Dia dipaksa untuk bersiap. Zill tiba-tiba ketuk pintu bilik dia, ajak dia keluar. Katanya mama suruh pergi belikan barang-barang untuk buat barbeku malam nanti. Keterpaksaan lagi. Kalau bantah pun tetap kena pergi kan? Nanti kalau Puan Eliza tahu mahu dia kena berleter, tidak pasal-pasal nanti mereka bergaduh pula.
Malam ini merupakan malam terakhir mereka berada di Langkawi. Dalam keadaan terpaksa pun, akhirnya mereka sampai ke pasaraya yang terdekat dengan hotel.
"Nak kena beli apa? Aku tak reti," tanya Ayesha selamba. Mata melilau entah apa yang dia cari.
Zill senyum sekilas bila pandang Ayesha sambil tolak troli.
"Tak payah reti pun tak apa. Lagipun saya bukan suruh awak cari barang, saya suruh awak temankan saya aje."
"Okey." Sepatah Ayesha jawab. Saja dia tanya tadi, mana tahu kalau Zill mahukan pertolongan dia. Kalau tidak mahu, tidak apa-apa dia lagi tak kisah.
Diam. Tidak mahu banyak bercakap. Dia hanya ikut ke mana Zill pergi. Tempat barangan basah dituju.
"Nak beli udang, ayam atau daging? Atau semua sekali?" Sengaja dia minta pendapat Ayesha. Bosan pula kalau diam membisu saja.
"Entah. Ikut kaulah, kan aku cakap aku tak tahu. Kenapa kau tanya lagi?"
Macam itu saja jawapan dia? Tak membantu langsung. Macam manalah Zill nak buat dia bercakap. Susah betul.
Zill ambil ketiga-tiga bahan basah. Daripada minta pendapat, lebih baik dia ambil kesemuanya. Senang. Dia ambil dalam kuantiti yang sikit, agak-agak sudah memadai.
"Awak ada nak beli apa-apa tak?" soal Zill lagi, cubaan nak pancing Ayesha untuk diajak berborak.
"Tak ada, kan aku ikut kau ni sebab nak temankan kau aje. Bukannya aku yang nak membeli."
Astagfirullahaladzhim. Sabar sajalah.
Cepat-cepat Zill selesaikan semua senarai barang-barang yang diperlukan. Malaslah nak berlama dekat pasaraya. Tambah pula bila tengok muka Ayesha macam orang telan garam satu lori, makinlah dia malas nak keluar lama-lama dengan gadis itu.
Masuk saja ke dalam perut kereta, pandangan terus dilemparkan ke luar jendela. Zill tengok, lalu mengeluh.
"Kenapa ni? Dari tadi lagi muka masam. Awak masih marahkan saya lagi ke?" Dia cuba pancing lagi Ayesha supaya bercakap. Hendak cari tahu juga kenapa wajah perempuan itu asyik masam.
"Kalau aku marah kau pun kenapa? Kau nak buat apa? Nak marah aku balik? Marahlah."
"Ya Allah, Ayesha. Saya tanya aje, kalau betul awak marahkan saya lagi, saya minta maaf. Saya minta maaf kalau semalam ada kata-kata saya yang buatkan hati awak terguris."
"Maaf? Apa faedah yang aku dapat daripada kata maaf kau tu? Tak ada apa-apa faedahkan? Kau tetap akan kahwin dengan aku juga kan? So? Useless."
Keakuran Zill menjadikan suasana mereka kembali sepi. Masing-masing memilih untuk berdiam diri. Apa yang Ayesha cakap memang betul, dia tetap akan mengahwini gadis itu. Memang bukan sebab cinta, tapi sebab mama sudah pilihkan Ayesha sebagai calon. Jadi dia pun kena terima juga walaupun terpaksa. Tidak mungkin dia ingin menyakiti hati Puan Fida.
Telefon bimbit Ayesha berdering. Mengeluh.
"Ya, kenapa? Kau nak apa?" jawab Ayesha lebih kurang. Tengok daripada cara bercakap pun dah menggambarkan yang mood dia sedang berantakan.
"Kau ada dekat mana? Kenapa aku tengok rumah kau macam tak ada orang aje."
"Aku ada dekat Langkawi, esok aku balik sana, kenapa? Ada hal mustahak sangat ke? Sampai nak kena datang cari aku dekat rumah?

ANDA SEDANG MEMBACA
MENANTI CINTA DARIMU
RomantikAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...