Buat pertama kalinya dia lihat isteri dia rajin bantu mama dekat dapur. Siapkan sarapan. Tak pernahlah isteri dia bangun awal, ini pertama kali. Mungkin kerna dia yakin, ini hanya akan bertahan selama satu bulan. Setelah ini, mereka akan buat haluan sendiri-sendiri.
Kalaulah dia tahu yang Zill tak akan ceraikan dia. Macam manalah reaksi dia nanti, mesti dia akan buat perangai. Melenting dan memberontak.
Ayesha dan Puan Fida menyiapkan sarapan bersama-sama. Zill dan Tuan Zubari pula sudah duduk di meja makan menunggu. Kebetulan mata Zill memandang Ziqri yang turun berserta dengan membawa beg. Sudah siap dengan seragam kerjanya. Mungkin sudah habis cuti dan mahu pulang.
Punggung dilabuhkan di hadapan Zill. Dia hadiahkan senyuman yang paling manis. Nanti rindulah dekat abang dia.
"Kau nak balik dah Ziqri?" Sudah jelas tapi saja dia tanya lagi, biar ada topik berbual.
"Yalah. Cuti dah habis, sambung kerjalah pula. Kau ni pula, bila nak balik pangkalan? Bukan ke cuti kau dah nak habis?"
Ayesha dan Puan Fida duduk di meja makan bersama-sama mereka. Ayesha di sebelah Zill, mama pula sebelah Ziqri.
"Haah, tinggal lagi seminggu lagi. Tapi aku dah minta sambung cuti dah. Cuti kahwin."
Ziqri hanya angguk. Dia sua sudu ke mulut. Nasi goreng hasil daripada air tangan mama dia memang sedap. Nanti bila lagi dapat makan masakan Puan Fida. Lama lagilah.
"Tinggal mama sorang-soranglah jawabnya ni. Anak-anak dah pakat nak pergi jauh belaka nanti."
Buat sedih. Macam biasalah kalau Puan Fida. Anak-anak lelaki dia senyum saja. Sudah tahu perangai mama dia macam mana.
"Apa pula tinggal sorang-sorangnya, baba kan ada temankan mama. Macam tak biasa pula."
Ayesha hanya diam. Dengarkan saja perbualan mereka anak beranak.
"Tahu, memanglah baba ada. Tapi dia pun sibuk kerja, kan abang?" Dia kalih suami dia yang ralit makan. Nak cepat masuk pejabat pula. Tuan Zubari hanya senyum dan angguk.
"Ayesha pula macam mana? Zill memang betul ke nak bawa dia pergi esok?" soal Puan Fida beralih arah.
Zill pandang isteri dia di sebelah. Ayesha nampak hairan. Peliklah, sebab dia tidak tahu dia bakal dibawa ke mana esok.
"Ya, kenalah bawa isteri Zill ni. Takkan nak tinggal dia dekat sini pula, nanti siapa nak teman Zill tidur malam-malam kalau bukan dia." Kata-katanya berbaur usikan. Sengaja. Sempat dia kenyitkan mata dekat Ayesha.
Kenyitan mata dibalas dengan senyuman. Dalam kepala dah fikir. Zill nak bawa dia pergi mana? Pindah ke? Atau ikut dia ke mana?
"Amboi Zill, kau ni. Tak payahlah duk buat sweet, kenyit-kenyit mata depan aku pula. Tahulah dah ada bini." Ziqri mencelah. Nak makan pun tak senang. Tahulah dia single.
"Biarlah dia, dah dia ada bini. Itulah kamu, mama suruh kahwin juga tak nak, atau nak mama carikan calon juga untuk Ziqri?"
Tersedak Ziqri dibuat Puan Fida. Air diteguk rakus. Apa pula cakap macam itu, dia memang tak akan setuju. Biarlah dia cari calon hidup dia sendiri.
"Eh mama ni, Ziqri tak nak."
Mereka gelak berterabur.
Selesai makan pagi, mereka semua iringi kepergian Ziqri. Tuan Zubari juga sudah berangkat pergi ke pejabat. Sekarang hanya tiga orang saja dalam rumah itu.
Zill dah ajak Ayesha naik bilik. Nak kemas barang katanya. Ayesha ikut sajalah lepas dah siap tolong Puan Fida kemas dekat bawah.
"Kau nak bawa aku pergi mana Zill?" Dia duduk bersimpuh di sebelah suaminya. Kedua-dua kakinya dilipat ke belakang.
YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
Roman d'amourAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...