"Uniknya!"
Mata Inara bersinar sebaik melangkah ke dalam kedai yang sudah dihias dengan gaya moden dan luas. Dia memandang seluruh ruang kafe yang sudah direnovasi menjadi lebih menarik. Bonda di sebelah turut ternganga melihat perubahan kedai itu. Baru bulan lepas mereka menjenguk keadaan kedai itu yang masih berdebu dan kosong.
"Danial upah orang ke buat semua ni?" Soal Bonda tidak percaya. Dipandangnya tunang anaknya itu. Danial tersenyum segaris.
"Ye bonda, cantik tak? Danial suruh diorang renovate sebab Inara kan memilih sangat, biar Danial yang buatkan. Lagipun dapatlah Inara dengan Bonda start business hujung bulan ni" kata Danial sambil mengerling ke arah tunangnya itu. Kelihatan gembira Inara saat itu.
"Ish, susah-susah je awak ni. Tapi saya tak dapat stay dua puluh empat jam dekat kafe sebab saya perlu mengajar juga, jadi Bonda yang akan berumah dekat kedai ni ya" ujar Inara dengan sengihan. Memandangkan dia seorang guru, terpaksa dia mengorbankan waktu demi anak murid tercinta.
"Bonda tak kisah, tapi resepi cupcake Inara tu Bonda tak tahu. Bonda nak jual pastri je, faham?" Kata Bonda sambil berpeluk tubuh memandang anaknya. Dia tahu Inara bersungguh-sungguh mahu menjual kek cawan. Dia pula lebih gemar dalam pembikinan pastri.
Inara mengangguk faham. Tentang itu dia tidak kisah. Dia akan mencari beberapa orang pekerja bagi memudahkan operasi. Segala meja dan kerusi telah disediakan. Bonda teruja untuk menjenguk bahagian pantri.
"Terima kasih tau Danial, saya ingatkan awak bergurau je nak bagi saya bukak kafe dengan Bonda" ucap Inara sambil tersenyum. Danial berjalan ke arahnya sambil membalas senyuman.
"Mestilah saya serius, lagipun awak nak sangat jual cupcake resepi saya tu kan? Bonda pun berminat nak buka kafe, saya percaya awak dengan bonda boleh majukan kafe ni" ucap Danial sambil tertawa kecil. Entah sedap sangat kah resepi kek cawannya dengan arwah mamanya sehingga Inara sanggup mahu membuka kafe.
"Cupcake awak paling special tau, saya saja nak jual cupcake resepi arwah mama awak, ada juga kenangan untuk arwah mama awak, kan?" Soal Inara faham yang Danial sayang benar terhadap arwah mamanya. Danial mengangguk sambil mengesat matanya yang berair. Berasa terharu apabila tunangnya seorang yang memahami. Beruntung dia.
"So awak dah fikir nama kafe awak ni?" Tanya Danial mahu tahu. Inara terdiam seperti berfikir.
"Hmmm, kalau letak nama awak cun jugak kan?" Kata Inara mendapat idea.
"Eh apahal nama saya pulak? Ini kafe awak dengan bonda" laju Danial menggeleng. Dia berjalan keluar dari kafe dan berhenti dihadapan cermin tingkap kafe. Inara mengejarnya.
"Bolehlah, kita letak The Danial's ke, amacam?" Cadang Inara dengan mata bersinar. Ah sudah. Danial menggeleng kepala.
"Sukahati awak lah Inara" balas Danial. Dia membuka telefon bimbit yang berdering. Tertera nama Izzat. Segera dia menjawab.
Inara hanya mendiamkan diri sambil memandang Danial yang berbual dengan kembarnya di dalam telefon. Danial dan Izzat ialah rakan kongsi bagi syarikat mereka. Sudah lima tahun mereka bekerjasama memajukan syarikat dibawah seliaan Dato Farid. Akhirnya, Izzat berjaya bergelar usahawan.
"Kenapa?" Soal Inara sebaik Danial menamatkan panggilan.
"Ada klien nak jumpa sekarang, nak pula jumpa kami berdua. Heish, saya pergi dulu lah, awak balik dengan bonda ya?" Kata Danial mendapat persetujuan Inara. Dia lega Inara tidak banyak bunyi.
Enjin motor bike nya berderum kuat. Dia menekan minyak sebelum memecut. Sempat dia melambai tangan ke arah Inara.
"Hati-hati Danial!" Jerit Inara sambil melambai tangan. Bibirnya tersenyum sehingga bayang Danial menghilang. Dia sungguh bersyukur mendapat bakal suami yang begitu baik. Sebaik dia berpusing, dia terkejut apabila seorang lelaki berdiri statik memandangnya. Tidak berkelip lelaki itu memandangnya.
"Sorry, tumpang lalu" pinta Inara sambil menundukkan kepala sebelum berlalu masuk ke dalam kafe.
Haziq terpana melihat wajah yang sememangnya dikenali itu. Setelah berbelas tahun, dia bertemu lagi dengan Inara. Namun hatinya hairan apabila Inara langsung tidak mengecamnya.
***
"Paksuu..." suara rintihan anak saudaranya itu membuatkan Fattah berpaling. Dilihatnya Hakim memeluk erat buku sekolahnya di kaki tangga. Dia menghampiri Fattah yang sedang menyiapkan kerja di sofa yang terletak di ruang tamu.
"Kenapa Hakim? Hakim lapar ke?" Soal Fattah risau. Diarahnya Hakim duduk di sebelahnya. Hakim menggelengkan kepala.
"Bukan, Hakim bosan buat kerja sekolah seorang dekat atas. Selalunya mama teman Hakim, boleh tak paksu teman Hakim?" Soal Hakim dengan wajah minta kesian. Fattah menahan gelak, dia hanya mengangguk. Hakim mula membuka buku kerjanya dan menulis.
"Banyak ke kerja sekolah Hakim? Cikgu tu garang eh?" Tanya Fattah mahu tahu. Dia tahu usia Hakim sepatutnya bermain namun pelajaran tetap diutamakan. Seperti ayahnya lakukan kepadanya dahulu.
"Banyaklah jugak, tapi cikgu kita baik. Dia cantik" puji Hakim tersengih membuatkan Fattah tersenyum.
"Nanti paksu jumpa lah cikgu kita" sambung Hakim lagi. Fattah menaikkan keningnya. Belum sempat dia menjawab, suara Haziq yang berjalan dari dapur mencelah.
"Amboi, cikgu mana ni? Cantik ke cikgu Hakim? Uncle Haziq pun nak tahu" kata Haziq meletakkan cawannya di atas meja. Dia duduk di atas lantai sambil memandang anak saudara rakannya itu.
"Mestilah cantik" jawab Hakim laju. Fattah hanya menggeleng kepala memandang. Dia kembali menyambung kerjanya.
"Busy betul kau? Ada report tak siap ke?" Soal Haziq menilik skrin komputer riba Fattah. Malam ini dia mahu tidur di rumah Fattah, memang buat macam rumah sendiri lah.
"Kau tahu tak, Firdaus ada roger dalam group sekolah kita dulu-dulu, malam esok kita lepak-lepak. Jom lah" kata Haziq teringat pesanan yang diterimanya semalam. Rindu pula mahu meluangkan bersama dengan rakan sekolah.
"Firdaus?" Soal Fattah memandang Haziq. Dia tahu Firdaus ialah ketua tingkatan mereka dahulu.
"Boleh lah, malam esok kan" laju Fattah bersetuju. Haziq mencebik.
"Amboi laju kau bersetuju, kalau aku suruh jumpa perempuan bukan main mengelat kan. Aku risau kau ni gay ke" selamba Haziq menyoal memandang Fattah.
Fattah membaling kusyen ke arah Haziq. Ada-ada saja kawannya itu. Sudahlah dihadapan Hakim. Nasib baik Hakim sibuk membuat kerja sekolah.
"Kalau aku gay, dah lama aku terkam kau tau" balas Fattah membuatkan Haziq seram. Lantas dia mendiamkan diri.
"Izzat pun ada sekali tau esok, tak sangka betul kawan sekelas kita tu dah jadi usahawan berjaya" cerita Haziq teringat Izzat yang dahulunya seorang yang pendiam. Tuptup sekarang memiliki syarikat yang terbesar di Malaysia. Salute lah.
"Baguslah, rezeki Izzat lah tu" balas Fattah malas melayan. Akhirnya Haziq sibuk menolong Hakim membuat kerja sekolah. Semu dia Fattah tidak mahu melayannya.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...