Seminggu sudah berlalu, Inara masih tidak banyak cakap. Dia hanya bercakap bila perlu. Tempoh cutinya sudah habis, Fattah pula sudah mula bekerja seperti biasa.
Pagi hujung minggu itu, dia menolong Bonda di dapur untuk menyiapkan sarapan macam biasa. Fattah masih di bilik. Mereka jarang berbual kerana dia sedaya upaya untuk mengelak dari Fattah. Dia akan berpura-pura tidur apabila Fattah cuba berbual mesra dengannya. Dia masih belum bersedia.
"Inara, kamu dah bincang dengan suami kamu?" Soal Bonda yang sedang memotong timun untuk hidangan nasi lemak. Inara yanh sedang membancuh air itu terdiam.
"Nak bincang apa lagi Bonda? Nara taknak pun kahwin dengan dia" balas Inara dengan nada tidak suka. Bonda menajamkan pandangan ke arah anaknya.
"Nak tak nak kamu tu isteri Fattah, jalankan tanggungjawab kamu sebagai isteri" pesan Bonda sambil membawa sambal ke meja makan. Inara mengikut langkah Bonda.
"Lagipun, Izzat bagitahu yang Fattah tu lelaki yang kamu suka masa zaman belajar dulu"
Mata Inara terbuntang mendengar. Memang tak pandai jaga rahsia kembarnya itu. Tunggulah Izzat nanti!
"Itu dulu lah Bonda, sekarang lain"
"Takde maknanya, sekali suka tu maksudnya dah suka lah tu" balas Bonda lagi. Dia percaya Inara akan menyukai Fattah.
"Tapi Bonda, Danial lagi banyak bantu Inara selama ni, Fattah tu entah siapa-siapa" balas Inara memandang Bonda yang mencedok nasi ke dalam pinggan.
"Tak baik kamu cakap macam tu, kecil hati laki kamu. Memanglah Danial lelaki yang banyak tolong kamu, tapi siapa lebih kamu cinta? Jangan sukakan seseorang sebab rasa terhutang budi, nak" nasihat Bonda mendalam dan tajam. Inara terdiam. Dia terpukul dengan kata-kata Bonda.
"Panggil suami kamu, kita sarapan sekali" arah Bonda mendapat muncung dari Inara. Belum sempat Inara mahu naik, Fattah sudah tercegat berdiri.
"Bonda ajak makan" ujarnya. Fattah mengangguk lalu berjalan melimpasinya. Selalunya Fattah akan melemparkan senyuman, pagi ini tiada pula. Mungkinkah Fattah mendengar kata-katanya sebentar tadi?
"Ha Fattah, jom makan" kata Bonda sudah mengambil tempat. Mata Fattah mencari kelibat iparnya.
"Mana Izzat, Bonda?"
"Macam biasa lah joging" jawab Bonda. Fattah mengambil tempat di kerusi makan. Inara duduk di sebelah suaminya tanpa senyuman. Tidak lama kemudian, kedengaran Izzat meluangkan salam.
"Waalaikumussalam, Izzat. Alang-alang kita makanlah dulu" pelawa Bonda melihat Izzat yang sudah basah lencun. Tanpa banyak bunyi, Izzat duduk bersebelahan Bonda. Dia hanya memerhati Inara yang berwajah masam sambil mencedok nasi buatnya.
"Amboi, makan jeruk ke pagi ni? Masam je" tegur Izzat hairan. Dipandangnya Fattah yang fokus mengunyah nasi lemak. Pasti ada pergaduhan ni.
"Mana ada lah!" Sangkal Inara menolak pinggan ke arah Izzat. Ganas nampak.
"Bonda, sebenarnya saya nak bagitahu yang harini saya nak bawa Inara tinggal di rumah saya. Saya bukannya tak selesa, cuma lagi elok tinggal sendiri" kata Fattah berbicara sambil memandang Bonda dan Izzat. Dia sudah berbincang dengan Izzat sebelum ini, iparnya hanya bersetuju.
Inara tersentak. Kenapa Fattah tidak berbincang pun dengannya?
"Baguslah, Bonda suka kalau kamu berdua tinggal di rumah sendiri. Lagi privasi, Inara mesti suka" lantas Bonda menyatakan persetujuan.
"Saya tak tahu apa-apa pun" ujar Inara tanpa memandang suaminya.
"Saya ingat nak bawa awak jumpa keluarga saya hari ni" kata Fattah memandang isterinya yang bersanggul itu. Tidak dinafikan, Inara mempunyai rambut yang cantik sehingga dia suka memandang mahkota isterinya itu.
