Bab 19

300 12 0
                                    

Ayesha menghela nafas panjang. Esok, dia bakal diijabkabulkan dengan lelaki yang bernama Zill Qayyim. Bakal menjadi hak milik sepenuhnya untuk Zill.

Mampu ke dia bertahan selama sebulan dan terus menunggu keputusan daripada Zill?

Ayesha sendiri tidak tahu, apakah dia mampu atau tidak. Silap hari bulan, dia memberontak.

Betul ke nak teruskan? Atau nak larikan diri saja bila tiba hari esok. Tapi bila difikirkan balik, lebih baik tidak usah. Itu lebih berisiko, memalukan keluarga. Tunggu sajalah sampai Zill lafazkan cerai. Hidup menjanda pula.

Telefon bimbit dicapai. Belum sempat buka skrin, telefon dah menyala. Ada panggilan masuk. Arfa.

"Ya? Ada hal apa kau cari aku?"

Kejadian yang terjadi malam itu, masih segar. Dia masih tidak percayakan sesiapa.

"Es, aku nak minta maaf dengan kau. Kalau kau rasa, aku tipu kau selama ni, kau salah. Aku tak pernah tipu kau, apa lagi nak jadi pembelot."

"Okey, jadi?" Dia kurang berminat dengan apa yang Arfa cuba jelaskan. Tak menarik.

"Es... Please, aku merayu. Janganlah pulaukan aku macam ni, kita dah berkawan lama dah Es. Sejak dari zaman sekolah lagi, takkan kau nak lupakan aku macam itu aje. Memang dah tak sayang aku ke?" Arfa cuba pujuk Ayesha.

"Memang kita dah berkawan lama, sejak zaman sekolah. Tapi? Kau dengarkan apa yang Aiden cakap haritu? Siapa lagi yang nak beritahu dia, kalau bukan kau?"

"Kenapa kau yakin sangat yang aku beritahu dia? Mana nak tahu kalau dia upah orang ke, untuk selidik pasal kau. Kenapa kau tak pernah fikir benda tu? Kenapa mesti kau korbankan persahabatan kita?"

Tak kira apa sekalipun, dia kena pujuk Ayesha balik. Hanya kerana perangai bodoh mamat itu, dia jugalah yang terpaksa bersusah payah mendapatkan kepercayaan Ayesha semula.

Fikir senang ke nak pujuk? Sekali orang terasa diri dia ditipu, memang susah dah nak percaya balik. Kepercayaan bukannya boleh dijual beli.

"Aku korbankan persahabatan kita? Aku? Bukan kau ke yang korbankan?" Bengang pula Ayesha rasa.

"Es, sumpah aku tak buat apa yang kau fikir tu. Bukan aku Es, bukan aku. Kenapa susah sangat kau nak percayakan aku ni? Tolonglah Es, aku tak nak kehilangan kau, kau saja sahabat yang aku ada. Please? Percayakan aku? Pernah ke aku tipu kau selama kita berkawan? Tak pernah kan?"

Memang tak pernah.

"Sudahlah Arfa. Jangan serabutkan kepala otak aku boleh tak? Jangan paksa aku, bagi aku masa. Kau ingat kepercayaan aku ni, kau boleh beli sesuka hati kau?"

Serabut betul. Tak ada satu hari pun dalam setahun, hidup dia tak serabut.

"Memang aku tak boleh beli kepercayaan kau, sebab itu aku pujuk kau. Pujuk sedaya upaya aku, sebab aku tak nak hilang kau."

"Cukuplah Arfa. Kau tak faham ke apa aku cakap? Bagi aku masa. Aku pun tak nak hilang kau, kau saja satu-satunya kawan yang aku ada. Tak ada orang lain dah. Jadi aku minta tolong kau satu aje, jangan kacau aku. Bagi aku masa untuk aku fikir apa yang patut."

Akur.

"Baiklah kalau itu yang kau minta. Aku harap kau tak ambil masa yang lama. Sebab aku rindukan kau."

Ayesha menjeling. Talian dimatikan begitu saja. Penat nak layan semua drama. Tak habis-habis. Lepas satu, bertambah lagi satu, nanti bertambah lagi.

Dahlah esok dah nak kahwin. Kepala otak pula serabut dengan macam-macam benda. Teruk betul rasanya hidup ini.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now