Seluruh ahli keluarga bertandang ke rumah Zill setelah mendapat khabar berita yang tragis kelmarin dahulu. Masing-masing terkejut dan hancur luluh hati saat berita itu menyapa gegendang telinga mereka. Lebih-lebih lagi Tuan Ahnaf, mana tidaknya ini melibatkan anak perempuan kesayangannya.
Setelah semuanya bertenang, termasuklah keadaan Ayesha pun sudah stabil dan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Barulah mereka semua datang melawat.
Risau tak terkata. Puan Eliza dan Puan Fida duduk di samping katil. Mereka saling berpelukan tiga orang beberapa saat. Sedih.
"Ibu dan mama doakan agar kamu sentiasa kuat ya Ayesha. Tuhan uji kamu, sebab dia tahu kamu kuat dan mampu untuk hadapi semua dugaan ini. Sabar ya," kata Puan Eliza. Dia dan Puan Fida menahan sebak, tidak mahu menjatuhkan air mata di depan Ayesha. Takut nanti emosi Ayesha jadi tidak stabil.
Ayesha mengangguk sahaja. Dia faham. Dia pun sedang cuba untuk terima semua benda ini.
"Mama, Zill mana? Ayesha nak dia," pinta Ayesha. Sekarang Zill sudah tidak boleh hilang walau sesaat pun, pasti dia akan tercari-cari sosok tubuh suaminya itu.
"Dia ada aje dekat bawah tengah borak dengan abah, baba, Ziqri. Kenapa? Ayesha nak mama panggilkan Zill ke?" pelawa Puan Fida. Kesian juga bila dia tengok keadaan menantunya. Masih trauma.
Ayesha mengangguk. Dia nak suami dia.
"Eh Fida, tak apa. Kau temankan Ayesha sekejap boleh? Biar aku turun panggilkan Zill. Lagipun aku nak jumpa suami aku. Kau tunggu sekejap ya?"
Baru sahaja Puan Fida nak angkat punggung, Puan Eliza dah menahan. Biar dia yang turun sekalian ingin bercakap dengan suaminya. Puan Fida akur saja, dia biarkan.
Riuh rendah suasana di bawah. Penuh dengan ketegangan dan keseriusan. Entah apa yang mereka sembang.
"Zill?" panggil Puan Eliza.
"Ya ibu? Kenapa?" Laju saja Zill memberi respons.
"Ayesha cari kamu. Dia kata nak suami dia."
"Zill naik atas dulu ya baba, abah. Aku naik dulu ya Ziqri." Dia minta izin dengan semua yang ada untuk pamit bertemu isterinya.
Bergegas dia buka langkah besar panjat tangga naik ke bilik.
"Abang, saya rasa kita bermalam dekat sini ajelah. Boleh saya tolong tengok-tengokkan Ayesha, kesian juga dekat Zill tu nak uruskan Ayesha seorang diri. Ayesha pula setiap masa nak Zill ada dengan dia." Puan Eliza memberi cadangan, memang dia kesian dekat menantu dia. Nak kena jaga Ayesha sendiri.
"Boleh aje, abang tak ada masalah. Nanti abang balik ambilkan pakaian," jawab Tuan Ahnaf.
Puan Eliza angguk. Dia berjalan ke dapur, nak siapkan minuman untuk lelaki-lelaki yang ada.
Zill masuk saja ke ruangan bilik, terus Ayesha tengok dia dengan mata yang bersinar. Dia mendepakan tangannya luas-luas bila nampak Zill dah datang. Tak ubah gaya seperti meminta untuk didukung. Zill melabuhkan punggung bersebelahan mama.
"Ya sayang, sayang cari abang ke? Abang ada dekat bawah tadi, kenapa ni?" Zill pandang mama dan Ayesha berganti-ganti. Puan Fida senyum, dia bangkit untuk pamit.
"Mama keluar dulu ya? Malas nak ganggu kau orang berdua. Apa-apa panggil, mama ada dekat bawah." Manis senyuman yang Puan Fida hadiahkan, dia segera keluar. Pintu bilik dikatup rapat. Biarlah Zill dan Ayesha berdua.
Sebaik sahaja bayangan Puan Fida hilang. Zill kembali fokus pada isterinya.
"Kenapa sayang?" Lembut dia bersuara, tambah pula dengan senyuman dia yang manis. Membuatkan Ayesha turut tersenyum. Berjangkit.
YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
RomanceAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...