Fareez memandang adiknya yang termenung di buaian. Fattah tersenyum sebaik Hakim menegurnya.
"Paksu nampak sedih je? Jom main dengan Hakim!" Pelawa Hakim. Dia teruja apabila Fattah tiba-tiba datang ke rumah petang itu.
"Hakim, Hakim main dengan mama ya. Papa nak cakap dengan Paksu" Fareez memberi arahan. Hakim hanya menurut. Sebaik Hakim beredar, dia duduk bersebelahan adiknya. Dari raut wajah adiknya, dia dapat meneka masalah adiknya.
"Apa benda yang tiada penyelesaian di dunia ni?" Kata Fareez bermadah. Fattah memandangnya sebelum mengeluh. Air mukanya nampak keruh.
"Aku tak rasa perkahwinan aku dapat diselamatkan, dia minta cerai" bilang Fattah menyebabkan Fareez beristighfar.
"Apa yang kau dah buat sampai dia minta cerai?" Soal Fareez pelik. Lantas Fattah menceritakan segalanya, sejak bermulanya perasaan Inara dari sekolah. Fareez mendengar dengan tekun.
"Parah ni, dia betul-betul sayangkan kau" komen Fareez sambil berfikir. Tapi dia kagum dengan perasaan Inara yang kuat. Memang untung adiknya mendapat jodoh sebegitu.
"Tapi dia nak aku lepaskan dia.." jawab Fattah buntu. Sudah seminggu Inara tidak pulang. Terakhir sekali mereka berjumpa sebelum Inara pulang ke rumah keluarganya sendiri.
"Kau tahu kan apa perlu dibuat? Kau cintakan Inara tak? Kau jangan tipu diri kau. Kau bagitahu dia" kata Fareez berharap Fattah mengambil tindakan segera. Fattah menggeleng perlahan.
"Aku memang cintakan dia, tapi aku tak rasa dia nak bukakan hati untuk aku. Aku tak pernah happykan dia" luah Fattah meraup wajahnya. Dia sudah berputus asa untuk memujuk Inara. Bahunya dipeluk abangnya.
"Aku tahu kau tak mudah mengalah, percaya dekat Allah. Kau doa banyak-banyak supaya Allah lembutkan hati Inara. Aku yakin dia masih sayangkan kau cuma keadaan yang buatkan dia macam tu... memang bukan mudah nak terima orang sakitkan hati kita" nasihat Fareez memberi kata penguat. Dia tidak mahu rumah tangga adiknya hancur begitu sahaja.
Fattah tidak menjawab. Sedikit sebanyak dia berasa terpujuk, mungkin ini balasannya kerana menidakkan perasaannya terhadap Inara dahulu.
"Kau fikir-fikirlah sebelum buat keputusan, aku taknak kau menyesal. Cerai perkara yang halal namun dimurkai Allah" balas Fareez membuatkan Fattah tersentak.
***
"Betul ke keputusan kamu ni Inara?" Soal Bonda memandang Inara buat kali keberapa. Dia tidak percaya dengan keputusan yang bakal dibuat Inara.
"Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian, nak" kata Bonda lagi sambil berehat di ruang tamu. Sudah seminggu Inara menginap di rumahnya dengan alasan mahu menenangkan diri.
Inara hanya mencebik mendengar. Dia sudah nekad. Izzat yang turut disitu menggeleng kepala dengan kedegilan kembarnya.
"Betullah Bonda, perkahwinan tanpa cinta takde guna. Inara penat lah" kata Inara lagi. Dia mahu mereka berpisah dan dia akan meninggalkan Malaysia. Dia mahu fokus dengan kerjayanya. Biarlah kesibukan mengubati luka hatinya.
"Tapi kau cintakan dia, sejak sekolah lagi. Kau nak tipu diri kau ke?" Tanya Izzat geram. Adiknya ini memang hebat lari dari masalah. Dia pula jatuh kasihan dengan Fattah, dia tahu Fattah sayangkan perkahwinan itu.
"Bertepuk sebelah tangan takkan bagi kebahagiaan" jawab Inara sinis.
"Apa yang bertepuk sebelah tangan? Fattah tu sayangkan kamu, Inara. Kalau tak, takdenya dia nak kahwin dengan kamu" bebel Bonda geram. Entah anak siapalah degil sangat ni. Tempoh perkahwinan baru masuk tiga bulan tapi sudah berkrisis.
"Bonda, dia kahwin sebab amanah Danial. Inara taknak hidup dalam keterpaksaan. Dahlah Bonda, sepatutnya Bonda dengan Izzat bagi sokongan dekat Inara" kata Inara tidak puas hati. Wajahnya dimasamkan. Kesal apabila seorang pun tidak memahami keputusannya.
Izzat tergeleng kepala mendengar. Sukar untuk mematahkan keputusan Inara. Kalau itu kata kembarnya, itu lah. Dia melepaskan keluhan.
"Kau dah fikir betul-betul? Takde menyesal lagi? Pastikan hati kau dah kosong dari diisi nama Fattah. Aku taknak kau melalak bila Fattah dah jatuhkan talak, cerai bukan perkara mainan" nasihat Izzat membuatkan Inara terbisu. Terpukul dia dengan kata-kata kembarnya. Dia pun tidak pasti dengan perasaannya. Tipu jika dia kata dia sudah lupakan Fattah. Walhal sejak sekolah, hanya Fattah yang berjaya mencuri hatinya.
Lantas Inara berjalan masuk ke dalam bilik. Dia bersiap sebelum mencapai kunci kereta. Inara kembali turun dan meminta diri.
"Inara keluar dulu" pamitnya lalu menghidupkan enjin kereta. Pening kepala Bonda dengan anaknya itu. Dia memandang anak bujangnya itu.
"Lebih baik kamu je yang kahwin lah Izzat, kembar kamu tu macam budak-budak. Itu agaknya jadi bila mengajar budak-budak sekolah. Perangai mun macam budak sekolah!" Bebel Bonda sambil mengunyah jeruk. Bisa kepalanya melayan anak perempuan.
"Hisy! Apa bonda ni? Malas Izzat nak fikir, naknak dapat isteri macam Inara tu? Haru sebulan Izzat nak pujuk" gurau Izzat tergelak. Lantas dia berjalan naik. Risau disoal Bonda tentang jodoh lagi.
Bonda menggeleng. Kedua-dua anaknya itu memang suka buat dia pening!
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...