Ayesha setia menunggu kepulangan Zill. Dia bangun awal hari ini sebab dari semalam dia memang tidak boleh tidur dengan lena. Fikirkan tentang ke mana perginya suami dia. Apabila dia bangun solat subuh, dia ingatkan Zill sudah ada di sebelahnya. Malangnya tidak. Sampai sekarang pun Zill masih belum balik. Sudah tengahari, dia benar-benar risau.
Ke hulu, ke hilir dia berlegar-legar di ruang tamu. Telefon bimbit setia berada di tangan, diketuk-ketuk pada telapak tangannya. Sudah berkali-kali dia cuba menelefon Zill namun semuanya masuk voicemail. Hati tidak usah dikata, memang tak tenteram sejak Zill pergi semalam.
Sejak kebelakangan ini, tubuh dia terasa sangat lemah seperti ingin demam. Ditambah pula dengan hati dan fikiran yang kacau-bilau. Makin serabut, rasa macam nak tergolek pengsan saja dekat tengah ruang tamu rumah.
Bunyi deruman enjin kereta Zill membuatkan dia ingin berlari membuka pintu. Belum sempat dia sampai ke muka pintu, Zill dah kuak pintu rumah mereka. Pintu kembali ditutup dan dikunci. Masing-masing dengan riak wajah yang terkejut.
"Abang." Ayesha berlari peluk suami dia beberapa saat. Zill juga turut membalas pelukan Ayesha.
"Sayang."
Ayesha angkat kepala, dia tengok muka Zill nampak teruk. Ada luka di pipi seperti ditoreh dengan benda tajam dan nampak dalam. Darah sudah kering. Dia pegang pipi Zill.
"Abang, kenapa ni? Kenapa dengan muka abang? Abang pergi mana?" Mata Ayesha nampak bertakung, dia betul-betul nampak risau. Tapi Zill pamer senyuman sahaja. Berlagak tenang seperti biasa.
"Jom naik atas, abang penat." Ditarik tubuh isteri dia supaya ikut dia naik ke atas. Anak tangga dipanjat bersama-sama.
Sampai dalam bilik, Zill terus buka baju dia. Menampakkan semua otot-ototnya yang tersembunyi. Punggung dilabuhkan di birai katil. Begitu juga dengan Ayesha, dia duduk bersebelahan.
"Sayang tolong bersihkan luka abang boleh?"
Ayesha angguk, dia bangun pergi ambil peti kecemasan lalu kembali duduk. Kapas dan ubat kuning dikeluarkan. Penuh cermat dia merawat luka di wajah suaminya. Sekali-sekala Zill berbunyi sebab pedih.
"Macam mana boleh jadi macam ni abang?"
Mata dia tidak lepas memandang Ayesha yang tengah fokus itu. Terbit rasa kasihan.
"Tak tahulah sayang." Zill hanya jawab ringkas.
Ayesha tengok juga badan Zill. Ada lebam-lebam. Apa yang teruk sangat rupa suami dia ini, apa yang dia buat dekat luar sana. Sedar-sedar balik dalam keadaan begini.
"Bukan muka aje, tengok badan abang ni. Abang bergaduh dengan orang ke? Kenapa ni abang? Cakaplah dekat Ayesha." Riak wajah Ayesha masih serius, luka yang dia lihat seperti dalam tadi mujurlah tidak terlalu dalam. Kalau tidak mahu kena jahit muka suami dia. Dah jadi macam muka gangster nanti.
"Tak ada apa sayang. Tak perlulah sayang nak ambil tahu, benda kecil aje ni." Dia cuba menyedapkan hati isteri. Tiada guna juga kalau dia bercerita.
"Abang kata semalam ada kerja yang abang nak kena settlekan. Kerja apa? Ada kerja lain ke selain daripada bawa jet?" Nada suara Ayesha sudah sedikit menaik, dia bukan hendak marah sangat tapi dia risau dan sakit hati apabila Zill tidak ingin bercerita kepadanya.
Kapas-kapas yang sudah kotor dibuang dan peti ubat juga disimpan. Dia kembali duduk di sebelah Zill yang masih duduk termenung dekat birai katil.
"Tak ada sayang, sayang tak payahlah risau. Yang penting sekarang ni abang dah selamat balik kan? Ada dekat depan mata sayang dah pun. Abang cuma cedera sikit aje, ini sayang dah tolong ubatkan nanti sembuhlah."

ANDA SEDANG MEMBACA
MENANTI CINTA DARIMU
RomantikAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...