Bab 46

379 12 0
                                    

Dah tahu sakit, tak larat masih dalam pantang. Tetap juga nak turun makan dekat bawah. Biasalah kalau dah keras kepala, memang Ayesha namanya. Lain pula suasana beberapa hari ini, sebab ada adik ipar makan sekali dekat satu meja.

Suasana makan malam pula tidaklah begitu sunyi, tidak juga riuh. Bolehlah ada bunyi-bunyi buat tanda mereka masih hidup dan bernyawa. Takkan nak diam saja.

"Kau dah okey ke kakak ipar?" Selamba dia menyoal Ayesha di depan Tuan Ahnaf dan Puan Eliza.

"Dah okey sikit, kenapa? Kalau kau nak balik rumah kau, dah boleh dah rasanya. Ibu dan abah aku ada, aku pun dah semakin sihat."

Ziqri angguk. Baguslah kalau kakak ipar dia dah sihat. Bolehlah dia balik ke rumah mama dan baba pula. Sambung kontrak jaga Ayesha dari jauh pula. Kalau ada apa-apa baru dia datang.

"Betul apa Ayesha cakap tu, ibu dan abah ada. Kami boleh aje tengok-tengokkan anak kami."

Tuan Ahnaf mula bersuara, nampak mesra. Dia bukan berniat nak halau Ziqri, tapi cuma kesianlah. Lagi satu takut juga kalau ada mulut jiran-jiran yang mengata. Walhal mereka tidak tahu mengapa Ziqri tinggal di sini. Mulut orang kan kita tak boleh nak tutup.

"Yalah pakcik, kalau macam tu bolehlah saya balik esok. Rindu dah dekat mama dan baba saya." Biasalah anak bongsu, kesayangan.

                                     ***

Telefon dipegang sejak dari tadi. Menunggu balasan mesej Whatapps yang dihantar, sudah lama. Namun tidak ada satu pun balasan, malah mesej pun tak sampai double tick. Hati cuba untuk bersangka baik, mungkin suami dia sudah sibuk dengan operasi. Ziqri pun sudah beritahu waktu kali terakhir dia membuat panggilan dengan Zill, katanya lelaki itu sudah sibuk pada waktu itu.

Hari demi hari menunggu, bila suami dia akan pulang. Rindu yang tak terkata, tidak boleh dijelaskan. Galeri foto dibuka, ditilik satu persatu gambar suaminya. Ada juga gambar mereka berdua waktu pergi bercuti dahulu.

"Abang, cepatlah balik... Ayesha rindu abang." Telefon dibawa ke dada. Mata dipejamkan seketika.

Terkadang dia kalah juga dengan perasaan rindu. Menitis juga air mata dia. Tapi tidak ada apa-apa yang mampu dia buat kecuali berdoa dan terus menunggu. Ziqri pula masih setia bertandang ke rumahnya memang menjaga amanah betul-betul. Sekali-sekala.

"Ayesha? Macam mana hari ni? Dah rasa okay sikit?" sapa Puan Fida yang baru masuk ke dalam biliknya. Dia sudah ketuk pintu tadi, tapi nampaknya Ayesha terlalu hanyut dengan perasaan rindu dia.

"Bila mama sampai? Maaf Ayesha tak perasaan mama masuk tadi." Air mata yang sempat menetes diseka. Malu kalau ibu mertua dia nampak. Puan Fida senyum manis sahaja.

"Baru aje, sampai sini terus naik jumpa menantu mama. Ayesha macam mana?" Puan Fida duduk di sebelah menantunya.

Ayesha menguntum senyum.

"Dah okey alhamdulillah."

"Alhamdulillah. Ayesha rindukan Zill ya?" tanya Puan Fida, sengaja adakan topik untuk berborak.

Masih senyum. Tiada jawapan.

"Mama tahu. Tak lama lagi dia baliklah. Mama pun rindukan anak mama juga. Kita sama-sama doakan semoga dia selamat pulang ya?" Lembut betul suara Puan Fida. Menantu dia hanya mengangguk.

"Mama, Ayesha rasa nak keluarlah ambil angin. Tubuh pun dah rasa sihat ni. Kalau Ayesha terus duduk terperuk dekat rumah macam ni, nanti makin sedih."

"Kalau rasa dah sihat, bolehlah nak keluar pun.  Mama pun setuju dengan apa yang Ayesha cakap, tak elok juga kalau lama-lama terperuk. Kena juga hirup udara luar, cari udara segar, tenangkan fikiran sekali-sekala."

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now