Bab 59

282 12 1
                                    

Kerap kali sekarang ibu dan ibu mertua dia telefon, kadang-kadang sampai buat panggilan video. Excited orang kata, nak tunggu perut anak menantu dia meletup. Kalau boleh setiap hari nak tanya, bila nak balik Kuala Lumpur.

Rasa macam dah lama pula Ayesha duduk berjauhan dari mereka. Iyalah, baru jumpa waktu sebelum pernikahan Ziqri, tiba-tiba selepas Ziqri nikah? Ayesha dah ikut Zill duduk jauh. Itu pun sebenarnya mereka tidak izinkan, tetapi itukan isteri dia, mana boleh nak halang.

"Ayesha, bila kamu nak balik ni? Bila meletup perut kamu tu? Tahu tak kami berdua dah tak sabar? Cepat-cepatlah balik, atau kamu nak bersalin dekat sana?" Kecoh bukan main mulut Puan Fida sekarang. Bersemangat betul. Puan Eliza pula terangguk-angguk dekat sebelah.

Bakal nenek masing-masing dah terlebih teruja. Menantu kedua Puan Fida pula sekarang katanya dah mula berisi, Bella. Awal jugalah projek mereka menjadi.

"Bersalin dekat sana, tapi tak tahu lagi bila balik sana tu mama, ibu. Tunggu Zill dapat cuti dululah, baru kami balik."

Angguk belaka orang tua itu.

"Eloklah kalau kamu bersalin dekat sini, ada kami boleh menjaga kamunya nanti," kata Puan Eliza dah rupa macam nenek tua bercakap.

"Ya ibu, ni semua sihat ke?" Baru boleh mencelah nak tanya khabar. Kalau tak, sampai ke sudah tak tanya khabar orang tua itu. Mana tidaknya, dengar mereka bercakap dari tadi macam tak ada tanda-tanda ingin berhenti.

"Sihat semuanya alhamdulillah, lagi sihat kalau dah dapat cucu nanti. Gatal tangan dah ni nak dukung cucu... Kan Fida? Tak gitu?" Amboi! Puan Eliza bukan main.

"Eh ibu ni, macam tu pula. Itu yang ibu duduk rumah orang tu kenapa? Tak ada rumah sendiri? Boleh buat sibuk dekat rumah mama pula," sindir Ayesha berbaur gurauan.

"Suka hati kitalah, ini kawan kita. Besan kita," jawab Puan Eliza. Dipaut leher Puan Fida, tunjuk mesralah depan Ayesha.

"Eh ni, suami kamu mana? Tak nampak pun. Kerja ke dia?" sambung Puan Eliza lagi. Tak menyempat.

"Iyalah ibu, kerjalah suami kitanya..."

Masing-masing buat 'O' di mulut. Ouh...

"Eh ni lagi satu ibu nak tanya, kamu dengan anak dalam perut tu okey ke? Sihat? Rancak bersembang sampai lupa nak tanya."

Ayesha tayang riak bosan, geleng kepala. Macam itu pun ada ke?

"Alhamdulillah kami sihat, menantu kesayangan ibu, tak nak tanya sekali ke?" perli Ayesha. Tak kiralah depan Puan Fida pun.

Puan Eliza jeling pula. Malah, besan dia gelak berseloroh. Begitulah mereka, kalau dah buat panggilan video, wajib berdua. Rajin pula mereka nak jumpa selalu.

***

"Nur Ayesha Eshal binti Ahnaf?"

"Ya, Muhammad Zill Qayyim bin Zubari?"

"Jom solat, dah ambil wudhuk ke belum?"

Ayesha mengangguk. Lekas telekung dia capai dan dipakai kemas. Zill sudah menghamparkan dua pasang sejadah untuk mereka solat.

"Sahaja aku solat fardhu isyak, empat rakaat sebagai imam tunai kerana Allah Taala."

"Sahaja aku solat fardhu isyak, empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Taala."

Selesai solat isyak dan berdoa, Zill bangkit ambil Al-Quran dan rehal lalu kembali duduk bersila di atas sejadah yang ditarik bersebelahan isteri. Bersandar hampir di dinding.

Ayesha tengok sahaja suaminya di sebelah sambil gosok perut sendiri. Sakit pinggang.

"Mengaji sekejap ya sayang? Sayang dengar boleh?" pinta Zill sopan.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now