak buat." Hanya itu yang terluah. Tidak sanggup, tidak sampai hati untuk dia lalukan.

Pang!

Serta-merta penampar melekat di pipi. Terasa bahang, pedih, panas. Tetapi dia tidak mampu untuk melawan, apalah kudrat yang dia ada.

Kalau kena pijak pun, boleh patah riuk tulang empat kerat dia. Tidak ada daya dia hendak melawan. Lelaki itu terlalu kuat. Kalau dia boleh melawan, sudah lama dia bebas dari genggaman manusia sial itu.

"Apa? Tak sampai hati? Kau ingat ya, yang kau dah janji dengan aku. Kau tahu kan apa yang aku boleh buat dekat kau, kalau kau tak tepati janji kau?" Garau betul suara. Garang.

Lehernya dicengkam lagi. Sampai sukar untuk dia bernafas. Bebola mata yang tajam merenung ke dalam matanya itu penuh dengan rasa marah.

"Kalau kau rasa, kau nak selamatkan diri kau? Tunaikan janji! Aku takkan bagi kau banyak masa. Kalau kau lari, nahas aku kerja kan kau. Ingat ya!"

"Setiap pelusuk tubuh kau, akan aku ratah lagi dan lagi! Sampai kau mampus." Leher yang tadi dicengkam, kini dihidu dengan penuh syahwat.

Liur yang ditelan melewati rengkung, terasa kelat. Tidak sanggup jika terus diperlakukan seperti binatang peliharaan. Dipaksa untuk mengikuti semua kehendak yang disuruh.

"Baik, kau bagi aku masa. Benda ni tak boleh dipaksa," jawabnya dengan tergagap-gagap.

"Hello?" Ayesha petik jari depan mata member dia yang hanyut termenung itu.

"Kau ni termenung fikir apa? Sampai mana dah?" Ditambahnya lagi.

Mata Arfa terkatup beberapa saat. Nafas dihela panjang. Dia tersenyum kelat.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now