62

48 0 0
                                    

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya. Matanya sejak tadi ralit memandang sekumpulan budak sekolah yang bermain ragbi di tengah padang. Tangannya mengetik punat kamera. Inara tersenyum segaris teringatkan zaman persekolahannya. Dahulu, dia sanggup ke sekolah sebelah semata-mata mahu mencari kelibat Fattah.

Dia bertepuk tangan sebaik Fattah berjaya menyumbang skor bagi sekolah mereka. Inara curi-curi merakam gambar Fattah di tengah padang. Dia tersenyum melihat gambar Fattah.

"Hoi, kau buat apa kat sini?" Soal Izzat yang baru habis kelas petang. Tidak sangka kembarnya itu menunggu di padang sekolah mereka. Sekolah lelaki kot.

"Tunggu kau lah! Sambil tu stalk cinta hati aku" balas Inara selamba memeluk kameranya. Lantas Izzat menepuk kepala Inara. Inara mengaduh kesakitan.

"Sakitlah!"

"Gatal lagi, kau ingat Fattah tu nak pandang kau? Dengan aku pun dia tak bercakap" kata Izzat selamba. Fattah hanya melayan beberapa orang kawan rapat walaupun mereka sekelas.

"Betul ke? Alah, aku tengok dia macam okay je" balas Inara masih sibuk memandang Fattah di tengah padang. Sungguh berbunga hatinya. Lantas Izzat menarik lengan Inara untuk beredar.

"Lain kali tak payah tunggu aku, sibuk aje nak tengok lelaki. Aku adu dekat Bonda!" Ugut Izzat lalu dibalas dengan muncung Inara. Inara hanya mengikut langkah kembarnya itu. Dia melambai ke arah Fattah namun tidak dibalas.

Haziq menyendeng bahu Fattah. Dia perasan lambaian Inara terhadap rakannya itu.

"Tu perempuan yang aku cakap sukakan kau tu" muncung bibir Haziq. Fattah bercekak pinggang mengesat peluh sambil memandang seorang perempuan tersenyum dari jauh. Dia tidak melayan lalu kembali ke dalam padang.

"Apasal aku sukakan kau? Kalau kita tak jumpa, pasti hidup aku tak kelam-kabut macam ni" bebel Inara sendiri. Dia mengeluh panjang. Sanggup dia memandu dari Kuala Lumpur ke Segamat bagi melepaskan rindu terhadap zaman persekolahan. Di sekolah lelaki ini dia sering menghabiskan masa mencari Fattah. Namun semuanya sia-sia.

"Aku yang bodoh rupanya, sanggup cari kau. Tapi kau tak pernah kisah, kenapalah aku bodoh sangat Inara?" Soalnya sendiri sambil bersandar pada bangku tepi padang itu. Tanpa disedarinya sekumpulan remaja lelaki tadi sudah menamatkan permainan.

"Akak ni cari siapa ya? Adik akak sekolah ni eh?" Soal seorang remaja lelaki berbaju jersey. Salah seorang pemain ragbi sekolah.

"Eh, hahaha. Saya tengah tunggu seseorang" tipu Inara. Walhal dia saja mahu tenangkan fikiran. Nanti dia jujur, mereka ingat dia gila pula. Hahaha.

"Ohh, tapi ni sekolah lelaki kak" ujar pelajar itu lagi. Inara hanya membalas dengan senyuman. Dia mencapai kamera pemberian Fattah disebelah dan kunci keretanya. Inara berjalan di sekitar padang sambil menggamit memori lama. Lagi sekali dia menangkap gambar menggunakan kameranya.

"Auch!" Fattah terduduk di atas rumput apabila pihak lawannya main kasar. Dia rasakan kaki kanannya sakit secara tiba-tiba. Inara yang kebetulan melimpasi padang selepas membeli minuman segera mendekati pujaan hatinya itu.

"Awak okay ke?" Soal Inara risau. Dipandangnya dahi Fattah berkerut menahan kesakitan.

