Selepas dia ditunjuk gambar arwah Zahra. Dia benar-benar terkejut. Jantungnya terasa ingin gugur jatuh. Sedikit pun dia tidak pernah menyangka bahawa Zahra sudah meninggal dunia. Lama, dia hairan kenapa perempuan itu sudah lama menghilangkan diri. Baru kelmarin dia tahu, Zahra sebenar sudah tidak ada. Patutlah merata dia cuba cari perempuan itu tapi tidak ketemu. Rupanya sudah tidak ada.
Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila dia baru tahu kalau Zill adalah abang kepada Zahra. Kenapa dia tidak pernah tahu yang Zahra ada adik-beradik lain, walaupun dia rapat dengan Zahra. Zahra itu ceria, suka bercerita. Tapi dia hilang beberapa bulan sebelum Ayesha masuk belajar di pondok. Tiada siapa yang tahu tentang Zahra, termasuklah Arfa.
Disebabkan sifat ingin tahu dia, dia minta Zill tunjukkan gambar arwah. Kalau tidak, dia sendiri pun tidak akan tahu soal hal ini. Mungkin sampai bila-bila pun dia akan fikir, Zahra menghilangkan diri entah ke mana.
Teringat akan perbualan mereka tempoh hari.
"Zill, kau masih simpan gambar arwah adik kau? Kalau aku nak tengok boleh?"
Punggung dilabuhkan di atas sofa sebelah Zill.
"Ada. Kau betul ni nak tengok? Tak cemburu ke kalau dia lagi cantik daripada kau?"
Ayesha menggeleng.
"Taklah, buat apa aku nak cemburu pula."
Tak sampai beberapa saat Zill scroll gallery. Muncullah gambar Zahra, dia sua telefon kepada Ayesha.
Terbuntang tiada berkelip mata Ayesha. Segera dia kembali berlakon normal.
"Cantik. Betullah apa yang kau cakap. Tapi boleh aku tanya sesuatu Zill?" soal Ayesha.
Zill menjongket kening. Skrin telefon dimatikan. Fokus kepada Ayesha pula.
"Tanya apa tu?" Siku dilipat di sofa, bertongkat kepala. Pandangan dilemparkan di sisi kiri, menanti soalan Ayesha.
"Macam mana Zahra boleh meninggal?" Serba-salah juga dia nak tanya, takut Zill terkilan.
"Sebenarnya dia meninggal sebab bunuh diri."
"Bunuh diri?" Ternganga mulut Ayesha.
Zill angguk.
"Ya, dia bunuh diri sebab tertekan. Kami semua tak tahu apa penyebab dia boleh bunuh diri, sampailah sekarang. Misteri betul."
"Biar betul?"
Zill angguk lagi.
Kesiannya. Kenapa Zahra tiba-tiba boleh buat keputusan untuk bunuh diri. Mesti ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada Ayesha dan Arfa.
Telefon bimbit Ayesha berbunyi. Mematikan lamunannya.
"Hello Es, kenapa kau call aku tadi? Sorry tak dapat nak angkat call, ada hal sikit tadi. Kenapa, ada apa-apa ke?" sapa Arfa.
"Oh sorry ganggu kau. Tak ada apa, saja nak bergosip. Kau ingat Zahra?" Ayesha memulakan cerita.
"Ya Zahra? Kenapa dengan dia."
"Kau tahu kan dia dah lama menghilang. Rupa-rupanya dia dah meninggal. Tahun lepas." Ujar Ayesha.
Tiada tanda-tanda Arfa terkejut akan berita yang Ayesha sampaikan.
"Mana kau dapat tahu berita ni?" soal Arfa. Dia hairan.
"Suami aku. Dia abang Zahra. Aku sendiri pun tak sangka, kecil betulkan dunia ni. Aku tak tahu pun kalau dia ada abang."
"Dahlah Es, kalau dia dah tak ada nak buat macam mana. Tak payahlah kau bercakap lagi pasal Zahra. Dia dah arwah."
"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Ayesha.

ANDA SEDANG MEMBACA
MENANTI CINTA DARIMU
RomansaAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...