Bab 35

409 20 1
                                    

Tok!

Tok!

Pintu bilik diketuk. Sejak kejadian itu, mereka tidur berasingan. Susah nak bersua muka walaupun duduk di dalam rumah yang sama. Namun Ayesha tidak pernah berhenti untuk memujuk hati Zill. Dia kena cekalkan hati.

"Abang, jom turun makan. Ayesha dah siap masak dah ni," panggil Ayesha sopan. Beginilah hari-hari dia sekarang. Tidur sendirian, bila celik mata pun masih sendiri.

Diam. Tidak ada sebarang suara yang membalas ajakannya.

"Abang... Kenapa buat Ayesha macam ni, tak kesian ke Ayesha dah penat masak untuk abang. Tapi abang tak nak makan."

Masih kuatkan hati untuk memujuk. Kadang-kadang dia tewas juga, rasa macam bercakap dengan pintu kayu. Macam bodoh.

"Aku tak suruh pun kau masak. Kau tahu kan aku suka makan dekat luar sekarang."

Akhirnya hari ini Zill bersuara meskipun kata-katanya menyakitkan hati. Syukurlah Ayesha dapat dengar suara suami dia lagi. Dia rindu sangat.

"Tapi Ayesha rindu nak makan dengan abang. Jomlah abang, kita makan sekali." Dalam rasa sebak, masih juga dia berpura-pura untuk kuat.

"Kau makanlah sorang-sorang. Aku tak ada selera nak makan dengan kau. Nanti kalau aku lapar, aku keluarlah pergi cari makan sendiri. Tak payah susah-susah nak ajak aku makan. Tak perlu pun nak buat baik dengan aku."

Kasar betul suara Zill. Dia sengaja tekankan suara dia biar Ayesha takut, lagipun dia duduk dekat dengan pintu bilik. Biar suara dia jelas masuk ke dalam gegendang telinga perempuan itu.

"Tak apalah kalau abang cakap macam tu."

Ayesha mengalah, dia pergi turun ke bawah. Terpaksalah dia makan seorang diri lagi hari ini. Entah sampai bila. Penat kadang-kadang nak kena ambil balik hati Zill. Tapi dia bersyukur sebab Zill tak lepaskan dia. Jadi dia kena selalu kuatkan semangat untuk terus pujuk hati lelaki itu. Susah juga ternyata.

Dia duduk sendiri di meja makan. Terasa sungguh hati dia dengan perangai Zill. Sampai tengah makan pun dia boleh menitiskan airmata. Macam mana dia nak tipu hati sendiri, sedangkan airmatalah yang menjadi saksi betapa terlukanya hati dia sekarang.

Tengah dia ralit termenung sambil makan. Tiba-tiba Zill turun, melintas ke pintu rumah. Dia nak keluar ke mana, itu Ayesha tidak tahu. Sudah terbiasa, sampai tak sempat nak bertegur sapa. Boleh dikatakan setiap hari dia keluar. Terlintas juga perasaan curiga, namun dia cuba membendung agar tidak berlarutan.

Zill tahu Ayesha sentiasa tengok dia waktu dia nak keluar rumah. Sengaja dia buat Ayesha macam tunggul kayu setiap kali dia turun nak keluar waktu Ayesha tengah makan.

Padahal dia tidak ke mana pun, cuma keluar makan. Ada kalanya dia singgah ke rumah mertua dia jumpa Tuan Ahnaf. Cuma orang tua itu yang selalu bagi dia kata-kata semangat. Bagi nasihat juga untuk rumah tangga dia. Dia tidak berkongsi akan hal yang terjadi baru-baru ini kepada ahli keluarganya. Tidak mahu Ayesha dipandang serong nanti. Biarlah dia jumpa dengan orang tua Ayesha sendiri. Lagipun abah dah kenal dan tahu anak dia macam mana. Senang. Tapi andai kata kalau keluarga dia tahu pun, mungkin mereka tidak kesah. Mereka mungkin akan tetap terima Ayesha.

Selesai makan di luar, dia pergi ke rumah mertuanya.

"Zill? Kamu datang naik apa? Tak ada bunyi kereta pun, tiba-tiba aje sampai." Puan Eliza terkejut dengan kemunculan Zill yang tiba-tiba datang. Dia tengah tengok pokok bunga dia dekat luar rumah, kebetulan Zill sampai.

"Naik kereta, tapi parkir jauh sikit. Manalah tahu kalau buatnya tiba-tiba Ayesha datang sini. Sebab tengok dia tengah sedih tadi, makan nasi pun sambil menangis. Mana tahu dia balik nak jumpa abah dan ibu ke," kata Zill sopan, dia salam tangan Puan Eliza.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now