Bab 14

355 16 0
                                    

Suasana di lapangan terbang tidak begitu sesak dan tidak begitu lenggang. Mereka akan menaiki Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur terus ke Langkawi. Non-stop.

Perjalanan mereka yang hanya mengambil masa lebih kurang satu jam lebih untuk ke Langkawi. Bukan main gembira Ayesha. Tak sangka pula dia abah betul-betul bawa dia pergi bercuti.

Setelah puas mereka termenung dekat dalam kapal terbang akhirnya mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, yang terletak di Padang Mat Sirat iaitu di bahagian barat daya Pulau Langkawi.

PARKROYAL Langkawi Resort menjadi tempat penginapan mereka selama tiga hari dua malam di Langkawi. Tempat penginapan yang menghadap ke pantai itu sungguh cantik. Tenang.

Banyak tempat popular yang berhampiran hotel termasuk Pantai Tengah, Pantai Cenang dan Underwater World Langkawi.

Ayesha tidak cakap banyak, sampai saja dia di hotel. Dia terus check-in dan duduk berehat dalam bilik. Tidak sia-sia dia minta Tuan Ahnaf booking bilik ini untuk dia. Memang tidak menyesal.

Permandangan laut yang dapat dilihat dari luar balkoni bilik, tersangatlah cantik. Tenang gila dia rasa. Untunglah jadi anak kesayangan, main booking sahaja. Lagipun bukan pakai duit dia pun.

"Dah pukul berapa ni? Nanti nak pergi tengok matahari terbenam lah dekat pantai." Dia bercakap sendiri.

Jam di pergelangan tangan dikalih. Baru masuk pukul 5:00 petang. Dia duduk sebentar di luar balkoni, ambil angin. Segar sangat.

"Kalau pergi sekarang pun tak apa kan?" Ayesha gelak kecil. Bunyi nakal sama macam perangai dia yang nakal.

Kepala yang tidak tertutup itu awalnya hendak dibiarkan terus terbuka sahaja. Biar tampak lebih cantik, rugilah kalau cantik tapi tak serlahkan kecantikan itu. Tapi bila dia fikirkan semula bahaya pula, mana tahu kalau terserempak dengan bakal mertua dia nanti. Lebih-lebih lagi dengan Zill. Habislah hancur imej dia. Lebih baik dia bertudung.

Bagasi dia segera digeledah. Berantakan habis semua pakaian, dia biarkan sahaja. Yang penting dia nak keluarkan tudung sahaja, yang lain tidak penting sama sekali. Ikutkan hendak dia sarung begitu sahaja, tapi terlalu berkedut. Jadinya dia gosoklah sekejap tudung itu sebelum dia pakai. Barulah nampak kemas sikit, tidaklah nampak berserabai macam orang pergi pasar.

Selepas dia selesai gantikan pakaian dan bertudung dia segera turun ke bawah. Butang lif ditekan. Lobi utama menjadi destinasi dia. Tidak sabarnya rasa di hati hendak keluar tengok matahari terbenam. Mesti lebih cantik kalau boleh dilihat dari pesisir pantai.

Ting!

Tidak ambil masa lama, lif telah pun turun ke lobi. Ayesha keluar dengan muka ceria. Girang sungguh rasanya. Terkedek-kedek dia berjalan sudahlah kaki tidak berapa nak panjang. Nampak macam haiwan yang berkaki pendek. Penguin?

Sedang dia berjalan, tiba-tiba telefon bimbit milik dia berdering. Nama abah tertera di kaca telefon. Alamak! Ada apa pula kali ini. Nak keluar pun tidak senang.

Dengan perasaan marah dia hendak menjawab panggil tiba-tiba pula bahunya berlaga dengan seseorang. Ayesha kalih dengan wajah masam. Serabut betul! Kenapalah hidup dia selalu saja bermasalah.

"Kau ni jalan memang tak reti nak tengok depan ke? Main langgar aje, ada mata pakailah betul-betul. Itu spek mata, buat apa pakai? Kalau menyusahkan mata sendiri, jalan tak nampak, lebih baik buang aje spek mata kau tu," hambur Ayesha lebih kurang. Suka hati dia saja nak marahkan orang.

Telefon yang berdering tidak berhenti itu, baru boleh dia angkat. Dia berdiri di tengah-tengah lobi. Nanti kalau ada yang langgar dia pula, mengamuk pul nanti. Sedangkan dia yang bermasalah. Tapi dia cari salah orang pula.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now