Bab 18

289 10 0
                                    

Apa yang terjadi semalam, masih segar di dalam ingatan. Tidak habis fikir dia dibuat Aiden. Dari mana dia dapat tahu semua ini?

Dari mulut Arfa? Atau Zill Qayyim? Mereka semua ada kaitan ke? Kalau ada kaitan, kenapa semuanya harus ada kaitan dengan diri dia? Kenapa bukan orang lain?

Ayesha saling tak tumpah seperti cacing yang sedang kepanasan. Resah dan gelisah tidak menentu. Sekarang dia takut hendak percayakan sesiapa. Semua! Tidak terkecuali walaupun seorang.

"Jadi? Pada siapa aku boleh percaya?"

Dia diam sejenak sebelum sambung mengomel. Gigit kuku.

"Zill? Macam mana kalau Zill sendiri pun ada niat yang tak baik pada aku? Macam mana kalau semua yang jadi sekarang ni, sebahagian daripada rancangan dia orang? Macam mana kalau dia orang semua berpakat nak sakitkan aku?"

Hampir gila! Kenapa ada banyak persoalan sekarang ini. Siapa yang boleh beri dia jawapan pada semua tanda tanya ini? Kenapa hidup dia terus-terusan begini.

Terlintas juga aura positif. Macam bercelaru. Sekejap positif sekejap negatif. Kadang-kadang dia tidak boleh percayakan sangat dengan apa yang dia fikir. Sebab dia terlampau overthinking. Takut apa yang dia fikirkan sebenarnya cuma mainan perasaan dia sahaja.

"Peninglah. Zill tu baik ke jahat sebenarnya? Dia siapa sebenarnya? Macam mana Aiden boleh kenal dia? Tapi kalau Zill tu baik macam mana? Tapi cuma aku aje yang salah sangka dekat dia. Tak mustahil juga sebab keluarga dia orang yang baik-baik. Tapi kalau dia jahat macam mana? Peninglah macam ni."

Terguling-guling dia atas tilam. Cadar sudah berselerak, tercabut habis. Menggelupur sangat.

                                      ***

"Baba. Zill ada benda sikit nak cakap ni."

Tuan Zubari yang leka membelek surat khabar, disapa Zill.

"Ye Zill. Ada apa?" Akhbar yang tadinya dibaca, mula ditutup dan ditaruhkan ke riba.

Zill pula segera duduk di sebelah Tuan Zubari, dengan riak wajah yang serius.

"Zill nak minta pendapat baba boleh?" tanya Zill. Orang tua biasanya lebih berpengalaman, sudah lama makan garam. Tidak salah kalau dia bertanya.

"Boleh Zill, pendapat tentang apa tu? Tips rumah tangga ke?" Sempat pula Tuan Zubari buat lawak.

"Bukan ba, tapi Zill nak tanya. Apa pendapat baba kalau Zill minta percepatkan perkahwinan?"

Tuan Zubari menghela nafas lega. Lantas tersenyum. Ingatkan apalah tadi. Bukan main serius lagi muka Zill. Ingatkan anak dia nak batalkan perkahwinan. Rupanya nak mempercepatkan.

"Itu terpulang dekat kamu. Kalau kamu rasa dah bersedia, silakan."

"Zill sedia baba. Kalau boleh Zill nak nikah dengan dia sebelum Zill balik pangkalan."

Ada sesuatu makna yang terselit di dalam kata 'sedia' itu. Hanya dia dan tuhan sahaja yang mengetahui.

"Baba tak sangka pula secepat itu yang kamu minta. Kenapa tiba-tiba? Ada apa-apa masalah yang baba tak tahu ke?"

"Tak baba, tak ada apa-apa masalah pun. Cuma Zill dah tak sabar nak kahwin, dan lagi satu boleh tak kalau kita buat majlis biasa-biasa aje. Tak payahlah beria sangat."

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now