69

53 0 0
                                    

"Kau pasti ke Inara? Jangan menyesal" ujar Izzat sambil berpeluk tubuh memandang kembarnya yang sudah meneliti paspot dengan wajah suram.

"Eish betullah, kau nak aku buat apa lagi? Sepatutnya aku tak payah jumpa dia dulu, menyusahkan hidup aku je" bebel Inara walhal hati kata lain. Dia membetulkan selendang tebal di leher. Suasana lapangan terbang antarabangsa itu lengang kerana matahari belum terbit. Jam masih sekitar 3 pagi.

Izzat mengeluh. Dia membetulkan cermin mata memandanh wajah degil kembarnya. Dia tahu Inara langsung tidak gembira dengan keputusannya itu. Mereka berdua menyambung perbualan di kedai kopi ternama. Dengan dia sekali terheret dalam masalah Inara. Nasib baik adik.

"Kau dah cerai dengan dia? Fattah dah jatuhkan talak?" Soalan Izzat membuatkan Inara tersentak. Dia menggigit hujung bibirnya. Izzat tersenyum sinis.

"Kau tahu tak berdosa kau tinggalkan suami yang masih halal untuk kau semata-mata ego kau? Kau nak ke masuk neraka sebab derhaka dekat suami? Ingat... syurga kau bawah tapak kaki suami" ceramah Izzat panjang lebar. Dia memang sedia maklum perangai degil Inara.

"Kau buat aku serba salah lah, aku dah minta cerai dekat dia tapi dia masih taknak lafazkan talak. Malam tadi aku terus cabut ke airport.." cerita Inara dengan wajah sendu. Dia tidak tahu perkara yang dilakukannya betul atau tidak.

"Dia sayangkan kau Inara, takkan kau tak nampak?" Soal Izzat lagi.

"Sayang? Selama ni aku yang tunggu terkejarkan dia tau? Kahwin ni pun secara kebetulan, selama ni dia layan aku pun sebab atas sebab isteri. Aku tak rasa hati dia untuk aku" luah Inara memanggung kepala. Dia rasa mahu menangis di sini namun ditahan. Nasib baik tiada pelanggan lalu-lalang.

"Kenapa kau susah nak percaya dia? Apa salahnya kalau kau yang mulakan langkah? Inara yang aku kenal jenis tak malu, kuat semangat! Bukannya lemah macam ni" perli Izzat sengaja mahu menaikkan semangat kembarnya itu. Kata-katanya disambut ketawa hambar oleh Inara.

"Aku dah penat kejar orang yang tak reti hargai aku" balasnya membuatkan Izzat terdiam. Dia berdehem sebelum menepuk bahu kembarnya.

"Kalau kau rasa itu yang terbaik, aku sokong"

Inara tersenyum pahit mendengar. Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa hancurnya. Biarlah dia pergi membawa hati yang lara kerana tiada sesiapa menghiraukan kesakitannya.

***

Pengumuman terakhir sebelum memasuki kapal terbang sudah berkumandang. Inara sudah melepasi pemeriksaan Imigresen. Dia tersenyum dan melambai Izzat yang setia berdiri sejak tadi.

Izzat hanya memandang kelibat kembarnya yang semakin menghilang. Jauh di sudut hati dia berharap Inara akan bahagia walaupun dengan sesiapa. Walaupun dia tidak pernah bercinta, namun dia pasti kesakitan cinta itu boleh menyakiti jiwa. Sedang dia berjalan ke arah kereta yang terparkir, bahunya dilanggar seseorang yang terburu-buru.

"Sorry bro" kata lelaki yang berjaket biru gelap itu seperti mengejar sesuatu. Izzat seperti kenal lelaki itu lalu memegang lengan lelaki tersebut.

"Fattah?"

Fattah terkedu sebaik melihat Izzat mengecamnya.

"Inara dah masuk, kau buat apa cari dia?"

"Aku mesti kejar dia, aku tak sanggup kehilangan Inara" kata Fattah jujur. Terbit senyuman pada bibir Izzat. Dia menepuk bahu iparnya itu.

"Aku dah agak jodoh kau dengan Inara mesti kuat. Go for it, jangan lukakan adik aku" balas Izzat membuatkan Fattah semakin bersemangat sebaik tiba di pintu pelepasan. Dia segera mencari kelibat Inara yang sudah berjalan masuk ke dalam perut kapal terbang.

Inara memandang sayu suasana pagi yang masih gelap ditemani hujan rintis. Dia mengeluh sambil mengenggam erat paspot. Hatinya seperti berat mahu meninggalkan Malaysia namun dia tetap melangkah. Dia segera menuju ke tempat duduk yang tersedia. Dia lebih gemar duduk di bahagian tingkap kerana dapat mencuci mata melihat keindahan ciptaan-Nya.

"Thank you Malaysia for everything, thanks Bonda, Danial, Izzat, Haziq. And thank you cinta hatiku, Fattah" ucapnya sambil memandang sayu tingkap ditemani air mata. Dia tidak dapat menahan rasa sedih ini apabila terpaksa berbuat keputusan pergi jauh.

"Excuse me, Mrs Inara. I think you left something" satu suara menegur Inara membuatkan Inara mengesat air matanya lalu memandang kru penerbangan itu yang tersenyum manis.

"I'm sorry but I don't think I left something important" balas Inara hairan. Matanya terbuntang sebaik melihat Fattah tersenyum lebar di sebelah kru itu. Dia segera mengambil tempat di sebelah Inara tanpa segan-silu.

"You left your husband, Mrs Inara. Enjoy" ucap kru itu seraya berlalu. Inara memandang Fattah tidak percaya. Dia terlalu sedih hingga terbayang Fattah disebelahnya bersama menuju ke Manchester ke?

"Aku tahulah aku sedih tapi takkan aku halusinasi kot?" Soal Inara hairan. Segera dia mencubit pipinya sebelum mengaduh kesakitan.

"Sayang, janganlah cubit pipi tu. Saya lah ni cinta hati awak" ujar Fattah memeluk bahu isterinya. Inara masih kaget dan kebingungan.

"Fattah?!"

Suara Inara bergema kuat. Hampir kesemua penumpang menoleh ke arah mereka. Fattah tersengih meminta maaf. Lantas dia menarik tangan isterinya.

"Inara, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak dapat lepaskan awak pergi, saya cintakan awak" ucap Fattah ikhlas sambil menatap mata isterinya dalam-dalam. Lampu penerbangan sudah dipadamkan menandakan pesawat sudah sedia berlepas.

"Saya ikhlas, saya dah pasti dengan perasaan saya Inara" sambung Fattah lagi memujuk isterinya yang masih mendiamkan diri. Inara masih keliru untuk mempercayai kata-kata suaminya itu.

"Ya memang awak cintakan saya dulu, tapi saya cintakan awak selamanya" kata-kata Fattah membuatkan Inara tersenyum terharu. Dia tidak percaya dengan apa didengarinya namun dia berasa bahagia tika ini.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now