Bab 28

410 19 0
                                        

"Zill. Bangunlah," panggil Ayesha perlahan.

Pipi Zill ditampar-tampar lembut. Lewat betul Zill bangun hari ini, mungkin kerana penat memandu semalam dari Port Dickson ke Kuala Lumpur. Ayesha pula tidur saja dalam kereta, dia mempelawa diri kononnya nak gantikan drive tapi Zill tak izinkan. Dipaksa suruh tidur.

Perut sudahlah lapar. Nak masak tapi tak ada bahan. Terpaksa kejutkan Zill kerana dia nak ajak pergi beli barang dapur. Kalau tidak, mereka nak makan apa. Boleh sahaja kalau dia nak curi kereta Zill, tapi takut nanti suami dia marah pula.

"Zill... Bangunlah, dah pukul berapa ni."

Bila ditatap wajah Zill lama-lama, hati dia selalu rasa tidak menentu. Entah apa yang merasuki. Tapi dia suka tengok muka suami dia. Hendak kata cerah putih melepak itu tidak, kulit-kulit orang Malaysia. Tidak cerah, tidak gelap. Sedap mata memandang.

"Kenapa ni sayang... Dah pukul berapa?" Perlahan-lahan Zill buka mata, dengan suara serak basah dia itu. Cairnya... Tengok pula isteri ada depan mata. Rasa nak peluk.

"Pukul 10 lebih dah ni. Kau penat sangat ya? Bangunlah, aku nak ajak kau pergi beli barang dapur ni. Tak ada apa yang aku boleh masak dekat dapur tu, kosong. Kalau kau nak makan angin harini bolehlah."

"Ya aku penat... Penat sangat." Dia duduk bersila pula atas katil, sementara nak bangun memang liatlah. Tapi tak sampai seminit termenung, dia letakkan kepala atas riba Ayesha pula. Baring lagi.

"Aku ngantuklah sayang... Nak tidur sikit lagi boleh tak? Sekejap saja. Lima minit. Please?"

Tidak tunggu Ayesha berikan jawapan, dia tarik bantal lalu dipeluk terus pejamkan mata. Ayesha tenung saja suami dia. Gigi dikacip kasar, keras tangan dia bergerak membelai rambut Zill. Belaian demi belaian membuatkan Zill semakin lena.

Betul ke aku sanggup berpisah dengan kau nanti? Kalau aku tak sanggup macam mana? Aku akui, aku dah mula rasa selesa dengan kau walaupun tak ada perasaan cinta. Tak salah kalau aku selesa dengan kau kan? Aku selesa mungkin disebabkan layanan kau. Kau baik dengan aku Zill. Sayang? Aku tak tahu apa itu sayang. Apa itu cinta. Aku tak pernah rasa semua perasaan itu. Tapi aku harap, aku tak jatuh cinta dengan kau Zill. Aku tak nak di antara kita ada yang kecewa.

Dalam sungguh renungan yang Ayesha berikan. Dari rambut turun ke wajah. Lembut dia mengelus. Tadinya kelam-kabut hendak keluar, sekarangnya sudah tenang. Serba salah hendak bangunkan suami. Kasihan. Usapan demi usapan di wajah mengejutkan Zill daripada lena.

"Sayang... Buat apa ni."

Sayang... Meleret sungguh panggilan itu. Beruang kutub utara pun boleh cair kalau dengar. Tapi Ayesha bukan beruang kutub utara, dia tidak boleh cair. Kena bertahan. Tetaplah keraskan hati meskipun hati sudah bergetar-getar.

"Tunggu kau bangunlah. Tadi kau kata nak tidur lima minit. Dah cukup lima minit ke? Kalau dah cukup, bangunlah cepat. Pergi mandi lekas, aku dah siap. Tunggu kau aje."

Zill dongak tengok muka Ayesha, dia masih berbaring di riba perempuan itu.

"Hm... Malasnya rasa." Terkedip-kedip mata mengelamun dengan bibir terjuih. Tidak lama dia bangun.

"Kejaplah, aku pergi mandi dulu. Kau siap-siaplah, lepas itu kita keluar pergi beli barang. Aku mandi kejap tau."

Sempat lagi dia cubit pipi Ayesha sebelum pergi mandi. Biasalah, mentang-mentang ada isteri. Ayesha angguk, senyum saja.

Waktu perjalanan balik semalam, masing-masing senyap. Zill dengan muka tegang, Ayesha pula dihantui rasa takut dan berdebar-debar. Macam-macam bermain di minda. Tidur pun susah hendak lena. Mujurlah pagi ini Zill dah okey. Mungkin tekanan dia dah hilang bila dia tidur.

MENANTI CINTA DARIMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang