Setelah memastikan barang hantaran sudah siap tersedia, Inara berjalan keluar dari bilik. Esok hari majlis akan berlangsung. Hatinya sudah berdebar-debar. Dia juga dilarang untuk berjumpa dengan Danial. Tidak manis kata orang.
Bonda yang kebetulan dari dapur terserempak dengan Inara di ruang tamu. Dia hairan apabila Inara membuka pagar.
"Kamu nak jumpa siapa? Malam dah ni, esok dah nak majlis" tegur Bonda tidak mahu anaknya keluar malam-malam. Nanti apa-apa jadi.
"Inara keluar sekejap je Bonda, ada benda penting Danial kata nak jumpa" ujar Inara yang sudah bertudung sarung dengan kardigan.
"Hmmm, yalah. Jangan lama sangat, orang kata apa pula nanti" pesan Bonda sebelum masuk ke biliknya. Inara hanya mengangguk. Dia berjalan ke pagar menghampiri kereta Danial. Danial sudah terpacak di luar kereta.
"Assalamualaikum bakal suami" tegur Inara bergurau. Danial tersentak lalu menjawab salam itu. Mereka tertawa kecil.
"Amboi dah tak sabar ye nak kahwin dengan saya" gurau Danial sambil berpeluk tubuh. Inara tertawa lagi.
"Mestilah, awak lah lelaki yang paling terbaik yang pernah saya jumpa" balas Inara yakin. Dia yakin dia akan hidup bahagia dengan Danial.
Danial tersenyum pahit mendengar. Dia takut Inara tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia menghidap kanser.
"Apa yang penting sangat awak nak jumpa? Esok kita dah nak menikah Danial" soal Inara hairan. Elok pula cuaca malam itu.
Danial menarik nafas sebelum memandang Inara.
"Awak betul-betul sayangkan saya kan Inara?" Soalnya mendapat kerutan di dahi Inara.
"Kalau tak, takkanlah saya nak kahwin dengan awak" jawab Inara selamba.
"Kalau apa-apa jadi dekat saya, awak tetap wanita pertama di hati saya Inara" ujar Danial tenang sambil menatap bulan. Inara pelik dengan bicara Danial.
"Kenapa awak cakap macam tu?" Inara tidak suka Danial tiba-tiba bersedih. Lagipula mereka akan diijabkabul besok hari.
"Manusia, Inara. Kita tak tahu bila kita akan dicabut nyawa, ajal dan jodoh semuanya rahsia tuhan. Walau apa pun yang terjadi, siapa pun jodoh awak, awak kena terima dengan hati yang terbuka, Inara" balas Danial lagi. Inara tersentak.
"Janji dekat saya, walau saya tiada di depan mata awak, awak akan sentiasa cari kebahagiaan awak sendiri" pinta Danial dengan wajah serius menatap Inara.
"Apa awak maksudkan Danial?" Soal Inara tidak selesa dengan apa yang dibincangkan. Inikah perkara terlalu penting dikatakan Danial?
"Janji, awak kena kuatkan diri awak untuk Allah" pinta Danial dengan pandangan sayu. Inara tidak dapat melawan pandangan itu lalu mengangguk. Ada sesuatu yang membuatkan dia tidak sedap hati. Segera ditepisnya perasaan itu.
Danial tersenyum lapang apabila Inara sudah memberikan janji. Dia tersenyum sambil menatap cahaya bulan ditemani cinta hati yang tiada galang ganti.
***
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Ramai tetamu sudah tiba dan berkumpul di rumah pengantin perempuan. Semua tetamu yang dijemput sudah menunggu ketibaan pengantin lelaki. Pelamin sudah indah terpasang di ruang tamu. Cahaya lampu kamera sejak tadi membasahi majlis itu.
Inara yang sudah siap berdandan di dalam bilik berasa berdebar. Tangannya sudah menggigil. Dalam berapa minit lagi dia akan menjadi isteri orang. Dia akan mengakhiri zaman bujangnya dengan memilih Danial.
"Inara, pengantin lelaki masih belum datang. Kamu tunggu dalam bilik" pesan salah seorang ibu saudaranya di luar bilik. Inara hanya mengangguk. Bayang Bonda sejak tadi tidak kelihatan. Hanya dia seorang di dalam bilik. Mak andam pula beredar ke luar.
Dia duduk di bucu katil sambil memegang telefon. Dia membuka telefonnya sambil menatap nombor Fattah. Entah mengapa dia berasa terpanggil untuk menelefon lelaki itu. Segera dia memadamkan niatnya itu. Jangan cari nahas Inara.
Dia menilik ke arah tingkap. Masih tiada bayangan kereta pengantin lelaki. Dia menjadi risau apabila tetamu semakin lama menunggu. Entah mengapa hatinya berdebar-debar.
"Mana Izzat ni? Asal aku call tak jawab" dia cuba menelefon kembarnya. Namun tidak dijawab. Pesanan juga ditinggalkan. Dia menilik wajahnya di dalam cermin.
"You can do this Inara, kau akan kahwin hari ni. Lupakan masa lalu" bisiknya sendiri memberi kata-kata semangat yang positif. Dia akan memulakan kehidupan baharu bersama Danial.
Pintu biliknya ditolak Bonda. Bonda terkocoh-kocoh merapatinya.
"Mana Danial ni? Kenapa dia lambat? Tok kadi dah tunggu tu" soal Bonda yang sejak tadi disoal para tetamu. Dia juga mencari Izzat sejak tadi.
"Ada nampak Izzat tak? Dari tadi Bonda cari?" Bonda menilik tingkap berharap akan terserempak dengan anak lelakinya itu. Malangnya tiada.
"Inara pun tak tahu Bonda, dah cuba call tapi tak dapat" adu Inara dengan wajah risau. Segera Bonda menenangkannya.
"Pengantin tak boleh risau-risau, nanti hilang seri. Kita doa yang terbaik, pasti berjalan lancar" nasihat Bonda memberi kata-kata membakar semangat buat anaknya. Tidak lama lagi Inara akan menjadi milik orang. Sedih hatinya mengenangkan anak perempuannya bakal menjadi isteri orang.
"Cantik anak Bonda hari ni, ingat Inara... ikut kata suami. Jangan melawan dan degil, syurga di bawah tapak kaki suami" pesan Bonda lagi sambil menggosok kepala Inara yang dibaluti tudung.
"Baik Bonda, Bonda doakan Inara sentiasa tau. Doakan jodoh Inara baik dan berkekalan, Inara sayang Bonda tau" Inara segera memeluk bahu Bonda ditemani perasaan syahdu. Selepas ini dia tidak dapat bermanja dengan Bonda lagi.
Bonda tidak menjawab. Adegan mereka terhenti sebaik telefon Inara berbunyi nyaring. Tertera nama Izzat. Segera dia menjawab.
"Nara! Kau... kau kena datang hospital!" Suara Izzat kedengaran cemas. Inara tersentak lalu berdiri.
"Kenapa?! Apa yang jadi?!"
"Danial.... dia pengsan"
Terlepas telefon Inara dari genggaman. Tanpa membuang masa, dia segera memandu keluar dari kediamannya dengan perasaan tercengang para tetamu. Nasiblah!
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...