70

74 2 0
                                    

Dua bulan kemudian....

"Sayang!!"

Jeritan Inara di dalam telefon yang nyaring membuatkan Fattah spontan berdiri. Haziq yang sedang berbincang dengan Fattah mengenai pesakit mereka menjadi hairan.

"Inara? Awak okay ke?" Soal Fattah fokus terhadap Inara yang masih terdiam di dalam telefon. Dia mundar-mandir menunggu jawapan isterinya. Jeritan Inara membuatkan dia risau.

"Sayang! Balik sekarang sayang!" Kata Inara lagi sebelum panggilan ditamatkan. Fattah lantas mencapai kunci kereta di atas meja sebelum memandang Haziq.

"Asal weh? Asal Inara call kau?" Tanya Haziq hairan Fattah kelihatan panik dan terburu-buru.

"Dia tak bagitahu aku kenapa tapi dia suruh aku pulang sekarang. Aku risau ada benda jadi dekat dia" ujar Fattah lantas berjalan keluar dari klinik meninggalkan Haziq terkebil-kebil. Dia tahu rumah tangga sahabatnya itu diulit bahagia sekarang. Namun dia berharap tiada perkara yang menganggu rumah tangga Fattah selepas ini.

"Okay, apa-apa call aku" pesan Haziq prihatin. Fattah sudah menghidupkan enjin kereta sebelum memecut pulang ke rumahnya. Dalam hati dia tidak berhenti berdoa supaya Inara tidak ditimpa musibah. Risau sekiranya rumah dimasuki pencuri dan menceroboh. Dia lebih risaukan keselamatan Inara yang berseorangan.

Sebaik pagar dibuka, Fattah segera menghentikan keretanya dan berlari keluar masuk ke dalam rumah. Matanya mencari kelibat Inara di seluruh ruang.

"Inara? Sayang?" Masih tiada jawapan. Hatinya mula dipagut rasa khuatir. Peluh merecik di dahinya. Lengan kemejanya dilipat sehingga ke siku.

"Sayang!" Suara Inara di belakangnya menegur. Pantas Fattah menoleh. Dia pantas memeluk tubuh isterinya erat. Lega apabila Inara masih dalam keadaan sihat walafiat.

Inara terkebil-kebil apabila dipeluk sebegitu. Namun dibalasnya dengan mesra. Dia memandang wajah risau Fattah.

"Awak okay tak ni? Saya risau bila dengar awak jerit dalam call tadi. Saya ingat ada benda buruk jadi" kata Fattah memandang wajah isterinya yang tersenyum segaris. Mahu luruh jantungnya jika terjadi sesuatu pada Inara.

"Jangan risau lah sayang, saya sebenarnya ada benda nak bagitahu awak" ujar Inara serius. Wajahnya tidak semanis tadi. Secara tidak sengaja Fattah tidak sedap hati.

"Jangan kata awak nak lari ke Manchester lagi sayang, awak dah cancel nak ambil master haritu kan? Kalau awak nak ambil master pun, saya izinkan tapi janganlah jauh sangat" kata Fattah panjang lebar. Dia memang tidak mahu berjauhan dengan Inara.

"Tadaa!" Inara menyerahkan pregnancy kit test kepada Fattah. Fattah terdiam untuk mencerna apa yang berlaku. Buat seketika dia terjerit gembira.

"Sayang!! Betul ke ni sayang? Kita akan dapat baby?!" Soal Fattah tidak percaya lalu memegang kedua-dua bahu isterinya. Inara tersenyum gembira sambil mengalirkan air mata. Dia terlalu gembira sehingga tersentuh.

"Yes Fattah, we will be a parent soon!" Kata Inara memeluk badan Fattah sekali lagi. Terlalu erat untuk dilepaskan. Sungguh tidak percaya dia mengandungkan anak lelaki yang dicintainya sangat-sangat. Dia tidak putus memanjatkan rasa syukur terhadap Allah swt.

Fattah mencium dahi isterinya lama. Hatinya diulit rasa bahagia tidak terhingga. Siapa sangka wanita ini yang berjaya menakluki hatinya yang sekeras batu.

"Sayang nak bagitahu mama dengan ayah, Haziq pun perlu tahu" laju Fattah mengeluarkan telefonnya untuk mendail kedua orang tuanya tentang berita gembira itu.

Inara hanya tersenyum bahagia.

***

"Tahniah wei! Aku bakal jadi uncle!" Jerit Haziq menepuk bahu Fattah gembira. Dia dapat lihat raut wajah Fattah gembira sejak khabar Inara mengandung.

Fattah tersenyum mendengar. Dia dan Haziq melepak di kerusi batu di halaman rumahnya. Kedua orang tuanya dan Bonda akan datang untuk meraikan khabar gembira itu.

"Lega aku, kau dah bahagia dengan Inara. Tak sabarnya aku nak tengok anak kau! Mesti ikut mata sepet kau kan" Haziq mula loyar buruk sambil membayangkan anak Fattah. Dia pula teruja menunggu kelahiran anak sahabatnya.

"Eish, janganlah ikut muka aku. Nanti ego macam aku pula" gurau Fattah tersengih. Haziq kenal benar perangainya lalu tertawa kuat.

"Tanpa aku, korang berdua ni tak ke mana tau" Fattah menjeling kawannya itu. Mengungkit pula!

"Iyelah uncle Haziq, kau terpaling berjasa" sindir Fattah membuatkan tawa Haziq semakin pecah.

"Amboi, ketawa besar nampak" sampuk Izzat di pintu. Dia berjalan menghampiri kedua-dua rakannya itu.

"Saja kenakan bakal Daddy ni, kau bila pula nak kahwin Zat?" Soal Haziq memandang bekas rakan sekelasnya dahulu. Eleh dulu tegur pun tak, tahu-tahu berkawan baik sekarang.

Izzat terdiam mendengar. Dia hanya membuat muka toya. Yang penting kembarnya sudah bahagia dan Bonda gembira.

"Tak baik tau lewat-lewatkan, nanti kau melepas. Jangan ego macam Fattah ni, perempuan pula yang buka langkah mengorat" perli Haziq selamba. Fattah sudah menjegilkan mata ke arah sahabatnya itu.

"Tunggu lah giliran kau nanti, memang aku balas balik" janji Fattah. Geram. Haziq tersengih.

"Jodoh ajal semua di tangan tuhan, kau cakap aku tapi kau pun sama" balas Izzat selamba.

"Aku pulak? Aish, yelah aku yang salah" Haziq angkat bendera putih. Lemah pula bila disoal tentang jodoh. Sebelum ini memang dia sering bertukar perempuan, namun dia tahu sukar untuk mencari perempuan yang betul bersungguh-sungguh dalam hubungan. Biarlah dia sendiri.

Laungan Bonda sudah memanggil ketiga-tiga mereka untuk menjamu selera. Mereka bertiga masih berborak mengenang zaman persekolahan. Inara mendekati mereka yang rancak berborak.

"Jom lah makan, mama dengan ayah dah tunggu tu" pelawa Inara lagi. Fattah mengenggam tangannya dengan senyuman.

"Sayang masak apa? Rasa teringin lah nak makan Laksa" adu Fattah sambil bermanja. Naik loya Haziq mendengar. Izzat disebelah menahan tawa.

"Siapa yang mengandung sebenarnya ni? Kau ke Inara?" Soal Haziq selamba. Izzat tertawa kecil. Melucukan betul lah.

"Amboi Haziq, jealous ke?" Soal Inara tersenyum memandang rakannya itu. Okay tidak dinafikan Haziq banyak membantunya untuk mendapatkan Fattah. Dia tak boleh membuli Haziq seperti sebelum ini.

Haziq menjeling lalu segera berjalan ke meja makan disusuli Izzat. Izzat hanya menggelengkan kepala.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now