Bab 26

387 20 2
                                        

Berkali-kali dia tanya, nak ke mana. Tapi Zill tetap berahsia. Jadi sebab dia malas nak sakitkan hati sendiri, dia pilih untuk tidur. Nanti bila sampai pandai-pandailah Zill kejutkan dia. Itu pun kalau dia nak bangun.

Perjalanan mereka sebenarnya tak makan masa yang terlampau lama pun. Cuma sekitar dua jam lebih sahaja untuk sampai ke destinasi rahsia menurut Zill itu. Rahsialah sangat.

Kereta masuk parkir. Sebelum mematikan enjin, dia kejutkan isteri dia yang tidur nyenyak itu dulu. Nanti ada yang mati lemas tidur dalam kereta.

"Ayesha, bangun. Kita dah sampai ni."

Bunyi merengek macam budak kecil. Liat betul dia nak bangun kalau dah mula tidur. Tak bagi peluang dah, kalau boleh tidur rapat dari hari ini sampai ke hari esok terus.

"Kalau kau tak bangun, nanti aku dukung kau. Baik kau bangun cepat."

Automatik segar mata, terbuka luas. Memang tak sanggup dia nak izinkan Zill dukung dia. Tak ingin dia, geli.

"Kita dah sampai mana ni?" Mata digosok-gosok, nampak macam ada bangunan hotel dekat depan. Tapi dia tidak pasti.

"Port Dickson."

Tercengang dia, sampai ternganga mulut. Nak buat apa pula dekat Port Dickson. Tiba-tiba saja datang ke sini. Ada majlis apa-apa ke?

"Tutup mulut kau tu, ke nak aku tolong tutupkan? Boleh aje." Laju saja Zill mengusik.

Ayesha jeling Zill. Lekas dia lepaskan seatbelt, siap sedia nak keluar dari kereta. Pintu kerta sudah dia buka, kaki kiri dia pula sudah jejak ke lantai luar.

Terkebil-kebil saja dia ikut Zill ke reception. Dengan muka selenga lepas bangun tidurnya. Siap semuanya, mereka pergilah ke bilik.

"Kau pernah datang sini tak?" soal Zill apabila dia melihat wajah Ayesha yang teruja semacam itu. Kalau dilihat dari riak wajah, sudah tentu tidak pernah datang ke mari.

Ayesha geleng. Dia teroka habis satu bilik, sampailah ke luar. Ada kolam pula tu, disertakan dengan permandangan laut.

"Tempat ni, kalau kau tengok dari atas. Kau akan nampak bentuk bunga raya."

"Bunga raya? Kenapa?" Hairan Ayesha.

"Dah memang diciptakan susunan setiap vila ni mengikut bentuk bunga raya, sebab itulah nama tempat ni Lexis Hibiscus Port Dickson. Suka tak?"

Angguk faham. Dia sengih nampak gigi.

"Suka. Tapi kenapa kau bawa aku datang sini? Kita nak buat apa dekat sini?"

Ayesha cuba mengais-gais air kolam. Ingin saja dia terjun dan mandi sekarang. Tempat ini cukup menenangkan, sudahlah vila ini berada betul-betul di atas air.

"Saja aku bawa kau datang sini, nak ajak kau bercuti. Anggap sajalah kita tengah honeymoon. Bolehlah tenangkan fikiran sikit."

Honeymoon? Terkejut Ayesha dengar perkataan itu. Fikiran dia cepat saja bertukar menjadi negatif. Terus fikir yang bukan-bukan.

"Yang kau ni, kalau nak mandi. Mandi aje lah, ke kau ni tak pandai berenang?" ujar Zill dengan berpeluk tubuh. Isteri dia pula duduk bercangkung di tepi kolam.

Ayesha mencebik. Jeling sekali. Berani Zill pandang dia sebelah mata. Ingat dia tak pandai berenang ke?

"Aku pandailah, malas aje nak tunjuk. Nanti cakap aku riak pula."

"Tak payahlah. Kalau kau nak mandi juga, kita kena mandi sama-sama. Bukan apa. Aku risau takut nanti kalau aku tak perasan yang kau lemas. Terkapai-kapai dalam kolam."

MENANTI CINTA DARIMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang