Bab 34

369 12 1
                                    

"Abah harap Zill kuat bila Zill dah tahu semua benda ni. Abah bukan tak nak beritahu dari awal, cuma abah sebagai seorang ayah. Abah nak yang terbaik untuk Ayesha, abah nak dia kahwin dengan orang yang baik. Macam kamu. Abah minta maaf dekat Zill sebab Zill terpaksa hadap masalah macam ni."

Zill diam. Apa yang Tuan Ahnaf cakap itu betul, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Termasuklah Tuan Ahnaf sendiri. Mungkin atas dasar abah percayakan diri dia, sebab itu abah lepaskan Ayesha kahwin dengan dia. Dia juga telah berjanji untuk menjaga Ayesha sebaik yang mungkin, tidak mungkin dia akan memungkiri janji sendiri. Zill bukan jenis yang suka mungkir janji.

"Abah tak perlu minta maaf. Abah tak salah pun, Zill cuma terkejut. Zill tak sangka pula kalau Ayesha tu sebenarnya macam tu."

Tuan Ahnaf menepuk bahu Zill. Dia rasa bersalah sebenarnya dekat Zill, rasa kesian pun ada juga.

"Ayesha tu kalau kamu nak tahu, dia memang teruk. Tapi seteruk-teruk dia, dia tak pernah melayan mana-mana lelaki atau buat perbuatan terkutuk yang Zill fikir dengan mana-mana lelaki yang dia pernah kenal, tak pernah. Dia nakal, tapi nakal dia dengan arwah kawan baik dia tu aje. Berdua aje dari dulu sampai sekarang."

Penerangan daripada Tuan Ahnaf itu didengari sebaik mungkin. Sedikit sebanyak bolehlah dia dapat belajar mengenali perempuan yang bernama Ayesha itu jenis yang macam mana.

"Penat ibu dan abah nasihatkan dia, sebab itu dia tak ngam mana dengan ibu. Sebab ibu selalu marah dia, sebab perangai dia itulah. Kadang-kadang ibu pun hilang sabar dengan dia, lepas dia keluar dari Pusat Pemulihan Akhlak, ibu ingat dia dah berubah tapi sama juga."

"Pusat Pemulihan Akhlak? Macam mana dia boleh masuk situ?" tanya Zill. Dia ingin cari tahu jelas semua tentang Ayesha.

Tuan Ahnaf senyum. Dia menarik nafas panjang sebelum sambung bercerita.

"Dulu, Ayesha pernah terlibat dengan kes dadah. Dia pernah terjebak ambil barang terlarang tu, sampai dia hampir nak kelar leher ibu sebab ibu marahkan dia. Tak tahu pula waktu tu, dia di bawah pengaruh dadah. Disebabkan kes itulah, dia masuk ke Pusat Pemulihan. Terkejut sangat-sangat ibu dan abah bila dapat tahu yang dia ambil dadah. Kami rasa gagal jadi ibu bapa dia, gagal didik dia dengan baik."

Terkejut bukan main Zill apabila mendengar cerita abah. Tak sangka sampai macam itu sekali Ayesha. Tiba-tiba dia rasa beban yang betul-betul berat tengah bertenggek dekat atas belakang.

"Zill tak payahlah nak rasa gagal jadi suami untuk Ayesha. Zill tak gagal, kami yang gagal didik dia dari awal. Bukan salah Zill. Bagi abah, Zill ni mangsa keadaan yang terperangkap dalam situasi ni." ujar Tuan Ahnaf lagi.

"Abah janganlah cakap macam tu." Zill cuba perbaiki statement yang Tuan Ahnaf beri tadi. Tak naklah mengaku jadi mangsa keadaan pula.

"Abah bukan apa, sebab lepas dia kahwin dengan Zill. Nampaklah sikit yang dia tu dah berubah, walaupun tak banyak. Dia pun dah berbaik dengan ibu, kita tak tahu kan bila seseorang itu dicampakkan hidayah ke dalam hati dia. Mungkin Zill patut bagi dia peluang, mana tahu dia betul-betul akan berubah lepas ni. Tak salah kan?"

"Abah pun penat nak bagi dia peluang sebenarnya, end up tak berubah juga. Tapi abah pilih untuk terus bersabar, mungkin ini ujian yang tuhan hadirkan untuk abah dan ibu. Abah harap, Zill pun macam tu juga. Sabarlah nak didik Ayesha tu bukannya mudah. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi." Tuan Ahnaf ketawa kecil.

Dia sudah lama belajar terima kenyataan bahawa kelahiran dan kehadiran Ayesha di dalam hidup mereka ini sebuah ujian. Ujian untuk dia dan isterinya menjadi hamba yang lebih bersabar. Sabar dengan perangai anak dia satu-satunya itu.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now