30

47 0 0
                                    

Salam, saya cikgu kepada Hakim, dia suruh saya chat encik untuk jemput dia.

Inara membaca pesanan yang dihantarnya sepuluh minit lalu. Dia menoleh ke arah Hakim yang terduduk lemah di atas tangga. Wajahnya masam seperti cuka mangga. Jam sudah menunjukkan pukul dua namun tiada sesiapa menjemputnya. Semua pelajar sudah pulang. Kebetulan Inara yang terlewat bertembung dengan Hakim keseorangan. Dia mengambil keputusan untuk menemani anak muridnya itu.

"Hakim, kejap lagi adalah yang jemput Hakim balik" kata Inara cuba meraih perhatian anak kecil itu. Hakim melepaskan keluhan.

"Susahkan cikgu je tunggu saya" balasnya. Inara menggelengkan kepala. Dia mengeluarkan kotak yang berisi kek cawan sebelum disuakan kepada Hakim. Mata Hakim bersinar cahaya sebaik melihat.

"Wah! Cupcake! Untuk saya ke cikgu Inara" tanyanya teruja. Inara tersenyum mengangguk. Hakim menerima kek cawan itu dengan hati gembira.

"Haritu cikgu janji nak bagi kamu cupcake kan kalau kamu dapat markah penuh?" Ujar Inara membuatkan Hakim memandangnya tidak percaya.

"Saya dapat markah penuh ke cikgu?!"

Inara mengangguk. Hakim berdiri lalu memeluk Inara. Inara tersentak namun diusapnya perlahan lengan Hakim. Biasalah budak-budak.

"Terima kasih cikgu, cikgu memang terbaik!" Puji Hakim membuatkan senyuman Inara semakin lebar. Membunga hatinya apabila dihargai pelajar. Ia merupakan satu kepuasan apabila dihargai anak murid. Pelukan dileraikan. Inara memegang kedua-dua bahu Hakim.

"Hakim jangan sedih tau, kalau Hakim nak cupcake lagi, Hakim boleh datang kedai cikgu. Cikgu boleh bagi macam-macam perisa, okay?" Kata Inara suka melihat mata Hakim yang sepet sebaik tersenyum. Entah mengapa mata Hakim mengingatkannya terhadap seseorang.

"Hakim?" Satu suara menyapa mereka. Fattah berdiri tercegat memandang anak saudaranya. Namun Inara yang disebelah lebih menarik perhatiannya.

Hakim segera memeluk Fattah. Inara yang tersedar lelaki tersebut ialah penjaga Hakim, dia segera berdiri dan tertunduk sopan.

"Inara?" Soal Fattah masih terkejut. Inara terkejut apabila lelaki itu mengenalinya.

"Ni cikgu Inara, paksu. Cikgu kesayangan kite" ujar Hakim tersengih.

"Maaf encik, tadi saya ada chat encik sebab saya risau tengok Hakim keseorangan" terang Inara. Fattah masih terkaku.

"Takpe, saya ada hal sikit. Tapi... cikgu Inara tak kenal saya ke?" Soal Fattah membuatkan dahi Inara berkerut.

"Encik ni siapa ya?"

Mahu pitam Fattah mendengar soalan itu. Dia hanya membisu.

***

"Aku sah itu memang Inara, muka dia, suara dia memang sama!" Luah Fattah sebaik tamat waktu bekerja. Dia meluah ketika di dalam kereta. Haziq disebelah memandang tidak percaya.

"Kau biar betul? Baru tadi kita cakap pasal dia, pastu kau terjumpa pulak?" Soal Haziq meminta kepastian. Fattah mengangguk laju.

"Dia cikgu Hakim, tadi aku jemput Hakim lepastu dia berborak dengan cikgu dia. Rupa-rupanya Inara tu guru dia" cerita Fattah. Namun yang paling mengejutkan, Inara langsung tidak mengenalinya.

"Kau tegur dia tak? Mesti dia ingat kau" ujar Haziq lagi. Fattah terdiam seketika. Dia mengenggan erat stereng kereta.

"Aku tanya dia kenal aku tak, tapi muka dia langsung tak ingat aku. Cara dia pandang pun tak macam dia selalu pandang aku" kata Fattah sedikit kecewa. Eh kenapa dia rasa sedih pulak?

Haziq tersenyum senget mendengar. Dia dapat rasakan Fattah teruja bertemu kembali dengan Inara. Namun Inara pula amnesia, lahhh.

"Habistu kau nak buat apa? Dia takkan ingat kau lah, dia dah hilang ingatan" balas Haziq lagi. Fattah memandangnya.

"Kita sebagai doktor pun tahu lah pesakit takkan hilang ingatan dalam tempoh masa yang lama, tak mungkin dia masih amnesia" sangkal Fattah kurang percaya. Kebarangkalian Inara sudah pulih ingatan adalah besar.

"Dan tak mustahil juga diorang masih amnesia, semuanya bergantung dengan individu, doktor Fattah" sambung Haziq membetulkan fakta yang disebut oleh Fattah. Fattah mengeluh perlahan.

"Yang kau beria nak Inara tu ingat kau balik apahal? Kau berharap dia masih sukakan kau ke?" Haziq serkap jarang. Tidak pernah Fattah bersikap sebegini. Dua belas tahun lepas, Fattah langsung tidak layan perasaan Inara.

"Bukan, aku serba salah lepas kejadian haritu. Disebabkan aku.... Inara kemalangan" akhirnya Fattah membuka cerita. Mata Haziq terbuntang mendengar.

"Tapi kau tak langgar dia kan?"

"Memang tapi dia kena langgar sebab lari dari aku, aku tipu dia aku cakap aku sukakan Khalida, tu pun sebab aku taknak dia tunggu aku lagi" terang Fattah perlahan.

"At this point, baru aku nampak kau memang lelaki yang tak guna Fattah. Memang bagus pun Inara tak ingat kau, huh!" Haziq pula sakit hati. Sudahlah Inara memang setia dan menunggu Fattah.

"Aku tahu, aku nak minta maaf dekat dia. Tapi dalam keadaan ingatan dia macam tu, macam mana dia nak maafkan aku?" Soal Fattah buntu. Haish, rasa bersalah semakin menebal dalam diri.

Keadaan sunyi seketika. Hakim yang sejak tadi duduk di belakang malas menyampuk perbualan Fattah dengan Haziq. Apa yang dia tahu cuma nama gurunya disebut-sebut.

"Paksu dengan uncle kenal cikgu Inara ke?" Tanya Hakim membuatkan kedua-dua mereka memandangnya.

"Nah, Hakim dapat dari cikgu Inara" Hakim menyerah sekeping kad nama. Kad tersebut berisi maklumat kafe The Danial's serta masa operasinya.

Haziq dan Fattah tersentak. Mereka mengangkat wajah lalu memandang kafe yang beroperasi sebelah Duo Clinic.

"Damn! Kafe Inara sebelah klinik kita?!" Jerit Haziq terkejut. Patutlah dia terserempak dengan Inara sebelum ini. Lantas dia memandang Fattah.

"Go for it! Dapatkan kemaafan dia"

Fattah terdiam.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now