"Keluarga Fattah dah tahu pasal perkahwinan ni?" Tanya Bonda mahu tahu. Fattah mengangguk. Dia sudah memaklumkan kepada kedua orang tuanya termasuk abangnya. Pada mulanya mereka terkejut, namun dia sudah sah berkahwin. Jadia tiada apa yang perlu disesalkan.
"Baguslah, sekurang-kurangnya keluarga kau tak bangkang keputusan kau. Inara, kau jangan nak buat hal depan keluarga mertua tau?!" Pesan Izzat memandang Inara yang mencebik. Kadang-kadang perangai adiknya tidak semenggah. Macam budak-budak.
"Hmmm" jawab Inara malas. Dia menjeling Fattah yang tergelak di sebelah.
"Apa gelak-gelak?" Soalnya kasar. Segera dia menghabiskan makanannya.
***
Mata Inara memandang kedua ibu bapa Fattah yang duduk di sofa. Lantas dia menyalami tangan berusia itu.
"Assalamualaikum, mama... ayah..." katanya kekok dengan senyuman. Sedaya upaya dia menjaga air mukanya dihadapan mereka.
Mama dan Ayah berpandangan sebelum tersenyum. Sejuk hati mereka melihat menantu yang manis bertudung.
"Ma, ayah. Fattah bawa Inara sebab nak Inara kenal-kenal dengan mama dengan ayah" bilang Fattah duduk di sebelah isterinya. Inara hanya mendiamkan diri bersama senyuman.
"Cantik isteri Fattah, mama suka. Nasih baik Fattah pandai pilih, kalau tak... memang mama bebel" ujar Mama bergurau dengan senyuman. Inara perasan wajah mama Fattah nampak awet muda.
Fattah tersenyum mendengar. Hilang gundah di dalam hatinya. Dia lega apabila kedua orang tuanya tiada masalah dengan Inara.
"Inara dengan Fattah dah lama bercinta?" Soal Ayah menanggalkan cermin mata memandang anak dan menantunya. Dia cuma menerima pilihan Fattah dengan hati terbuka. Asalkan anaknya gembira.
Mereka tersentak sebelum berpandangan sesama sendiri.
"Fattah dengan Inara dah lama kenal, sejak sekolah lagi" jawab Fattah jujur. Namun tidak terlalu jujur tentang masalah mereka.
"Wah, nampaknya cinta pandang pertama! Patut lah bila mama nak jodohkan Fattah, ada je alasan" kata Mama dengan senyuman kecil. Biasalah hati orang muda.
"Terima kasih mama, ayah sebab dapat terima Inara" ucap Inara perlahan. Walaupun dia tidak rela dengan perkahwinan ini, dia tetap menghormati kedua mertuanya dan bersikap baik.
Ayah tersenyum dalam diam. Dia yakin wanita ini dapat membahagiakan Fattah. Tidak salah pilihan anaknya. Nasib baik dia tidak bersetuju dengan keputusan isterinya tentang perjodohan Fattah. Biarlah Fattah mencari kebahagiaannya sendiri.
Inara menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh mertuanya. Dia memang kenal dengan ayah Fattah yang terkenal dalam dunia politik. Dia berasa segan apabila diterima dengan baik di dalam keluarga itu. Siapalah dia jika mahu dibanding dengan Fattah.
"Kamu berdua janganlah balik awal sangat, kesian mama dengan ayah. Fareez dengan Hana pula sibuk" adu Mama lalu memanggil Mak Mah menghidangkan air.
"Balik terus ke kamu berduanya?" Soal Ayah mahu tahu. Fattah mengangguk.
"Esok Inara pun dah start sekolah, Fattah pun sibuk dekat klinik" balas Fattah lagi. Ayah mengangguk faham.
"Kerja, kerja jugak. Jangan lupa mama dengan ayah nak timang cucu" bilang Mama sengaja menyakat dengan senyuman nakal. Inara yang sedang minum tersedak. Dia terbatuk-batuk perit."Ish mama ni, tengok Inara dah tersedak" ujar Fattah menggosok belakang isterinya dan mengelap bibir Inara. Inara tersentak dengan layanan Fattah namun ditariknya tisu itu.
Mama tersengih nakal. Dia menarik tangan Inara.
"Jom, mama ajar Inara masak-masak untuk Fattah" kata Mama bersemangat. Inara hanya tersenyum lalu berjalan ke dapur diiringi Mak Mah.
Ayah menggelengkan kepala melihat ragam isterinya itu. Dia memandang Fattah sekilas.
"Bukan mudah kehidupan berumah tangga, jadilah lelaki sejati yang berpegang pada iman" nasihat Ayah mendalam. Fattah tersentak membisu. Dia tersenyum pahit.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...