Bab 15

393 14 0
                                    

Hari ini, dia terpaksa keluar dengan bakal suami dia. Banyak sangat benda terpaksa dalam hidup Ayesha Eshal ini.

Itulah, nak keluar sangat. Tak habis-habis nak pergi Pantai Cenang katanya. Tuan Ahnaf pula nak pakai kereta, mereka dua keluarga hanya sewa dua buah kereta. Jadi nak tak nak, terpaksalah dia keluar dengan Zill.

Geng-geng orang tua pula, jalan-jalan naik satu kereta. Apakan daya, memang tak berdaya.

Deretan kedai di sepanjang jalan Pantai Cenang menjual berbagai barangan seperti pakaian dan aksesori. Semuanya menarik perhatian Ayesha untuk singgah di kedai-kedai yang ada.

Sekali-sekala dia melemparkan pandangan ke arah Zill. Sungguhlah dia hensem. Dengan seluar pendek paras lutut, kemeja santai, ditambah pula dengan kacamata hitam.

Betul-betul membuatkan hatinya cair. Tapi dia tidak boleh jatuh cinta terhadap lelaki itu. Jangan sesekali, tidak boleh. Harus sedar diri, sedar posisi.

"Tengok-tengok aje ke? Tak nak beli apa-apa?"

Dari tadi dia ikut Ayesha, tetapi tidak ada satu barang pun yang dibelinya. Itu yang dia terlintas nak menyoal. Berapa buah kedai sudah mereka singgah. Tangan masih kosong.

"Aku tak tahu nak beli apa." Jawab Ayesha lebih kurang, muka pun masam.

"Kau memang nak ikut aku aje ke? Tak nak pergi tempat lain?" Rimas juga apabila lelaki itu hanya berkepit dengan dia sejak tadi. Rasa semak.

"Nak pergi mana? Saya ikut awak sajalah, lagipun keluarga awak yang ajak kami datang sini. Kalau saya tinggal awak dekat sini, takkan karang saya nak kena datang ambil awak pula. Ingat saya ni driver peribadi awak ke?"

"Menyampah aku." Dia jeling Zill. Pasrah sajalah duduk dengan perempuan biul.

Banyak yang menarik perhatian, tapi tak terasa nak beli. Tiada keinginan. Zill hanya mengangguk dengan wajah yang tenang. Macam biasa tidak beriak. Selalu nampak tenang.

Dia melihat pelbagai jenis topi pantai yang ada, dia mencapai salah satu yang ada. Kemudian dia bubuh atas kepala Ayesha.

"Cantik. Sesuai untuk awak."

Ayesha terkebil-kebil. Kehairanan. Lelaki itu dah kenapa? Nak tunjuk sweet ke? Atas bawah Ayesha pandang dia.

"Kau kenapa? Aku tak nak lah." Bunyi garang. Ayesha letak semula topi yang ada dekat atas kepala dia itu di rak. Muka masam.

"Cuaca panas ni, lebih baik awak pakai." Zill ambil semula letak atas kepala dia. Ayesha tepis sampai jatuh topi itu ke tanah.

"Aku kata tak nak, tak naklah. Serabutlah kau ni." Merengus. Dia angkat kaki tinggalkan Zill sendiri. Zill tengok sahaja.

Kenapalah perempuan itu berperangai seperti dia tidak suka. Atau lebih tepat dia benci. Perlu korek sesuatu.

"Akak, saya ambil topi ni satu ya? Baki lebih, akak simpan." Duit kertas yang bernilai lima puluh ringgit dihulurkan kepada penjual. Belilah juga topi itu untuk Ayesha. Cuaca panas tetapi perempuan itu degil. Keras kepala.

Langkah kaki Ayesha memang kecil kalau hendak dibandingkan dengan langkah besar Zill. Sekejap sahaja dia berjalan, sudah sampai sebelah Ayesha. Magik.

"Awak ni kenapa?" tanya Zill. Hairan dengan perangai Ayesha.

Ayesha diam. Malas hendak layan.

"Ambil ni pakai, memang tak sayang kulit ke? Muka pun dah merah. Nanti burn pula." Topi diletakkan di atas kepala Ayesha. Tapi kali ini Ayesha tidak menepis. Dia biarkan sahaja. Memang panas dia tidak menafikan hal itu.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now