Bab 38

433 18 1
                                    

Bibir tipis itu masih menguntum senyum meskipun tersisa rasa sedih di hati. Berkali-kali dia bertanya, kenapa dia diduga sehingga begini. Ini ke dugaan bila seseorang itu mencuba untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik? Terkadang dia rasa ingin menyerah kalah, hampir tersungkur.

Namun dia sedar, ada sosok lelaki yang menjadi penguat untuk dirinya pada waktu ini. Ada juga satu kata-kata yang dia temui di laman sosial yang berbunyi. Yakinlah, ada sesuatu yang menantimu selepas banyak yang kau jalani dengan penuh kesabaran, ianya akan membuatmu terpana dan lupa betapa pedihnya rasa sakit. Dia percaya.

Semakin hari keadaan dia semakin membaik. Tidak takut lagi jika ditinggalkan sendirian. Hari ini dia minta Zill temankan dia pergi ke kubur. Usai melawat kubur arwah Zahra, barulah dia pergi ke kubur Arfa pula.

"Abang, inilah kubur arwah Arfa. Ayesha tak sangka yang dia akan pergi dulu." Nafas panjang dihela. Dia dan Zill duduk di atas tikar.

"Dah ajal dia sayang, nak buat macam mana. Samalah macam arwah Zahra juga. Dalam kita tak sangka pun, kita terpaksa kena terima juga kenyataan dan ketentuan. Jodoh, ajal dan maut ni, semuanya dah tertulis. Kita pun tak tahu bila giliran kita sampai."

Ayesha pandang suami dia. Wajah Zill tampak tenang waktu dia berbicara tadi. Tenang yang tidak berkesudahan. Dibalas renungan Ayesha itu penuh sopan.

Dia setuju dengan apa yang Zill bicarakan barusan tadi. Kita sebagai hamba memang tidak pernah tahu kapan giliran kita dijemput.

"Abang, sebenarnya... Bukan Arfa sorang aje kawan Ayesha. Dulu kami bertiga, dengan Zahra sekali."

Zill tercengang. Baru dia tahu.

"Tapi kami berdua tak pernah tahu yang Zahra sebenarnya dah meninggal. Kami ingat dia hilang ke mana, Ayesha cuba cari dia tapi tak jumpa. Lepas abang bawa Ayesha melawat kubur dia dan abang tunjuk gambar dia haritu, barulah Ayesha tahu yang Zahra tu adik abang dan dia dah tak ada. Kalau tak, sampai sekarang pun Ayesha tak tahu mana dia pergi."

Senyuman Zill bergaris. Tak sangka dunia ini betul-betul kecil. Ingatkan manusia saja dah cukup kecil, rupanya dunia yang terlihat besar ini pun sebenarnya kecil. Pusing punya pusing, berbalik dekat tempat sama juga.

"Jadinya, ini kisah tiga serangkailah. Baru abang tahu, jadi Zahra nakal selama ni sebab Ayesha yang ajar dia ya?" Zill sekadar nak mengusik, tidak serius.

"Taklah abang, kami memang nakal. Bukan Ayesha yang ajar dia, kami kenal pun waktu kami memang dah nakal. Kalau Arfa pula, Ayesha dah kenal dia sejak dari zaman sekolah lagi."

Tak mustahillah kalau Zill dan ahli keluarga dia boleh terima kisah silam Ayesha. Sebab arwah adik dia pun, lebih kurang Ayesha. Bukan paras rupa sahaja, tapi perangai mereka pun lebih kurang sama. Allah itu Maha Adil sebenarnya. Dia ambil Zahra dan Dia gantikan dengan Ayesha di dalam hidup Zill.

Untung juga Ayesha dapat mertua dan suami yang baik. Kalau orang lain belum tentu lagi dapat terima kisah silam dia. Meskipun pada awalnya Puan Eliza merahsiakan segala kisah Ayesha dari pengetahuan Puan Fida dan keluarganya. Namun kini, mereka menerimanya dengan hati yang terbuka. Tidak sedikit pun meletakkan kesalahan terhadap Ayesha dek masa lalunya yang gelap. Mereka sekeluarga terima Ayesha sebagai menantu seadanya.

"Macam tu ya. Abang ingat sayang yang ajar."

Ayesha senyum. Di dalam hatinya berdoa semoga Arfa dan Zahra ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Semoga dosa mereka terampun, termasuklah dosa-dosa yang ada pada dirinya sendiri.

"Abang jom balik. Matahari dah terpacak dekat atas kepala ni. Nanti burn pula muka abang yang hensem ni." Dia tengok muka Zill yang dah mula nampak kemerah-merahan. Risaulah nanti Zill dah tak kacak. Tapi dia tak sedar padahal muka dia pun dah macam udang kena bakar. Merah habis.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now