Kepala dah pening sebab baca semua kertas yang ada di atas meja. Apa benda semua ini? Tak faham langsung, abah tak nak explain dekat dia ke? Kalau dia nak pergi tanya, takut nanti abah pandang rendah dekat dia pula. Biarlah, buat-buat pandai sudahlah.
Belum sempat dia hendak faham isi-isi yang tertulis di dalam kertas yang bersepah itu. Tiba-tiba datang seorang perempuan bawa banyak fail. Dia hempas fail itu atas meja Ayesha. Terkejutlah apa lagi, melatah tubuh dia.
"Mak kau!" Habis semua staff pandang Ayesha. Ada yang tergelak tengok Ayesha melatah. Cepat-cepat dia urut dada. Tak sukalah kalau orang buat dia terkejut, rasa nak marah. Tapi apakan daya, sekarang dia hanya seorang kuli. Belum ada kuasa lagi, nanti orang kata dia poyo pula. Acah-acah!
"Nah, Tuan Ahnaf suruh kau baca semua ni." Yang depan mata dia sekarang ini yang poyo sebenarnya. Dia tak tahu Ayesha siapa, itu anak bos tahu? Berani nak hempas fail. Ayesha jeling saja, mulut biarlah terus terkunci.
"Okey terima kasih. Cakap dekat Tuan Ahnaf, kalau boleh bawa semua fail yang ada dekat dalam syarikat ni suruh aku baca semua." Kata dia sinis. Geram juga dekat abah. Dahlah dia tidak faham satu apa pun yang dia baca.
Perempuan tadi beredar, sempat dia jeling Ayesha atas dan bawah. Tak puas hati.
Ayesha dah bertongkat kepala atas meja. Termenung tengok semua fail itu. Macam mana dia nak baca semua benda, kalau dia tidak faham. Satu persatu helaian muka surat dia belek, tengok-tengok sajalah. Biar nampak macam sibuk sikit.
"Okey tak tu?" tegur salah seorang lelaki yang ada di sekitar Ayesha. Dia nampak Ayesha stres sahaja dari tadi.
Tapi tahu-tahulah, Ayesha pandang dia lebih kurang sahaja. Tapi kalau tak jawab nanti, orang sakit hati pula. Terpaksalah jawab.
"Kau nampak aku macam okey ke sekarang ni? Kau tak nampak ke semua bala ni?" jawab pun lebih kurang juga Ayesha ini, memang dia tidak boleh nak berlembut dengan lelaki. Sejak azali lagi memang berkasar dengan lelaki.
Zill seorang sahaja yang mampu lembutkan hati dia sekarang ini. Dengan Ziqri pun bukan main kasar lagi, panggil Ziqri adik ipar pun dengan muka menyampah. Menyindir.
Lelaki itu gelak kecil sahaja. Tak sangka pula perempuan itu garang orangnya. Ingatkan lembut sahaja, nampak macam ayu tapi rupanya? Singa! Marah betul, dah macam orang kena buli dah rupa Ayesha.
"Itu bukan bala, itu fail. Itu kerja."
"Tahulah fail. Tapi bala untuk aku, kau pergi buat kerja sana boleh tak? Jangan nak kacau aku, pergi sana." Ayesha halau lelaki itu pergi. Buat semak kepala otak betul.
"Dah rehatlah, buat kerja apanya. Kau tak nak rehat ke? Dah pukul berapa dah ni."
Dia stres sampai tak sedar dah masuk waktu rehat. Lupa terus nak tengok jam. Ini abah punya pasallah buat dia jadi stres hari ini. Tapi dia juga yang gatal nak kerja. Sendiri juga kata dah bersedia. Tapi hakikatnya tak bersedia.
Jam tangan dikalih. Mengeluh.
"Oh dah rehat. Kalau dah masuk waktu rehat, pergilah rehat. Tercegat depan aku buat apa? Nak jadi tunggul dekat dalam pejabat ni?"
Ayesha bangun, beg silang dia capai. Sarung terus bersilang di badan. Sempoi dia hari ini. Biasanya selalu bawa beg tangan. Tapi lepas beberapa hari kerja ini lain pula, mungkin dah stres. Malas dah nak bersiap elok-elok. Tapi malas-malas pun tetap kena cantik. Biarlah sudah ada suami pun, kena nampak cantik juga. Kena jaga market.
"Nak makan dekat mana? Kita lunch sekali Nak tak?" pelawa lelaki itu. Dia mengekori terus Ayesha. Terkedek-kedek.
"Tak nak." Laju dia tolak pelawaan. Kenapa dia nak kena keluar makan dengan lelaki itu? Tolong sikit, dah ada suami okey?
YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
RomanceAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...