8

29 0 0
                                    

Sebaik pintu dibuka, Fattah melangkah masuk. Dia meletakkan beg di tepi katil. Bajunya sudah dibasahi peluh kerana berlatih ragbi. Sudah lama dia tidak bersukan memandangkan sibuk belajar. Dipandangnya Haziq yang tersenyum seorang diri di atas katil sambil berbalas pesanan. Siapa lagi kalau bukan Nisa!

"Kau memang takde kerja eh?" Soal Fattah mula menanggalkan baju. Dia mahu mengeringkan peluh sebelum mandi. Haziq segera terduduk mendengar soalan rakannya itu.

"Exam kan dah habis, chill lah" balasnya.

"Bukan tu maksud aku, kau takde join apa-apa ke? Nanti kutuk aku tak aktif" ujar Fattah lagi. Boleh pula Haziq mengambil ringan perkara itu.

"Ohhh, aku berniaga nanti tolong senior. Bob suruh aku urus gerai-gerai nanti" jelas Haziq sudah bersetuju membantu pada minggu Erat Siswa.

Fattah mengangguk faham. Dia teringat sesuatu sebelum memandang Haziq.

"Kau kenal tak senior nama Danial tu?" Soalnya mahu tahu.

"Danial? Anak Dato Farid ke?" Tanya Haziq kembali. Fattah mengangguk.

"Dia kan buli Inara hari tu, masa orientasi tu. Ingat tak?" Soal Haziq lagi. Dia pelik dengan soalan Fattah yang agak tiber.

"Oh ingat" jawab Fattah pendek.

"Apasal?"

"Tadi, dia register join ragbi. Boleh dia set nak lawan dengan fakulti kita. Dia datang dengan Inara" cerita Fattah membuatkan dahi Haziq berkerut.

"Dengan Inara? Sejak bila Danial minat nak join ragbi pulak?" Soal Haziq dengan hairan. Dia pernah mendengar gosip bahawa anak pengarah tertinggi itu tidak pernah menyertai apa-apa aktiviti sepanjang menuntut di universiti itu.

Fattah mengangkat bahu tidak tahu. Dia tidak mengenali siapa Danial.

"Habistu, kau cemburu ke dia rapat dengan Inara?" Serkap Haziq dengan sengihan. Lantas mata Fattah terbuntang.

"Ish mana ada, kan aku dah cakap aku tak minat nak bercinta semua ni. Baik aku belajar daripada bercakap dengan kau" lantas Fattah menarik begnya mengeluarkan buku rujukan. Haziq mencebik.

"Tak semestinya tak boleh suka kan?" Soalan Haziq tidak dijawab. Fattah menyumbat airpod ke dalam telinga. Malas melayan Haziq. Dia tidak selesa berbincang soal perasaan.

"Dasar hati batu, macam mana Inara boleh sukakan kau" bebel Haziq menggeleng kepala. Dia menyambung berbalas pesanan dengan Inara. Inara yang asyik menyoal tentang Fattah!

***

"Okay semua, I dah terangkan semua aturcara termasuk kedatangan Dato, jadi as a performer, jangan buat hampeh. Do the best, out of ten, I pilih lima je tau. Nasib baik I pilih korang" ucap si ketua pengurus majlis iaitu Candy. Dengan tangannya sekali digayakan. Perempuan berbangsa Cina itu petah berbicara.

"Ingat, rehearsal betul-betul. I yang jadi emcee so I nak everything is perfect" pesan Candy memandang semua pelajar yang terlibat. Mereka mengangguk faham.

Inara turut tersenyum apabila melihat rakan-rakan lain kelihatan bersemangat. Lagi beberapa hari majlis mereka akan berlangsung. Dia mendekati mereka untuk bertanya lebih lanjut.

"You gais perform apa?'

"Kami menari!"

"Mestila teater, biar Dato ternganga tengok bakat I"

"I'm a pianist so what do you expect???"

Jawapan diterima Inara tidak meredakan hatinya. Dia seorang sahaja yang menyanyi nampaknya. Inara tersandar di belakang pentas.

"Apasal masam sangat marka aku ni?" Danial muncul sambil berpeluk tubuh. Dia memandang Inara. Inara mencebik.

"Marka hang tengah bad mood lah" balas Inara malas cari gaduh. Danial tersenyum senget mendengar.

"Apa lah guna boyfriend kau ni? Kan aku dah janji nak ajar kau, tapi kau kena teman aku practice lepas ni" balas Danial bijak memberi tawaran.

"Apa-apalah" balas Inara mengambil gitarnya yang tersandar. Dia duduk di atas bangku sambil menyelak helaian lirik.

Danial merapatinya. Dia merampas kertas lirik. Keningnya terangkat.

"Cliche nya, takde lagu lain ke?" Kutuk Danial apabila lagu Pencuri nyanyian Mark Adam menjadi pilihan Inara.

"Sukahati aku lah, kau ajar aku je pun" balas Inara sebal. Dia menjeling. Dia mahu meluahkan perasaannya melalui lagu itu. Danial tidak menjawab.

Dia duduk di sebelah Inara. Dia memastikan Inara memegang gitar dengan cara yang betul.

"Cuba kau mainkan kord yang kau tahu" arahnya. Inara memainkan kord-kord asas yang sering dimainkannya.

"Lagu ni berat, kau kena belajar lebih banyak kord lain. Kalau asas je, tak dapat Nara" ujar Danial dalam mod serius. Tiada nada gurauan.

"Kalau macam tu, ajarlah sifu. Kau reti ke?" Inara memandang kurang percaya.

"Aku ni sejak kecil pergi kelas muzik tau, segala alatan muzik aku pandai main. Tu lah kau tak tahu" cerita Danial jujur. Dia memang dihantar ke macam-macam kelas memandangkan Dato Farid sering sibuk. Ibunya pula sudah meninggal dunia, dia anak tunggal.

"Alah, terus nak menyombong. Buktikan lah" cabar Inara sengaja. Dia tergelak melihat wajah Danial yang seakan-akan tercabar.

"Bak sini, tengok betul-betul!" Danial mula memetik gitar. Inara menahan senyuman. Okay boleh tahanlah. Akhirnya sesi latihan mereka lebih banyak dengan bergaduh. Macam tak biasa.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now