Bab 8

376 17 0
                                    

Lain pula tempat lepak dia hari ini. Semalam dia tidak ada hala tuju namun hari ini pantai menjadi tujuan. Saja dia ingin mencari kelainan, mungkin akan lebih nyaman dan tenang daripada kelab malam yang bising itu.

Angin malam di tepi pantai yang meniup lembut, disertai dengan bunyi ombak pada waktu malam. Menambahkan lagi rasa tenang dalam diri. Helaian rambut yang melekat di permukaan pipi, diselit ke belakang telinga sekali-sekala.

Rengkung terasa sempit. Nafas dihela berat. Rasa nak menangis, meraung. Rasa sebak menyelubungi ruang hati. Berat. Sesak!

Kalau dulu dia memberontak teruk sebelum dihantar untuk belajar agama, tapi sekarang dia tahu. Sedar, apa pun dia buat memang takkan boleh merubah apa-apa. Tidak ada guna kalau dia protes, memberontak, lari rumah sekalipun. Semua dah pernah dia buat dulu. Termasuklah menyeksa diri sendiri.

"Apa aku nak buat ni..." Air mata yang jatuh dari tubir mata diseka kasar. Kedua-dua belah tangan mencengkam rambut sendiri.

Argh! Argh! Jeritan halus keluar dari mulut.

Menjerit dia sendiri. Larut dalam tangisan. Berharap ada bahu untuk dia bersandar, tapi dia sendiri tidak mahu Arfa temankan dia. Katanya ingin waktu untuk bersendirian.

"Macam mana aku nak hadap semua ni..."

Rasa tidak mampu nak berfikir. Bila duduk dalam keadaan tertekan begini, macam-macam hasutan syaitan datang menyapa.

Tersengguk-sengguk dia menangis. Entah apa yang rasa sakit sangat. Rasa seperti hidupnya dikongkong.

Lagi dua hari, dia akan bertunang dengan lelaki yang dia tidak kenal. Akan jadi tunang orang. Rasa nak lari, tapi tak boleh.

"Buat apa dekat sini sorang-sorang?"

Mata yang sembap terkebil-kebil berpaling pada suara yang menegur. Siapa pula yang tegur malam-malam ni? Ada hantu laut ke?

Wajah pemilik suara tadi tidak terlihat jelas kerana faktor cahaya, hanya samar-samar kelihatan. Namun suaranya pernah dia dengar. Familiar. Lelaki.

Ayesha bangkit dari duduk, pasir yang melekat  di punggung seluar jeans disapu kasar. Sudahlah dia tidak mahu tahu siapa yang menegur dia.

Langkah diatur agak laju, risau. Tanpa dia toleh sedikit pun ke belakang. Dia berjalan terus menuju ke arah kereta. Malah lengannya pula ditarik kasar.

Dia pandang lelaki yang berani tarik lengannya. Pandangan penuh dengan kemarahan. Syed Aiden. Rupanya lelaki yang sering dia jumpa di kelab malam.

"Kau? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Kau ikut aku ke?" Dia cuba meleraikan pegangan. Dalam hati sudah mula berdebar. Sudahlah dia sendiri, kalau ada Arfa boleh tahan lagi. Boleh juga tolong.

"Cakap elok-elok boleh kan? I kebetulan dekat sini, tak sangka pula yang i tegur tadi sebenarnya you. Saja tegur sebab nampak duduk sorang-sorang, takut lah kalau ada apa-apa jadi."

Kelentong! Padahal memang dia tahu itu Ayesha. Memang dia sengaja mengekori gadis itu.

"Jadi? Lepaskan aku, aku nak balik." Nafas berat dihela lagi. Dia tidak ada masa untuk semua ini. Cukuplah, jangan tambahkan lagi masalah dalam kepala dia. Cukup yang ada.

Mata sembap Ayesha menarik perhatian Aiden. Bulu mata lentik dan lebat itu kelihatan basah seperti baru lepas menangis. Kenapa gadis secantik dia ini boleh menangis, apa yang dia hadapi?

"You nangis?" Tangannya cuba menyentuh pipi gebu Ayesha. Namun terlebih dulu ditepis.

Berani-beraninya nak sentuh muka aku. Kau ingat kau siapa?

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now