Hujung minggu itu, Fattah bertekad untuk pergi ke kafe Inara. Sengaja dia mengajak Hakim sekali memandangkan Hakim turut teruja untuk menemui gurunya itu. Dia berpakaian kasual sahaja sebelum keluar dari kereta. Hakim mengikutnya dengan rasa gembira.
"Wah cantiknya kafe ni!" Puji Hakim seronok melihat hiasan yang terpamer di pintu masuk. Fattah tersenyum melihat wajah gembira Hakim. Mereka berjalan masuk dan duduk di sebuah meja. Tidak begitu ramai pelanggan waktu itu memandangkan hari masih awal.
Inara yang sedang berjaga di kaunter perasan kehadiran Hakim. Dia meminta Minah untuk menggantikan tempatnya sebelum dia menghampiri diduduki anak muridnya itu. Dia tersenyum manis.
"Hai cikgu! Cikgu sihat? Saya datang sebab teringin nak makan cupcake yang cikgu bagi haritu, boleh kan cikgu?" Soal Hakim sambil membuat muka comel agar permintaannya ditunaikan. Inara geram melihat kecomelan Hakim lalu mengangguk.
"Err, maaflah cikgu kalau kedatangan kami buat cikgu tak selesa" segera Fattah menyusun ayat. Risau Inara berasa rimas.
"Eh takpe encik, saya okay je" balas Inara.
"Kalau tak keberatan, cikgu duduklah sekali" pelawa Fattah laju. Okay dia gugup sebenarnya kerana tidak pernah mengajak mana-mana perempuan berbual dengannya. Kira ini pertama kali dia menyapa perempuan.
Inara duduk bertentangan dengan Fattah sambil tersenyum segaris. Dia mengarahkan pekerjanya untuk menghantar kek cawan buat Hakim.
"Hakim sihat? Pandai Hakim cari kedai cikgu ya" kata Inara berbual kosong dengan Hakim. Kekok jika berbual dengan Fattah kerana dia tidak mengenali lelaki itu.
"Sihat, bukan Hakim yang cari. Paksu yang beria nak cari kafe cikgu" balas Hakim mendapat jelingan dari Fattah. Fattah berdehem bagi membuang rasa malu. Dia memandang wajah Inara yang tidak berubah dari dulu. Cuma nampak lebih matang. Terakhir kali dia melihat wajah itu dibasahi air mata kerana penolakannya. Hatinya dipagut rasa bersalah.
"Cikgu boleh panggil saya Fattah, dah lama ke cikgu buka kafe ni?" Tanya Fattah sambil menghirup kopi. Terlebih ramah pula dia mahu bertanya. Walhal dia seorang introvert. Ini semua demi kemaafan.
"Belum, baru seminggu" balas Inara. Hakim sedang enak mengunyah kek cawan.
"Oh, saya kerja dekat klinik sebelah ni. Tak sangka kafe cikgu sebelah klinik saya" kata Fattah terlebih rajin memberitahu.
"Jadi Fattah ni doktor lah? Hebat" puji Inara membuatkan Fattah tersipu. Aik tiber nak blushing ni apahal.
"Cikgu dah berapa lama mengajar?" Soal Fattah mahu mengorek. Sumpah dia mahu pastikan Inara dihadapannya masih mempunyai amnesia atau tidak.
"Dah lima tahun, tapi saya baru pindah sekolah Hakim ni" balas Inara mendapat anggukan Fattah.
"Cikgu tinggal dekat Segamat ke sebelum ni?"
Soalan Fattah membuatkan Inara terdiam. Dia melarikan pandangan sebelum memandang wajah doktor muda itu.
"Ya, saya asal Segamat. Kenapa ya?"
"Tak... cikgu macam salah seorang kenalan saya" balas Fattah sebelum terdiam. Memang benar Inara masih hilang ingatan. Mana mungkin Inara yang dahulu langsung tidak mengecamnya.
"Assalamualaikum, sayang" satu suara tiba memberi salam di sebelah meja mereka. Fattah terkejut sebaik bertentang mata dengan Danial. Lagi terkejut apabila Danial memanggil Inara dengan panggilan sayang.
"Waalaikumussalam, Danial" jawab Inara lantas bangun. Dia risau Danial berfikir bukan-bukan apabila melihat dia bersama lelaki tidak dikenali.
Danial memandang Fattah. Tidak menyangka Fattah kini duduk semeja dengan Inara.
"Ni anak murid saya, Hakim dengan paksu dia, doktor Fattah" perkenal Inara. Danial berjabat tangan dengan Fattah tanpa reaksi. Dia mengambil tempat di sebelah Fattah.
"Doktor Fattah ni yang pemilik klinik famous tu kan? Saya selalu dengar servis doktor hebat dalam kalangan klien saya" ujar Danial dengan senyuman segaris. Tidak dinafikan, nama Fattah sering disebut oleh kliennya yang tergolong dengan orang ternama.
"Oh, ya. Tak pula saya tahu klinik saya famous" balas Fattah sedikit kekok. Dia mengerling Inara yang hanya mendiamkan diri.
"Paksu, Hakim nak pergi tandas boleh?" Soal Hakim setelah menghabiskan tiga kek cawan. Amboi, sendawa sekali. Terhibur Inara melihat.
"Takpa, saya boleh bawa dia" pelawa Inara sebelum Fattah bersuara. Fattah hanya memandang sehingga bayang Inara dan Hakim menghilang. Dia terdengar deheman Danial disebelah.
"Doktor Fattah, hebat kan? Apa yang buat kau cari Inara balik?" Nada Danial kelihatan menyindir. Dia memandang Fattah yang masih tidak berubah sejak dua belas tahun dahulu.
"Kebetulan dia mengajar anak buah aku, aku rasa bersalah setiap kali tengok muka dia. Aku mengaku aku bersalah sebabkan dia accident dulu, kalau aku tak jumpa dia haritu, pasti benda tak jadi macam ni" luah Fattah segalanya. Dia tahu Danial tidak menyukainya sejak insiden kemalangan itu.
"Tahu pun kau, habistu kau nak apa dari dia? Nak tengok dia menangis merayu macam haritu lagi?" Soal Danial panas hati. Nasib baik sejak kemalangan itu, Inara tidak pernah menyebut nama Fattah lagi. Namun lambat-laun pasti ingatan Inara pulih. Dia tidak mahu Inara disakiti lagi.
Fattah terdiam. Dia sedar memang dia yang tidak berperasaan. Hati batu sangat, tiada perikemanusiaan.
"Aku cuma nak dia maafkan aku, tapi dia tak ingat aku lagi" ujar Fattah kecewa. Ada terselit rasa sedih di lubuk hatinya. Danial menggeleng kepala dengan sikap Fattah.
"Atas apa kau dah buat dulu, layak ke kau terima kemaafan Inara?" Tempelak Danial tajam membuatkan Fattah membisu.
"Aku bersyukur dia hilang ingatan, tak payah dia nak fikir pasal lelaki macam kau, yang tak reti menghargai. Lagipun aku dah bertunang dengan dia, aku taknak kau sakiti dia lagi" sambung Danial sambil melipat lengan baju. Fattah terkejut namun segera dikawalnya.
Melihat kebisuan Fattah, Danial melepaskan keluhan. Semu dia melihat wajah sedih Fattah.
"Okay, aku bagi peluang kat kau untuk pujuk Inara maafkan kau. Tapi... kau jangan nak sakiti dia lagi, pandai-pandailah kau ubatkan hati dia" kata Danial membuatkan Fattah memandang tidak percaya. Seriuslah?
"Kau biar betul? Kau tak sayangkan tunang kau ke?" Tanya Fattah.
"Sebab sayang lah aku buat macam ni"
Fattah terdiam. Dalam hati, dia lega. Tidak dinafikan Danial seorang lelaki yang baik dan sesuai untuk Inara. Dia sahaja yang tidak layak bersama sesiapa. Dalam diam dia berasa kecewa dengan dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...