Bab 62

424 13 1
                                    

Tidak lena tidurnya tatkala si isteri sudah mengkhabarkan berita bahawa dia sudah ingin masuk ke dewan bersalin. Begitu juga dengan Ziqri, tidak lupa untuk menyampaikan info tentang kakak iparnya.

Gelisah sekali fikirannya dari semalam. Tidak henti-henti juga dia mengirimkan doa untuk kekasih hatinya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Ayesha.

Jika boleh setiap satu minit dia ingin spam mesej pada Ziqri, ingin tahu khabar berita tentang isteri dan anaknya. Selamat ataupun tidak.

Tergeleng-geleng kepala Taufiq tengok kawan baiknya tak keruan semalam.

"Taufiq! Taufiq!" jerit Zill dari jauh. Setelah hampir setengah jam dia menghilangkan diri, tiba-tiba dia muncul dengan berlari mendekati sahabatnya.

Tersentaklah Taufiq. "Dah kenapa pula kau ni? Terjerit-jerit ada apa? Bawa bertenang dulu boleh tak?"

Melihat senyuman lelaki kacak itu lebar sampai ke telinga, dia sudah mulai dapat menebak akan sesuatu perkara. Ini pasti berita gembira.

"Isteri aku dah bersalin sebelum subuh tadi, tengok ni anak aku...!" Bukan main gembira Zill, berbunga-bunga hatinya. Hilang habis seluruh keresahan yang terbelenggu tadi malam.

"Serius? Alhamdulillah, syukurlah anak bini kau selamat. Syukur jugalah ya untuk aku, tak payah nak hadap muka stres kau lagi dah. Penat tahu tak tengok muka stres kau tu," bebel Taufiq, menyempat.

Laju saja Ziqri hantar gambar anak lelaki Zill. Dapatlah juga dia tengok, membuatkan dia lebih bersemangat untuk cepat-cepat jalankan operasi dan balik jumpa anak serta isterinya.

"Alhamdulillah, tak sabarnya aku nak balik jumpa anak bini aku..." Tak lekang matanya memandang foto bayi segar dari oven itu. Akhirnya dapat juga dia kembangkan carta keturunan keluarga.

"Sabar, kita baru nak masuk operasi ni. Nanti dah balik, kau cutilah puas-puas."

Zill terangguk-angguk, tersengih. Syukur tidak terhingga. Sempat dia hantar mesej berserta gambar swafoto untuk Ayesha.

"Assalamualaikum sayang, alhamdulillah sayang dah selamat lahirkan anak kita. Ziqri dah hantar gambar anak kita tadi, abang dah tengok. Hensem sangat ya? Macam muka abang. Abang dah nak pergi ni, sayang tunggu abang balik ya? Nanti kita jaga anak kita sama-sama. Doa-doakan abang selamat balik ya sayang. Abang tak sabar nak jumpa sayang dan baby. Sayang jaga diri ya? Assalamualaikum isteri abang."

"Weh, jomlah? Rasanya semua dah berkumpul tu. Nanti lambat pula," ajak Taufiq. Sekilas Zill pandang Taufiq sebelum mengangguk.

Seperti biasa, sebelum memulakan misi dan operasi, mereka semua akan membacakan doa terlebih dahulu. Meminta pertolongan serta perlindungan daripada Allah S.W.T.

Kerana Dia lah sang pencipta langit dan bumi. Dunia dan seisinya adalah hak milik-Nya sepenuhnya.

Sebelum masing-masing bergerak, sempat Zill membisikkan sesuatu ke telinga Taufiq. Reaksi wajah Taufiq kelihatan serius sahaja. Kemudian bahu Zill ditepuk beberapa kali.

"Insya-Allah kita akan balik dengan selamat," kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Taufiq.

Tuhan, aku merayu kepada-Mu, jika bisa engkau panjangkan nyawaku, maka izinkanlah aku untuk pulang ke pangkuan si dia dengan selamat. Seandainya kali ini aku benar-benar pergi, maka kau jagalah si dia dan anakku dengan sebaik yang mungkin. Hanya pada-Mu aku meminta dan berserah.

Zill raup wajah. Entah mengapa perasaannya kini bercampuk-aduk. Namun kakinya tetap mengatur langkah laju menuju ke arah pesawat yang sudah tersedia untuk dibawa terbang ke angkasa raya. Pemeriksaan sudah pun dilakukan awal tadi.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now