"YAYYYY!"
Jeritan Inara memecah keheningan rumah teres batu itu. Hampir satu taman mendengar jeritan gembira Inara. Dia melompat-lompat suka sambil memeluk surat tawaran universiti itu.
"Bonda! Nara dapat masuk universiti idaman Nara!" Kata Nara teruja sambil memeluk Bonda yang sedang melipat baju.
"Ya allah budak ni, kita mana ada duit nak masuk universiti mahal-mahal Nara. Bukannya kamu dah setuju nak masuk universiti dekat Segamat tu ke?" Tanya Bonda hairan. Yang mana satu pilihan anaknya ini? Mereka bukannya keluarga senang untuk belajar jauh-jauh.
"Bonda, Nara dapat biasiswa sambung belajar sana, kita tak payah bayar pun. Bolehlah bonda??" Pujuk Inara mula memujuk Bonda sambil mengurut bahunya.
Bonda terdiam. Dia memandang wajah anak daranya sejenak. Dia tahu Inara berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Namun, atas dasar kewangan dan risau, dia tidak mahu melepaskan Inara belajar jauh. Hatta di Kuala Lumpur.
"Bonda taknak kamu pergi jauh-jauh, kamu tu perempuan Inara. Apa-apa jadi, siapa nak tanggung? Bonda lagi senang bila kamu belajar dekat-dekat" jelas Bonda dengan wajah penuh kerisauan. Setelah suaminya meninggal, dia yang menggalas tanggungjawab untuk memelihara anak-anaknya.
"Izzat kan ada, dia kan kembar kesayangan Nara" balas Inara lantas memeluk lengan abang kembarnya, Izzat yang baru tiba di pintu rumah. Dia terpinga-pinga memandang kembarnya itu.
"Apa benda ni?" Soalnya hairan. Mereka mendekati Bonda yang duduk di tengah ruang tamu. Rumah mereka tidak terlalu besar, cukup untuk mereka bertiga.
"Ni ha adik kamu dapat biasiswa belajar di Kuala Lumpur, tapi Bonda taknak dia belajar jauh. Kamu pun belajar dekat Segamat, Izzat" Bonda meluahkan rasa bimbangnya. Izzat terdiam. Dia memilih untuk menyambung pelajaran di Segamat sahaja.
Inara mula memasamkan muka. Dia berasa kecewa apabila impiannya dihalang oleh Bonda. Segala usahanya untuk mendapat biasiswa itu nampaknya sia-sia.
Dia berlalu masuk ke dalam bilik tanpa sebarang kata. Bonda hanya memandang kelibat anaknya itu. Sudah biasa dengan rajuk Inara.
"Bonda, nanti Izzat bincang dengan dia" ujar Izzat mengeluh seketika.
***
"Aku nak jadi peguam! Kenapa Bonda tak dapat nak faham aku?" Adu Inara sambil berdiri menghadap tingkap. Dadanya berombak menahan marah. Dia hanya ingin mencapai cita-citanya. Itupun salah?
"Aku faham kau lah, tapi Bonda risau sebab kau tu perempuan. Lainlah kau pergi dengan aku, Nara. Kau seorang je dapat biasiswa tu" balas Izzat yang berdiri di pintu bilik. Dia sedia tahu adiknya agak keras kepala. Kadang-kadang ikut sangat hati sendiri. Dia sebagai abang risau dengan keselamatan Inara.
"Sampai bila? Takkan sebab aku perempuan aku tak boleh pergi jauh?? Kalau kau boleh lah?" Inara tidak dapat menahan geram. Laju sahaja dia menikam pandangan ke arah Izzat.
Izzat mengeluh lalu duduk di birai katil. Mungkin ada benar apa yang dikata Inara. Dia menarik nafas.
"Kau pasti ke Inara? Kau pasti dengan keputusan kau? Kau dah baca kan syarat dia, kalau gagal kau takkan dapat sambung lagi" soal Izzat memandang wajah Inara. Dia tidak dapat menahan impian Inara.
Inara tersenyum lalu meluru ke arah Izzat. Dia memegang lengan abangnya.
"Insya allah, kau doakan aku. Lagipun, Fattah pun dapat masuk universiti tu. Inilah masanya aku nak kenal-kenal dengan dia" kata Inara teruja dengan tujuan lain. Dia dapat mengejar impian dan mendekati Fattah pada masa yang sama. Tawaran ini membuka peluangnya untuk mengejar cinta pertamanya.
Namun dia terasa dahinya ditunjal Izzat. Wajah Izzat tegang.
"Kau nak pergi belajar ke nak mengorat lelaki?"
"Belajar lah! Sambil tu usha Fattah, kau tahukan aku dah lama sukakan dia. Aku bukannya buat pelik-pelik pun" janji Inara dengan mulut memuncung. Geram apabila kembarnya tidak mempercayainya.
"Aku taknak kau habiskan masa untuk lelaki yang tak berperasaan tu, kau tahu kan dia lebih pentingkan belajar. Dia takkan layan perempuan" ujar Izzat yang kenal benar dengan Fattah, lelaki diminat Inara. Dia sekelas dengan Fattah sewaktu zaman sekolah. Cuma Inara yang bersekolah di sekolah perempuan. Entah bagaimana adiknya menyimpan perasaan terhadap lelaki hati beku itu.
Inara memasamkan muka. Dia memandang Izzat. Sungguh, dia memang sukakan Fattah. Walaupun lelaki itu tidak mengenalinya, dia tetap sukakan Fattah.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...