Bab 11

383 14 0
                                    

Terbaring dia sendiri di bilik tidur. Cincin yang tersarung di jari manis ditenung tanpa riak. Begitu juga dengan telapak tangan yang berbalut bandage. Turut dipandang. Kosong.

Kadang terasa nyeri. Bekas luka yang masih belum kering dan sembuh. Sudah beberapa hari dia mengurungkan diri di dalam bilik.

Suasana bilik yang suram dan gelap. Membuatkan fikiran dia jadi bertambah terbeban dan sempit. Sengaja tidak dibuka langsir, biarlah kegelapan menyelubungi dirinya kerana hidup dia sendiri pun sudah terlalu gelap. Tidak ada sinar untuk bahagia.

Posisi baring sekejap diubah, ke kiri, ke kanan.

"Aku bosan. Rasa nak mati."

Ayesha menghela nafas.

Dia bangun lalu membuka pintu gelangsar almari. Sehelai jaket dicapai perlahan, lalu kembali melabuhkan punggung di atas tilam.

Wangian maskulin yang masih tersisa pada jaket tersebut dihidu penuh perasaan. Wanginya...

Kata Arfa, ini milik lelaki yang bantu dia malam sewaktu dia mabuk.

Dia memang tak nak ke jaket dia ni? Kenapa dia tinggal? Kenapa tak minta balik? Atau dia lupa? Ayesha berbicara dalam bahasa bisu.

Siapalah agaknya pemilik bau perfume ni. Mesti kacak. Kata Arfa lagi, pemuda tu nampak gentleman. Tapi tak banyak cakap dan sayang, Arfa tak berapa nak cam muka dia. Sebab kelam-kabut, cahaya lampu jalan pun samar-samar. Memang tidak jelas.

"Aku harap, kita boleh berjumpa. Aku sendiri yang akan pulangkan jaket ini dekat kau. Tapi satu maklumat pun aku tak tahu pasal kau. Sama macam tunang aku." Siapalah dua lelaki misteri ni agaknya.

"Betul ke aku nak teruskan semua ni? Tapi boleh ke kalau aku nak lari?"

Mengarut!

Dia takkan lukakan hati abah. Biarlah dia buat semua ni kerana abah. Jauh di dalam relung hati, terbit rasa sayang pada insan yang bergelar abah. Mungkin nampak macam tak ambil peduli, tapi sebenarnya dia sayang dekat Tuan Ahnaf.

"Tapi? Tunang aku ni memang tak nak tengok muka aku ke? Aku teringin juga nak tengok muka dia. Tua ke, muda ke? Nak juga tengok. Banyak benda yang aku nak tanya."

Jaket kulit tadi masih dipegang erat. Selesa, bau wangian itu membuatkan dia rasa tenang. Tanpa dia sedar, dia bercakap dengan dirinya sendiri.

                                      ***

"Alamak, hensemnya anak mama ni," tegur Puan Fida sejurus melihat anak lelaki dia. Laju saja dia kalih lipat.

Bahagian rahang dan dagu diusap penuh bangga. Kena puji, memang kena tayang muka berlagaklah. Sekarang muka dia sudah bebas daripada bulu-bulu kehidupan.

Maklumlah lama sangat duduk tempat orang, diri sendiri pun tak sempat nak uruskan.

"Mestilah hensem, tengoklah anak siapa. Zubari dengan Fida." Tersengih mama dibuat Zill.

Kepalanya sempat menjenguk ke dalam kuali yang ada di atas api dapur.

"Sedapnya bau, masak apa harini ma? Zill rindu gila lah dekat masakan mama."

Puan Fida sempat menjeling.

"Rindu masakan mama aje ke? Habis tu mama? Kamu tak rindu?" Lantas dirangkul tubuh Puan Fida seketika dari belakang. Takutlah orang tua itu merajuk. Susah pula dia hendak pujuk nanti.

"Eh? Mana boleh tak rindu, mesti kena rindulah. Betul tak?" Zill senyum nakal.

Tersenyum juga Puan Fida bila tengok anak teruna dia senyum. Berjangkit.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now