"Haziq! Fattah injured!" Laung Inara ke arah Haziq yang sedang berbual dengan rakannya di tepi padang. Dia berlari ke arah mereka.

Fattah hanya menahan kesakitan. Dia hairan dengan kedatangan Inara. Bagaimana perempuan itu boleh merayau di kawasan sekolahnya?

Haziq memapah Fattah dengan pertolongan rakan yang lain. Inara tidak berani bertindak apa-apa sebaliknya memerhati pujaan hatinya dibawa ke bilik rawatan.

Bibirnya tersenyum kecil sebaik teringat balik kenangan lama. Dia menggeleng kepala sebelum menepuk dahinya.

"Sanggup kau Inara kejar lelaki, memang tak malu" kutuknya sendiri. Dia terpandang sebuah gerai tidak jauh dari padang.

"Eh, bukannya ni kedai air yang aku selalu pergi dulu ke?" Soalnya teruja. Laju Inara berjalan ke arah gerai yanh dijaga seorang pakcik Cina tua.

"Hai uncle! Lama tak nampak uncle" tegur Inara mesra. Lelaki tua itu memandangnya sambil mengecam wajahnya.

"You ini siapa? Uncle tak kenal" jawab pakcik itu dalam slang Cina.

"Ala uncle, saya itu selalu beli teh susu uncle masa sekolah dulu. Saya selalu tunggu kembar saya" kata Inara berharap pakcik itu ingat. Kemudian pakcik itu mengangguk laju.

"Saya sudah ingat! Itu kamu selalu pandang-pandang ahboi Melayu itu kan?" Soal Pakcik Cina itu tersenyum. Dia selalu perasan Inara singgah membeli minuman di sekolah itu. Walhal Inara sekolah perempuan sebelah.

Inara tersengih. Dia menggaru kepala tidak gatal. Fattah digelar ahboi Melayu kerana kulitnya yang putih melepak dan mata sepet.

Tiba-tiba remaja lelaki yang menegur Inara di padang tadi, datang membeli minuman bersama rakan-rakannya. Dia memandang Inara yang sibuk menangkap gambar gerai pakcik Cina itu.

"Akak ni photographer eh?" Soal remaja itu membuatkan Inara memandangnya.

"Saya cuma tangkap gambar untuk hobi. Uncle, macam biasa teh susu. Saya belanja diorang sekali" kata Inara disambut sorakan sekumpulan remaja itu.

"Bagus lu!" Kata pakcik itu sambil menyiapkan pesanan. Inara masih ralit menangkap gambar. Gambar-gambar tersebut akan menjadi tatapannya jika sudah meninggalkan Malaysia kelak.

"Uncle, bagi saya satu teh susu" kata satu suara. Inara tidak perasan kehadiran Fattah namun secara tidak sengaja dia tertangkap gambar Fattah. Dia terjerit kecil.

"Arghh! Sampai dalam kamera dia ikut aku nok" kata Inara lantas mengetuk kameranya. Atau dia yang berangan sehingga teringatkan Fattah.

"Eh you Ahboi! Lama uncle tak nampak ini jaguh ragbi" balas pakcik cina itu gembira melihat kedatangan Fattah. Fattah tersenyum sebelum menoleh ke arah Inara. Inara tersentak. Dia salah dengar ke? Lantas dia menoleh ke arah Fattah yang berdiri di sebelahnya.

"Arhhh!" Jerit Inara lantas menjauhi Fattah. Dia menggosok mata berkali-kali. Dia baru sahaja melihat Fattah tersenyum ke arahnya. Adakah itu khayalan?

"Akak okay ke kak? Macam nampak hantu je?" Soal remaja tadi hairan. Dia memandang lelaki yang tercegat di sebelah Inara.

"Inara" panggil Fattah. Inara terpempam. Dia memandang Fattah yang berdiri dihadapannya. Adakah be

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now